Jadual waktu peperiksaan SPM 2023 Sijil Pelajaran Malaysia

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Bagi para pelajar sekolah rendah, peperiksaan UPSR sebelum ini merupakan peperiksaan paling penting yang perlu dihadapi. Bagi pelajar sekolah menengah pula, selain PT3 yang perlu diduduki sewaktu Tingkatan 3 sebelum ini, sudah pasti cabaran terbesar dari segi peperiksaan adalah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). SPM adalah peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia di mana usia purata pelajar yang menduduki peperiksaan ini adalah 17 tahun iaitu ketika di Tingkatan 5. Ia merupakan ujian terakhir bagi pendidikan peringkat menengah atas.

Peperiksaan SPM penting kerana ia merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia meneruskan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Setelah mendapat kelulusan dalam SPM, para pelajar boleh mempertimbangkan untuk memasuki Tingkatan 6, Matrikulasi, IPT atau terus menempuh alam pekerjaan. Selain itu, pengambilan kursus luar negara seperi A-Level juga boleh menjadi pilihan untuk para pelajar melanjutkan pelajaran.

Secara lazimnya, peperiksaan SPM akan berlangsung dalam bulan November hingga Disember setiap tahun. Namun begitu, bermula tahun 2020 peperiksaan bertulis akan ditangguh selewat-lewatnya pada akhir bulan Februari atau awal bulan Mac tahun berikutnya. Jadual waktu peperiksaan SPM akan dikeluarkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadual waktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 ini juga boleh dimuat turun di Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan KPM dalam format PDF.

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2023

Berikut dikongsikan jadual waktu peperiksaan SPM 2023 yang memaparkan jadual peperiksaan setiap subjek serta garis panduan dan arahan yang perlu dipatuhi untuk menduduki peperiksaan bertulis SPM.

Berdasarkan jadual yang disediakan ini juga, para pelajar dapat merancang dan membuat susunan dari segi subjek mana yang perlu diulang kaji terlebih dahulu dan subjek mana yang boleh ditelaah kemudian.

Jadual Peperiksaan SPM

TERKINI : Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengumumkan tarikh penting melibatkan peperiksaan SPM seperti berikut :-

TARIKH RASMI PEPERIKSAAN SPM 2023
Peperiksaan/UjianTarikh
Ujian Bertutur Bahasa Melayu8 hingga 11 Januari 2024
Ujian Amali Sains : Fizik, Kimia, Biologi5, 6, 7 Disember 2023
Ujian Amali Sains : Sains Tambahan7 Disember 2023
Ujian Mendengar Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris29 Januari 2024
Ujian Bertutur Bahasa Inggeris17 hingga 23 Januari 2024
Bertulis30 Januari hingga 7 Mac 2024

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2023

30, 31 Januari & 5 Februari 2024

Jadual-SPM-2023-1

6 & 7 Februari 2024

Jadual-SPM-2023-2

19, 20, 21 Februari 2024

Jadual-SPM-2023-3Jadual-SPM-2023-4

22 Februari 2024

Jadual-SPM-2023-5

26 Februari 2024

Jadual-SPM-2023-6

27 Februari 2024

  Jadual-SPM-2023-7Jadual-SPM-2023-8

28 Februari 2024

Jadual-SPM-2023-9

29 Februari & 5 Mac 2024

Jadual-SPM-2023-10

6 & 7 Mac 2024

Jadual-SPM-2023-11

Anda juga boleh memuat turun jadual peperiksaan SPM 2023 dalam format PDF melalui pautan yang dikongsikan di bawah:

MUAT TURUN JADUAL PEPERIKSAAN SPM

klik siniJadual Waktu Peperiksaan SPM 2023 (Pindaan Terkini – 18 Ogos 2023)

ARAHAN TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN

Sebelum peperiksaan dimulakan, calon hendaklah:

  1. Menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.
  2. Memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas peperiksaan yang salah atau tidak lengkap.
  3. Membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan dan muka belakang (jika ada) kertas peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan.

AMARAN DI DEWAN PEPERIKSAAN

Calon adalah tidak dibenarkan untuk:

  1. Melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan.
  2. Keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas Peperiksaan.
  3. Mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
  4. Memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata.
  5. Merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.
  6. Membawa keluar dari dewan/bilik peperiksaan kertas peperiksaan sebelum peperiksaan tamat.
Close