Senarai Program Ijazah Sarjana Muda Politeknik

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Politeknik merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi milik kerajaan Malaysia yang dibawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Penubuhan politeknik yang pertama adalah Politeknik Ungku Omar. Ia telah disokong dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama. Dengan wujudnya jawatankuasa ini lebih banyak politeknik telah dibina dan meluaskan lagi program pengajian bagi memenuhi keperluan industri.

Penubuhan politeknik bertujuan untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja hebat dalam ilmu teori malah kompeten untuk melakukan kerja amali seperti yang diperlukan dalam industri. Sedar akan kepentingan politeknik, kerajaan telah mengangkat politeknik supaya menjadi setaraf dengan universiti awam yang lain. Segala kemudahan untuk pelajar telah ditambah baik bagi memastikan keselesaan pelajar. Sehingga kini telah banyak politeknik yang telah dibina di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Program politeknik telah diperbanyakkan hinggalah ke peringkat sarjana muda juga politeknik ada menawarkan kepada sesiapa yang berminat. Taraf program sarjana muda di politeknik kini boleh dikatakan setaraf dengan universiti awam yang lain. Silibus yang diguna pakai sentiasa dipantau bagi memastikan menepati piawaian yang ditetapkan.

SENARAI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA YANG DITAWARKAN DI POLITEKNIK

Kepada pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda, politeknik merupakan salah satu pilihan yang anda boleh pertimbangkan. Berikut dikongsikan program sarjana muda yang ditawarkan di politeknik premier untuk panduan semua:

program sarjana muda politeknik

SENARAI PROGRAM SARJANA MUDA POLITEKNIK

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

  1. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) Dengan Kepujian

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

  1. Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian
  2. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

  1. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) Dengan Kepujian
  2. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) Dengan Kepujian

JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

  1. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti

JABATAN REKA BENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL

  1. Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM (DENGAN KERJASAMA INSTITUSI LAIN)

  1. Sarjana Muda Sains Perumahan, Bangunan & Perancangan (Kepujian) (Senibina), Universiti Sains Malaysia (USM)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat tambahan, anda boleh melayari pautan di bawah:

Close