Semakan keputusan UPU 2024 online UA IPTA Politeknik

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Setelah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diumumkan rata-rata pelajar sudah berkira-kira universiti mana yang akan mereka sertai. Demi mencapai cita-cita masing-masing, persediaan harus dibuat dan perancangan harus dilakukan dengan teliti. Justeru itu, kerajaan telah membangunkan sebuah sistem atas talian yang dipanggil UPU Online.

UPU Online dibangunkan untuk memudahkan para pelajar lepasan SPM dan STPM/setaraf untuk membuat application ke Universiti Awam (UA) atau politeknik. Dengan penambahan bilangan UA dan politeknik serta penambahbaikan ke atas sistem institut pendidikan, ia mampu menampung bilangan pelajar saban tahun.

Setiap tahun Kementerian Pengajian Tinggi melalui Bahagian Pengurusan Pelajar (BPKP) akan membuka sistem UPU online untuk pelajar membuat application ke UA/politeknik. Hebahan tarikh buka dan tutup telah pun dibuat melalui laman facebook BPKP sendiri. Justeru itu, pelajar perlu mengambil tahu tarikh-tarikh penting ini.

SEMAKAN KEPUTUSAN UPU ONLINE 2023

Setelah application UPU ditutup secara rasmi pihak BPKP akan mengumumkan tarikh untuk pemohon membuat semakan keputusan UPU online. Bagi memudahkan pemohon, berikut dikongsikan tarikh semakan, cara membuat semakan dan lain-lain info bagi tahun 2023 untuk rujukan semua. Maklumat bagi tahun 2024 akan dikemaskini :

keputusan upu

KATEGORI LEPASAN SPM
PANGGILAN TEMUDUGA UPU
Tarikh
8 Mei 2023
Nama yang layak dipanggil temuduga boleh disemak melalui pautan berikut:
pointUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)pointUniversiti Utara Malaysia (UUM)
pointUniversiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)pointPoliteknik Malaysia
pointUiTMpoint UNISZA
pointIPGpointUKM
point ILJTM
TEMUDUGA DAN UJIAN
MulaTamat
Mei 2023Jun 2023
HEBAHAN KEPUTUSAN TAWARAN UPU 
Tarikh
7 Julai 2023 (12 tengah hari)
Keputusan tawaran UPU lepasan SPM untuk ke UA, Politeknik Premier, Politeknik Konvensional Metro, Kolej Komuniti dan ILKA boleh disemak dengan layari pautan berikut:
pointSaluran SelatanpointSaluran Sarawak
pointSaluran SabahpointSaluran Utara
pointSaluran TimurpointAplikasi UPUPocket 2.0
RAYUAN UPU
BukaDitutup
7 Julai 2023 (12 tengah hari)16 Julai 2023 (5 petang)
Pemohon yang tidak mendapat tawaran pada fasa pertama boleh membuat rayuan. Rayuan UPU akan buka selama 9 hari. Sebarang kelewatan selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan. Untuk rayuan ke Politeknik Premier, Politeknik Konvensional /METrO, Kolej Komuniti dan ILKA, anda boleh kemukakan application terus kepada institusi yang berkenaan. Sebarang kelewatan selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
KEPUTUSAN RAYUAN UPU
MulaTamat
7 Ogos 2023 (12 tengah hari)11 Ogos 2023 (5 petang)
Keputusan akan mula buka bermula jam 12:00 tengah hari. Keputusan adalah muktamad. Sebarang pertanyaan boleh layari laman web rasmi BPKP.
KEPUTUSAN RAYUAN UPU HEBAHAN KEDUA
MulaTamat
belum prosesbelum proses
Keputusan akan mula buka bermula jam 12:00 tengah hari. Keputusan adalah muktamad. Sebarang pertanyaan boleh layari laman web rasmi BPKP.
KATEGORI LEPASAN STPM/SETARAF
UPU FASA 2 
BukaDitutup
belum prosesbelum proses
Bagi pemohon yang tidak mendapat mana-mana tawaran, fasa 2 akan dibuka untuk memberi peluang kepada pemohon mendapat tempat di institut pengajian.
TEMUDUGA DAN UJIAN
MulaTamat
belum prosesbelum proses
HEBAHAN KEPUTUSAN UPU FASA 2 
Dibuka
7 September 2023
Keputusan akan mula buka bermula jam 12:00 tengah hari. Keputusan adalah muktamad. Sebarang pertanyaan boleh layari laman web rasmi BPKP.
Semakan boleh dibuat dengan layari pautan berikut:
pointSaluran SelatanpointSaluran Sarawak
pointSaluran SabahpointSaluran Utara
pointSaluran TimurpointAplikasi UPUPocket 2.0
RAYUAN UPU
BukaDitutup
7 September 2023 (12 tengah hari)16 September 2023
Pemohon yang masih tidak mendapat tempat dibenarkan untuk membuat rayuan. Tempoh membuat rayuan selama 10 hari. Selepas tempoh tersebut tiada rayuan boleh dibuat.
KEPUTUSAN RAYUAN UPU FASA 1
Mula
16 Oktober 2023 (12 tengah hari) hingga 20 Oktober 2023 (5 petang)
Keputusan akan mula Buka bermula jam 12:00 tengah hari. Keputusan adalah muktamad. Sebarang pertanyaan boleh layari laman web rasmi BPKP.
KEPUTUSAN RAYUAN UPU FASA 2
Mula
belum proses
Info ButtonBPKP, JPT juga ada membuka kaunter khidmat runding cara application ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti, ILKA bermula (Akan Dikemaskini) bagi memudahkan urusan semakan keputusan dan perkhidmatan runding cara pelajar di alamat berikut:
Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)
Ruang Legar KPM(PT),
No.2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Putrajaya.
(jam 8.30 pagi – 4.00 petang) (hari bekerja sahaja)
SEMAKAN KEPUTUSAN UPU ONLINE MELALUI SMS
Alternatif lain untuk membuat semakan UPU adalah melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Cara membuat semakan seperti di bawah:  Perkhidmatan semakan secara SMS tidak disediakan.
no 1Politeknik Konvensional / METrO / Kolej Komuniti / ILKA (TVET). Taip UPU (Jarak) TVET (Jarak) No Kad Pengenalan dan SMS ke 15888.
no 2Universiti Awam (UA) Dan Politeknik Premier. Taip UPU (Jarak) RESULT (Jarak) No Kad Pengenalan dan SMS ke 15888.
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai UPU online, pemohon boleh samada ajukan pertanyaan dengan melayari pautan berikut ataupun hubungi pihak BPKP JPT dengan rujuk maklumat yang disediakan di bawah:
pointFacebook Rasmi BPKP JPT
pointPortal Rasmi UPU BPKP
Bahagian Pengurusan Pelajar
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Putrajaya.
Hotline : 03 8870 8200
Emel : upu@moe.gov.my
Aplikasi Mobile : UPUPocket 2.0
Close