UPU Top

Share this post:

Panduan Pembelian Nombor Pin Unik ID UPU Di BSN Sesi Kemasukan 2019/2020

18:22 UPU.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 27 Februari 2019 jam 05:07 PM oleh UPU.editor

Setiap tahun permohonan kemasukan ke UA, Matrikulasi, Politeknik, ILKA, dan Kolej Komuniti dibuka kepada lepasan SPM, STPM dan setaraf. Pemohon yang berminat dikehendaki membuat pembelian nombor pin unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan bagi membuat permohonan.

Nombor pin UPU ini sangat penting kerana setiap nombor ini mempunyai pin unik ID yang membolehkan akses kepada kepada borang permohonan online yang memerlukan pemohon mengisi maklumat permohonan, bidang dan institusi pilihan. Pin unik ini juga membolehkan para pelajar untuk memohon seperti di program peringkat diploma, sarjana muda, kemasukan ke UiTM, Kolej Matrikulasi, IPG dan lain-lain.

Untuk pengetahuan umum, harga nombor pin unik ID UPU pada tahun ini adalah RM15.60 sama seperti tahun-tahun yang sebelum ini kecuali tiada caj/cukai dikenakan. Nombor pin UPU setiap pelajar adalah sulit dan tidak dibenarkan untuk dikongsikan sama sekali kepada orang lain.

CARA MEMBELI NOMBOR PIN UPU ID UNIK DI BSN 2019

Terdapat pelbagai cara untuk membuat pembelian nombor pin UPU di BSN. Berikut merupakan langkah lengkap bagi setiap kaedah sebagai rujukan umum.

UPU Fcon e1528140306113
Cara Membeli Pin Unik UPU 1
TARIKH PEMBELIAN NOMBOR PIN UPU DI BSN 2019
Berikut adalah tarikh penting untuk membeli nombor pin Unik UPU:
BukaTutup
25 Februari 20191 April 2019
Note Icon ButtonJualan nombor pin ID ditutup sehari awal daripada tarikh tutup permohonan dan semua tarikh adalah tertakluk kepada perubahan.
PERINGATAN PENTING PEMBELIAN NOMBOR PIN UNIK ID UPU
Untuk makluman, pembelian Nombor Unik ID UPU hendaklah berdasarkan kepada perkara berikut:
no 1Nama
no 2Nombor Kad Pengenalan / Mykad (IC)
Sebaik selesai membuat pembayaran untuk No. Pin UPU, pihak BSN akan mengeluarkan resit pembayaran berserta dengan nombor Unik ID.
CARA BELI NO PIN UPU BSN 2019/2020
Dinasihatkan kepada mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke UA/IPTA/Politeknik/Kolej Komuniti untuk merujuk panduan yang dikongsikan berikut bagi mengetahui panduan membeli no. pin unik ID UPU di BSN melalui beberapa cara iaitu:
letter a Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
no 1Pemohon boleh pergi ke salah satu daripada cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa kad pengenalan diri berserta wang secukupnya untuk bayaran.
no 2Salinan kad pengenalan pemohon harus ditunjukkan semasa proses pembelian.
Contoh Slip No PIN Unik ID BSN 
Slip No PIN Unik BSN Kaunter
letter b Mesin ATM
Bagi pembelian menerusi mesin ATM di BSN, pemohon sama ada pelajar sendiri atau ibu bapa perlu mempunyai akaun Giro BSN dan kad ATM BSN. Berikut adalah kaedah pembelian PIN UPU melalui mesin ATM BSN:
no 1Masukkan kad ATM serta nombor pin
no 2Pilih urusan : Beli Pin
no 3Pilih jenis permohonan : IPTA
no 4Pilih jenis program : contohnya SPM ataupun STPM atau lain-lain
no 5Masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan klik YA untuk meneruskan urusan
no 6Semak maklumat yang ditunjukkan. Klik SETUJU untuk meneruskan urusan. Klik BATAL jika ingin batalkan urusan.
no 7Resit akan dicetak. Sila simpan resit yang dicetak sebagai rujukan masa akan datang.
Contoh Resit No PIN Unik ID ATM BSN 
Contoh Resit No Pin Unik ID ATM BSN
Note Icon ButtonINFO PENTING RESIT NO PIN BSN
Point bulletMesej “Diluar Tempoh Jualan” akan terpapar sekiranya pembelian pin dilakukan di luar tempoh jualan.
Point bulletPembelian pin tidak dibenarkan sekiranya Mesin ATM sudah kehabisan resit.
Point bulletPembelian pin di ATM adalah hanya untuk My Kad/ Kad Pengenalan baharu sahaja.
letter c Perbankan SMS
Pemohon mesti membuat pendaftaran dahulu sebelum dibenarkan menggunakan perkhidmatan perbankan SMS. Pendaftaran boleh dibuat di kaunter, CDM (Cash Deposit Machine) atau mesin ATM. Tambahan, kaedah ini juga memerlukan pemohon untuk mempunyai akaun bersama BSN dan kad ATM BSN. Langkah mendaftar perbankan SMS di ATM atau CDM adalah seperti berikut:
Antaramuka ATM/CDM BSN 
beli pin upu di bsn
no 1Masukkan kad Matrix BSN dan pilih bahasa
no 2Masukkan nombor pin dan pilih Urusan Lain
no 3Sila pilih Perbankan SMS dan Pilih Pendaftaran
no 4Masukkan nombor telefon bimbit yang pemohon sedang gunakan
no 5Urusan telah berjaya dan resit akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC
no 6Pemohon akan menerima SMS pendaftaran berjaya melalui telefon yang telah didaftarkan tadi
no 7Selepas pendaftaran berjaya, pemohon boleh membeli nombor PIN unik UPU menggunakan SMS seperti cara di bawah:
Taip PIN<jarak>M-PIN<jarak>ORG<jarak>Nombor Kad Pengenalan dan hantar ke 36898
Contohnya: PIN 012345 SPM 940101010101
M-PIN adalah nombor PIN kad Matrix BSN. 
Note Icon ButtonKETERANGAN MENGENAI JENIS PEMBELIAN PIN IPT
Berikut adalah ringkasan ORG mengikut kategori pembelian pin IPT untuk SMS:
BilPembelian Pin IPTRingkasan
1 STPMSTPM
2 SPMSPM
3 Lepasan DiplomaL.DIPLOMA
4 Lepasan MatrikL.MATRIK
5 Sijil Tinggi Agama MalaysiaSTAM
6 MatrikulasiMATRIK
7 Politeknik / Kolej KomunitiPOLI
8 Bahagian Pendidikan Guru – KPLI, JQAF, PISMP UNISELKPLI
JQAF
PISMP
UNISEL
9 UITM – Diploma/Sijil/Pra Diploma
UITM – PLK (Pengajian Luar Kampus)
UITM – Ijazah/Diploma/Master/PhD/Profesional
UITM01
UITM02
UITM03
10Pusat Perubatan UMPPUM
11PTPTNPTPTN
PROGRAM PENGAJIAN PERMOHONAN UPUOnline
Berikut merupakan senarai program pengajian melalui permohonan UPU online yang memerlukan pelajar untuk membeli nombor pin unik ID UPU:
no 1Program Lepasan SPM/setaraf
no 2Program Lepasan STPM /setaraf
no 3Sarjana Muda Politeknik
no 4Pensijilan Kemahiran Malaysia
Note Icon Button Adalah penting untuk memastikan nombor kad pengenalan yang tertera dalam slip no. unik ID BSN adalah betul. Sekiranya pemohon adalah lepasan STPM/ setaraf, no. unik ID mesti bermula dengan angka 13XXX. Dan sekiranya pemohon adalah lepasan SPM/setaraf, no. unik ID akan bermula dengan angka 16XXX.
JENIS PEMBELIAN PIN
Selain pembelian PIN untuk permohonan UPU, pin unik ID juga berguna untuk urusan permohonan seperti yang tersenarai di bawah:
no 1Program Matrikulasi KPM
no 2Melanjutkan pengajian di UiTM selain melalui permohonan UPU
no 3Permohonan ke USM
no 4Melanjutkan pengajian ke Kolej Komuniti KPTM dan Politeknik
no 5Permohonan untuk menyambung pengajian ke Pusat Perubatan Universiti Malaya
no 6Melanjutkan pengajian ke UPSI dan UPSI Holdings
no 7Peperiksaan seperti MUET dan sebagainya daripada Majlis Peperiksaan Malaysia 
no 8Untuk memohon Pinjaman PTPTN
no 9UPU Kemahiran Sdn Bhd
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh dirujuk melalui maklumat berikut:
pointPortal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
pointFB Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
Info Button INFO BERKAITAN
pointTarikh Pembelian Nombor Pin Unik UPU Kemasukan Sesi 2019/2020 
pointTarikh Penting Permohonan UPU 2019-2020 kemasukan UA Politeknik 
pointSemakan Panggilan ke Temuduga UPU 2019-2020 Online
pointSemakan keputusan UPU 2019 online UA IPTA Politeknik