UPU Top

Share this post:

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2019 Sijil Dan Diploma

22:05 UPU.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 16 Februari 2019 jam 06:44 PM oleh UPU.editor

Perubatan merupakan perkhidmatan yang sangat penting bagi seluruh masyarakat lebih-lebih lagi apabila terdapat saat kritikal dan kecemasan yang amat memerlukan bantuan segera. Jika anda rasa anda berminat untuk membantu menyelamatkan nyawa seseorang dengan kepakaran dan bakat yang anda ada, anda berpeluang berkhidmat sebagai pembantu doktor/pegawai perubatan di samping mendapat latihan praktikal di sektor perkhidmatan awam.

Sebuah program Latihan Separa Perubatan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berbentuk kursus bertaraf Sijil atau Diploma. Program ini menerima pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berumur dari 17 sehingga 25 tahun dan mereka bakal mendapat peluang menjadi pegawai kerajaan dalam bidang yang akan ditawarkan berdasarkan kursus yang dijalani.

Tempoh program Latihan Separa Perubatan ini bagi peringkat Diploma adalah selama 3 tahun dan 2 tahun pula bagi peringkat Sijil. Elaun ataupun ‘Biasiswa semasa latihan’ akan diberikan setiap bulan kepada pelatih sepanjang kursus dijalankan dan kemudahan penginapan turut disediakan di Pusat Kolej Kesihatan yang terdapat di seluruh negara. Setelah tamat latihan, pelatih akan menduduki ujian sebelum diserap masuk ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Seperti tahun yang lepas, terdapat 2 ambilan dalam setahun bagi program ini iaitu pada bulan Januari dan Julai. Pengambilan kemasukan adalah terhad dan bergantung kepada kekosongan yang ada. Oleh itu, pemohon digalakkan untuk membuat permohonan dengan segera jika berminat. Pemohon juga disarankan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan bagi memudahkan urusan.

PERMOHONAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN SPA 2019 ONLINE BERTARAF SIJIL DAN DIPLOMA

Bagi ambilan pertama tahun 2019, terdapat sejumlah 1,399 jawatan kosong yang boleh dimohon bagi Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma, manakala bagi bertaraf Sijil sebanyak 126 kekosongan. Untuk panduan semua, di sini dikongsikan beberapa maklumat penting mengenai Latihan Separa Perubatan 2019. Antaranya adalah tarikh penting permohonan, syarat kelayakan, dan cara membuat permohonan.

 UPU Fcon e1528140306113
Permohonan Latihan Separa Perubatan 3
CARA MOHON LATIHAN SEPARA PERUBATAN 2019
Berikut adalah cara mudah untuk membuat permohonan online bagi Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil dengan melayari Portal SPA8i seperti pautan di bawah:
PERMOHONAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN 2019

klik sinihttps://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
klik sinihttps://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
peringatanAnda memerlukan ID pengguna sebelum dibenarkan log masuk ke portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sekiranya anda belum mempunyai ID pengguna dan kata laluan, anda boleh melakukannya dengan klik pada butang ‘DAFTAR MYID BARU’ untuk mula mandaftar sebagai pengguna baru sebelum log in sebagai pengguna berakaun:
TARIKH PERMOHONAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN
Berikut pula merupakan tarikh permohonan Latihan Separa Perubatan bagi kedua-dua ambilan tahun 2019:
 Januari
Tarikh TutupJam
6 Februari 201911.59 malam
 Julai
Tarikh TutupJam
belum prosesbelum proses
Bagi yang sudah mendaftar untuk jawatan yang dipaparkan, anda tidak perlu lagi membuat permohonan. Walau bagaimanapun, anda perlu memastikan bahawa permohonan tersebut masih sah laku dalam tempoh setahun daripada tarikh permohonan.
SENARAI LATIHAN PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA
Berikut merupakan senarai program jawatan yang ditawarkan dalam Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma:
tick iconJururawattick iconJurupulih Perubatan Fisioterapi
tick iconJurupulih Perubatan Cara Kerjatick iconJuruterapi Pergigian
tick iconJuruteknologi Makmal Perubatantick iconJuruteknologi Pergigian
tick iconJuru X-Raytick iconPenolong Pegawai Farmasi
tick iconPenolong Pegawai Kesihatan Persekitarantick iconPenolong Pegawai Perubatan
tick iconJururawat PSL
SENARAI LATIHAN PERUBATAN BERTARAF SIJIL
Berikut pula adalah tawaran program bagi peringkat Sijil: 
tick iconPembantu Kesihatan Awam
tick iconPembantu Pembedahan Pergigian
iklan latihan separa perubatan
SYARAT KELAYAKAN BERTARAF DIPLOMA DAN SIJIL
Antara syarat-syarat kelayakan permohonan Latihan Separa Perubatan bagi Diploma dan Sijil adalah:
no 1Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
no 2Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak lebih daripada 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
no 3Pegawai yang sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan dikehendaki berumur kurang daripada 51 tahun pada tarikh permohonan.
no 4Pegawai yang sedang berkhidmat (Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam atau Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan dikehendaki berumur tidak lebih daripada 38 tahun pada tarikh tutup permohonan. 
Nota: Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Maklumat terkini mengenai permohonan ini boleh didapati melalui pautan URL di bawah. Selain itu, jika mempunyai sebarang pertanyaan, berikut adalah alamat dan maklumat untuk menghubungi pihak yang berkenaan:
pointLaman Rasmi SPA
pointFacebook Rasmi SPA
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7 Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
60520 PUTRAJAYA
Tel : 03-88856000
E-mel : http://aduan.spa.gov.my/aduanv2/