Cara Membuat Pendaftaran MUET 2025 Online
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Penggunaan Bahasa Inggeris menjadi semakin penting bagi memudahkan komunikasi antara individu. Hal ini kerana Bahasa Inggeris merupakan Lingua Franca iaitu bahasa yang menjadi jambatan yang menyambungkan jurang antara Bangsa. Jadi, bagi mengukuhkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris setiap pelajar di negara ini, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah memperkenalkan Malaysian University English Test (MUET). Ia merupakan ujian bahasa berperingkat dengan tujuan mengukur tahap kemampuan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar pra-universiti di Malaysia seperti Matrikulasi, Asasi, STPM dan Diploma. Keputusan ujian MUET juga penting sebagai salah satu syarat am kemasukan ke sesetengah universiti di seluruh Universiti Awam (UA) dalam Malaysia.
MPM adalah sebuah organisasi kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan ujian MUET di negara ini. Badan ini akan memastikan pengurusan yang rapi terhadap pendaftaran pelajar, pelaksanaan peperiksaan MUET dan juga keputusan peperiksaan. Ujian MUET dijalankan sebanyak tiga (3) kali dalam setahun bagi memudahkan calon merancang masa bagi mengambil ujian ini. Calon boleh membuat pendaftaran ujian MUET secara atas talian (online).
Bagi pelajar yang ingin mengambil peperiksaan MUET sesi 1, MPM telah pun mengeluarkan Kalendar Peperiksaan MUET untuk tahun 2025. Pelajar yang mahu menduduki peperiksaan ini perlu mendaftar mengikut tarikh pendaftaran. Pelajar disarankan untuk mengawalkan pendaftaran masing-masing secara online bagi mengelakkan masalah permohonan daftar lewat ditolak.
PENDAFTARAN MUET 2025 ONLINE
Seperti yang sedia maklum, MPM sudah pun secara rasmi mengeluarkan jadual tarikh peperiksaan MUET untuk tahun 2025 untuk rujukan calon yang ingin menduduki peperiksaan ini. Berikut adalah jadual tarikh penting serta applikasi dan cara membuat pendaftaran MUET sesi 3 secara online.
JADUAL PENDAFTARAN MUET 2025 | |||
Berikut adalah tarikh penting pendaftaran dan ujian Peperiksaan MUET bagi setiap sesi: | |||
PERKARA | Pendaftaran Dibuka | Pendaftaran Ditutup | |
SESI 1 | 9 Disember 2024 | 12 Januari 2025 | |
SESI 2 | 18 April 2025 | 18 Mei 2025 | |
SESI 3 | 3 Julai 2025 | 3 Ogos 2025 |
TARIKH UJIAN MUET SESI 1 2 3 | |||
PERKARA | SESI 1 | SESI 2 | SESI 3 |
Tarikh Ujian Lisan (Speaking) | 8, 9, 10, 14, 15 dan 16 April 2025 | 5, 6, 7, 11, 12 dan 13 Ogos 2025 | 29, 30 Oktober, 3, 4, 5 dan 6 November 2025 |
Tarikh Ujian Bertulis (Reading, Writing, dan Listening) | 19 April 2025 | 16 Ogos 2025 | 22 November 2025 |
Nota: Semua maklumat tertera tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia |
CARA MENDAFTAR MUET SECARA ONLINE
Panduan mengisi Borang Pendaftaran MUET secara Online di laman web rasmi MPM boleh didapati di bawah:-
- Melalui aplikasi eSubmission MPM
- Arahan dan panduan pendaftaran Calon Persendirian MUET boleh didapati di Panduan Pendaftaran atau Manual Pengguna
- Klik pada butang ‘Daftar pengguna’ atau hyperlink ‘Daftar Pengguna’
CARA MENDAFTAR MUET CALON PERSENDIRIAN
Panduan mengisi Borang Pendaftaran MUET secara Online calon persendirian boleh didapati di bawah:-
- Melalui aplikasi MUET MPM
- Pilih pusat peperiksaan
- Isikan maklumat peribadi calon yang diperlukan
- Buat pembayaran secara online
- Simpan atau cetak salinan slip pendaftaran MUET calon
- Rujuk Manual Pengguna atau carta alir yang disediakan seperti di bawah :
Panduan Pendaftaran Calon MUET
Calon Sekolah/Institusi
(a) Pendaftaran calon sekolah/calon institusi dibuat secara dalam talian oleh Setiausaha Peperiksaan MUET (SUP MUET) melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my atau pautan terus di https://muet.mpm.edu.my. Calon institusi sahaja dibenarkan untuk menghantar senarai nama calon ke MPM untuk didaftarkan.
(b) Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (SPP, JPN) hendaklah terlebih dahulu mengemaskinikan maklumat sekolah/institusi yang akan menjadi pusat ujian sebelum pendaftaran dibuka.
(c) Pengetua/Ketua Jabatan sekolah/institusi hendaklah memaklumkan nama SUP MUET sekolah/institusinya kepada SPP, JPN dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD).
(d) Taklimat tentang kaedah pendaftaran secara dalam talian di peringkat daerah kepada semua SUP MUET sekolah/institusi hendaklah diberikan oleh PPD.
(e) Pihak sekolah/institusi juga boleh mendapatkan maklumat tentang pendaftaran calon ujian MUET untuk sekolah/institusi melalui portal MPM.
(f) Pihak sekolah/institusi perlu mendapatkan Nama Pengguna dan Kata Laluan daripada SPP, JPN untuk log masuk ke dalam sistem pendaftaran dalam talian ini. SUP sekolah/institusi dinasihatkan untuk memuat turun/mencetak Manual Sekolah di https://muet.mpm.edu.my yang terpapar pada ikon “Sekolah/Institusi” untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran dalam talian tersebut.
(g) Pengetua/Ketua Jabatan sekolah/institusi hendaklah mengarahkan SUP MUET untuk menguruskan pendaftaran sekolah/institusinya dengan mengambil tindakan yang berikut:
(i) Mengemaskinikan maklumat sekolah yang terdapat dalam sistem pendaftaran dalam talian.
(ii) Mengisi data maklumat pendaftaran calon bagi sekolah/institusinya yang ingin menduduki MUET.
(iii) Mengenal pasti Calon Berkeperluan Khas (CBK) dari segi penglihatan (buta atau rabun), anggota (spastik), pendengaran (kurang dengar/pekak), pertuturan (sengau/gagap), dan selain daripada yang dinyatakan, dan mendaftarkannya bersama-sama dengan calon lain. Calon buta atau rabun ini mesti didaftarkan pada urutan pertama dan seterusnya bagi memudahkan MPM menyediakan kertas soalan Braille/Cetakan Besar untuk Ujian Speaking pada booklet sidang 1, hari pertama ujian speaking di pusat ujian calon tersebut.
(iv) Membuat permohonan bagi mendapatkan kemudahan dan keistimewaan sebagai calon CBK seperti tindakan pada para 6.
(v) Menyemak maklumat awal pendaftaran calon melalui Penyata Pendaftaran MUET (MUET/PP) seperti ejaan nama, nombor pengenalan diri, dan maklumat lain yang tercatat pada MUET/PP adalah betul, dan mengemaskinikannya jika terdapat pindaan oleh calon sebelum sistem pendaftaran ditutup. MUET/PP ini boleh digunakan sebagai bukti pendaftaran telah dibuat bagi menuntut Slip Daftar MUET (MUET/D) calon (jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D). Tiada MUET/PP bermaksud pendaftaran calon tersebut tidak berjaya/tidak lengkap.
(vi) Memastikan data maklumat pendaftaran calon adalah betul sebelum membuat pengesahan secara dalam talian.
(vii) Menyemak MUET/D bagi calon sekolah/institusinya dan menyediakan buku rekod penyemakan MUET/D oleh calon.
(viii) Memaklumkan ke SPP, JPN atau MPM (u.p Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) di talian 03-61261661/1665 atau e-mel ke muet@mpm.edu.my dengan kadar SEGERA, jika terdapat calon yang telah didaftarkan tiada dalam semakan MUET/D (maklumat calon sekolah/institusinya tercicir).
(ix) Mematuhi tarikh akhir talian pendaftaran dalam talian dibuka dan penghantaran maklumat pendaftaran/bahan/dokumen pendaftaran yang berkaitan seperti yang telah ditetapkan oleh SPP, JPN.
(x) Calon sekolah/institusi dikehendaki melayari aplikasi Calon Sekolah/Institusi di https://mympmapp.mpm.edu.my untuk urusan/ tindakan selanjutnya berkaitan Ujian MUET.
Calon Persendirian Individu
(a) Pendaftaran Calon Persendirian Individu dibuat secara dalam talian melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my atau pautan di https://muetj3.mpm.edu.my. Sebarang rayuan pendaftaran lewat secara manual tidak akan dilayan.
(b) Calon Persendirian Individu dikehendaki merujuk kepada Manual Calon Persendirian Individu di https://muetj3.mpm.edu.my dan juga Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon 2025 untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran dalam talian tersebut.
(c) Pusat ujian untuk Calon Persendirian Individu adalah terhad. Oleh yang demikian, calon dikehendaki membuat pendaftaran dengan kadar segera sebaik sahaja pendaftaran dibuka.
(d) Calon boleh memilih pusat ujian yang dikehendaki semasa membuat pendaftaran tetapi ketetapan adalah tertakluk kepada SPP, JPN. SPP JPN berhak untuk memindahkan Calon Persendirian Individu ke pusat lain selain daripada yang telah dipilih.
(e) Bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK) dari segi penglihatan (buta atau rabun), anggota (spastik), pendengaran (kurang dengar/pekak), pertuturan (sengau/gagap), dan selain daripada yang dinyatakan juga mendaftar secara dalam talian, tetapi pemberitahuan bahawa calon tersebut adalah CBK dan keistimewaan yang dipohon adalah seperti tindakan pada para 6.
(f) Calon Persendirian Individu dikehendaki untuk subscribe channel Telegram MUET rasmi bagi sesi masing-masing bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung MUET. Url bagi channel Telegram akan dicatatkan pada MUET/PP bagi setiap sesi. Sila rujuk para 7 untuk maklumat berhubung MUET/PP.
(g) MPM tidak akan bertanggungjawab sekiranya calon gagal menduduki MUET sekiranya calon tidak mendapatkan maklumat terkini daripada portal dan Facebook rasmi MPM, serta channel Telegram MUET rasmi.
CALON BERKEPERLUAN KHAS (CBK)
6.1 Calon Berkeperluan Khas (CBK) dari segi penglihatan (buta atau rabun), anggota (spastik), pendengaran (kurang dengar/pekak), pertuturan (sengau/gagap), dan selain daripada yang dinyatakan hendaklah dimaklumkan ke MPM selewat-lewatnya pada 22 Februari 2025 bagi MUET Sesi 1 tahun 2025, 22 Ogos 2025 bagi MUET Sesi 2 tahun 2025, manakala 30 September 2025 bagi MUET Sesi 3 tahun 2025.
6.2 Maklumat tentang ketidakupayaan dan keistimewaan yang dipohon hendaklah dimaklumkan dengan jelas dan lengkap dalam Borang Maklumat Calon Cacat Penglihatan (Buta), iaitu MUET/C5 (Pindaan 2024) atau Borang Maklumat Calon Istimewa, iaitu MUET/C6 (Pindaan 2024) (mana-mana yang berkenaan) mengikut jenis ketidakupayaan yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal MPM. Sila sertakan salinan dokumen sebagai bukti ketidakupayaan yang dialami seperti laporan perubatan, Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan pengesahan Pengetua/Ketua Jabatan (jika calon sekolah/institusi).
6.3 Kemudahan dan keistimewaan yang boleh diberikan kepada calon CBK hanya akan dipertimbangkan jika borang MUET/C5 (Pindaan 2024) atau MUET/C6 (Pindaan 2024) (mana-mana yang berkenaan) diterima oleh MPM. Kelewatan penghantaran borang tersebut akan menyebabkan calon tidak akan mendapat kemudahan dan keistimewaan yang sepatutnya.
6.4 Pegawai Meja MUET, SPP JPN hendaklah mengumpulkan borang MUET/C5 (Pindaan 2024) atau MUET/C6 (Pindaan 2024) yang diterima daripada Calon Persendirian Individu dan menghantar borang tersebut ke MPM (u.p.Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) dan salinan ke SPP, JPN (u.p Ketua Penolong Pengarah Kanan/Ketua Penolong Pengarah). Untuk mendapatkan borang yang berkaitan, sila klik MUET/C5 (Pindaan 2024) atau MUET/C6 (Pindaan 2024).
Berkuatkuasa tahun 2024, Majlis Peperiksaan Malaysia telah mengumumkan kadar baharu yuran pendaftaran MUET sesi untuk calon warganegara Malaysia seperti berikut:
MAKLUMAT LANJUT
Bagi sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai pendaftaran MUET sesi 1 2025 ini. Pendaftar boleh mengajukan sebarang pertanyaan dengan menghubungi maklumat-maklumat yang telah disediakan seperti berikut:
Portal Rasmi MPM
Kalendar MUET 2025 Rasmi
Malaysian Examinations Council
Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
No Telefon : 03-61261600
E-mail : ppa@mpm.edu.my
Related : permohonan perpindahan pusat ujian muet, untuk makluman, sesawang mpm seperti panduan, ditetapkan oleh mpm, hadir menduduki peperiksaan, terdapat di laman sesawang mpm, muet juga boleh dibuat, slip daftar muet 2021, calon juga dinasihatkan untuk, 2021 secara online, daftar muet 2021 online, mpm seperti panduan berikut, dibuat dengan mengisi borang