Permohonan IKM KKTM MJII 2024 Online

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Sejak sekian lama Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah memberikan bantuan kepada bumiputra bagi memperbaiki taraf hidup dan ekonomi supaya dapat bersaing dengan rakyat Malaysia yang lain serta mengecilkan jurang antara orang kaya dan miskin. MARA memberi bantuan dari segi latihan dan kewangan kepada bumiputra untuk memajukan taraf hidup mereka dan memberikan kehidupan yang selesa kepada keluarga mereka. Bantuan juga diberikan dari segi pendidikan dengan mewujudkan beberapa buah institusi pendidikan.

Salah satu daripada Institusi Pendidikan MARA adalah Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan MARA-Japan Industrial Institute (MJII). Matlamat penubuhan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) ini adalah untuk memberi peluang kepada belia bumiputra dengan memberi latihan dan pendidikan bagi melahirkan lebih ramai belia yang berkemahiran tinggi untuk diserap masuk ke dalam industri zaman kini. IKM, KKTM dan MJII telah dibina di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi memastikan matlamat ini tercapai.

Semua institusi pendidikan MARA telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Segala kemudahan dan kelengkapan untuk pelajar telah disediakan bagi memastikan keselesaan pelajar. Di IKM, mereka menawarkan pengajian di peringkat sijil manakala KKTM pula menawarkan pendidikan di peringkat diploma. Bagi pelajar yang berkelayakan anda akan ditawarkan dengan bantuan kewangan bagi meringankan beban keluarga pelajar.

PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN KE IKM KKTM MJII SESI JANUARI / APRIL / JULAI 2024

Permohonan kemasukan ke IKM, KKTM dan MJII dibuka setiap tahun dan terbuka kepada sesiapa yang berminat dan layak untuk menjadi sebahagian daripada pelajar institusi pendidikan MARA. Menurut sumber, kemasukan terbuka kepada dua sesi iaitu Januari dan Julai setiap tahun. Kini terdapat pengambilan baru iaitu sesi April untuk kemasukan ke KKTM Petaling Jaya sahaja. Berikut kami kongsikan beberapa info penting berkaitan kemasukan ke IKM, KKTM dan MJII bagi sesi 2024 sebagai rujukan semua:

permohonan kktm ikm mjii

TARIKH PERMOHONAN KE KKTM DAN IKM SESI JANUARI 2024
BukaTutup
15 Oktober 2023belum proses
Tarikh di atas merupakan tarikh permohonan untuk semua KKTM dan IKM
TARIKH PERMOHONAN KE MJII DAN KKTM SESI JULAI 2023
BukaTutup
1 Mac 2023 (Fasa 1)

16 Mei 2023 (Fasa 2)

15 April 2023 (Fasa 1)

17 Julai 2023 (Fasa 2)

 Tarikh di atas merupakan tarikh permohonan untuk semua KKTM dan IKM

PANDUAN MEMBUAT PERMOHONAN KE KKTM IKM MJII BAGI SESI JANUARI/ APRIL / JULAI 2024

PERMOHONAN ONLINE KE KKTM IKM MJII

Borang Permohonan Online Ke Institut Pendidikan MARA (IPMa)

  1. Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari pautan di atas
  2. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan bagi yang sudah mendaftar
  3. Untuk pengguna baru, sila buat pendaftaran dahulu dengan menekan butang ‘pengguna baru’
  4. Tiada pembelian no pin dikenakan untuk ambilan Januari 2024 dan April/ Julai 2023

KELAYAKAN AM PROGRAM SIJIL

IKM menawarkan pengajian peringkat sijil. Berikut merupakan syarat am kelayakan memohon:

  • Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi lepasan SPM 2014 dan ke atas wajib lulus subjek sejarah
  • Tidak buta warna
  • Sihat tubuh bada dan tiada masalah kesihatan
  • Berumur 18-40 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputra

KELAYAKAN AM DIPLOMA

KKTM menawarkan pengajian peringkat diploma. Berikut merupakan syarat am kelayakan memohon:

  • Lulus SPM atau setara  atau lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM)
  • Tidak buta warna
  • Sihat tubuh bada dan tiada masalah kesihatan
  • Berumur 18-40 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputra

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan cara berikut:

Unit Pengambilan Pelajar,
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
Telefon: +60 3 2613 4258
Fax : +60 3 2691 4510 e-mel : infobkt@mara.gov.my

Close