Permohonan UPU online 2026-2027 kemasukan UA Politeknik ILKA Kolej Komuniti
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Berita baik untuk semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf. Anda berpeluang melanjutkan pengajian anda berdasarkan kelayakan akademik anda. Kementerian Pengajian Tinggi, melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) akan mengumumkan tarikh dan waktu untuk membuat permohonan melalui UPU online.
UPU Online adalah sistem atas talian yang dibangunkan untuk memudahkan pelajar membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), IPTA dan Politeknik. Program yang dibuka termasuklah dari peringkat asasi, diploma dan ijazah sarjana. Calon yang berminat disarankan menyenaraikan bidang-bidang pengajian yang ditawarkan mengikut keutamaan, minat dan potensi berdasarkan lulusan pengajian calon sebelum ini.
Calon perlu peka dengan tarikh-tarikh penting yang akan dihebahkan melalui BPKP. Calon juga perlu membeli nombor pin unik di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 28 Januari 2026 hingga 15 Mei 2026. Bagi setiap pembelian calon perlu membayar RM 10.60 sahaja di mana-mana cawangan BSN seluruh Malaysia.
PERMOHONAN UPU ONLINE 2026-2027 KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK, ILKA DAN KOLEJ KOMUNITI
Bagi memudahkan pemohon, berikut dikongsikan tarikh rasmi permohonan dibuka serta lain-lain info yang penting untuk membuat permohonan:
| TARIKH DAN KATEGORI PEMBELIAN NOMBOR PIN UNIK DI BSN | ||
| Dibuka | Ditutup | |
| 28 Januari 2026 | 15 Mei 2026 | |
| Program Lepasan SPM (Setaraf) | SPM, Sijil SKM, Sijil ILKA dan Sijil Kolej Komuniti | |
| Program Lepasan STPM (Setaraf) | STPM, Matrikulasi KPM, STAM, Diploma Setaraf, Asasi UiTM dan Asasi UM | |
| TARIKH RASMI PERMOHONAN FASA 1 UPU Online | ||
| Dibuka | Ditutup | |
| 29 Januari 2026 (12pm) | 23 Mac 2026 (5pm) | |
| TARIKH PEMBUKAAN PERMOHONAN FASA 2 UPU Online | ||
| Dibuka | Ditutup | |
| 13 April 2026 | 15 Mei 2026 | |
| TARIKH FASA KEMASKINI & PERMOHONAN BAHARU LEPASAN SPM/ STPM/SETARAF | ||
| Dibuka | Ditutup | |
| – | – | |
| Bagi kategori STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM : kemaskini dibuka untuk pilihan program pengajian yang tiada temuduga atau ujian. | ||
| Bagi kategori Diploma/setaraf : Kemaskini untuk keputusan akademik dan muat naik dokumen berkaitan sahaja. | ||
| Permohonan Baharu dibuka untuk program pengajian kecuali program pengajian temu duga atau ujian dan muat naik dokumen bagi lepasan Diploma/setaraf sahaja. | ||
| Kemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar untuk Lepasan SPM adalah 5 hari selepas keputusan SPM sebenar diumumkan | ||
| Kemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar untuk Lepasan STPM/setaraf adalah pada tarikh yang akan dikemaskini (kecuali diploma/setaraf) | ||
| KATEGORI PEMOHON | ||
| Perlu diingatkan kepada pemohon, sebelum membuat permohonan perlu mengenal pasti kategori masing-masing. Untuk maklumat lanjut tentang kategori ini sila layari pautan di bawah: | ||
| CARA MENGISI BORANG PERMOHONAN MELALUI UPU ONLINE | ||
| SYARAT AM KELAYAKAN SPM/ STPM | ||
![]() | ||
| Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai UPU online, pemohon boleh ajukan pertanyaan dengan melayari pautan berikut: | ||
Ref : permohonan kemasukan ke ua, untuk mendapatkan maklumat, spm stpm dan setaraf, keputusan peperiksaan, upu online 2021






