Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) merupakan ujian yang dijalankan setiap tahun bagi melantik calon guru dari kalangan lepasan SPM. Lepasan SPM yang memohon untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG), dikehendaki menjalani UKCG sebagai salah satu syarat untuk layak menjadi seorang guru sekolah. Justeru bagi yang memenuhi syarat kelayakan untuk menyertai program ini adalah amat dialu-alukan untuk memohon.

Sepertimana ujian lain, UKCG juga sudah semestinya mempunyai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh calon. Terdapat beberapa kategori atau peringkat yang mesti dilalui di dalam ujian ini. Pengendali ujian ini juga amat tegas dalam menguji semua calon agar dapat melahirkan guru yang mempunyai kualiti dan integriti yang tinggi untuk mendidik anak bangsa.

Selain itu, PISMP juga bermatlamat untuk melahirkan para guru yang berkaliber dalam mendidik para pelajar demi membantu mencorak masa depan yang cerah buat mereka. Oleh itu, sebagai panduan bagi yang berminat untuk memohon, berikut dikongsikan perkara-perkara penting serta Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) yang perlu diambil perhatian oleh semua calon yang bakal menduduki ujian ini.

PANDUAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) PISMP

Di sini dikongsikan panduan sebelum menduduki ujian kelayakan calon guru termasuk peraturan dan jenis ujian yang perlu dilalui buat rujukan semua:

UPU Fcon e1528140306113
Panduan UKCG
PENJELASAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU
Info ButtonUKCG merangkumi tiga (3) sesi ujian iaitu :
i. Sesi Ujian Bertulis :-
a) Terdiri daripada Bahagian A (135 soalan) dan Bahagian B (60 soalan) dan calon mesti menjawab soalan dalam masa 45 minit.
b) Calon mesti bersedia untuk menjawab soalan Kuantitatif, Bahasa Inggeris, INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), Analitikal dan Verbal.
ii. Sesi Ujian Kecergasan Fizikal :-
a) Semua calon dikehendaki menjalani Ujian Kecergasan Fizikal (30min).
b) Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) dikehendaki menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
c) Calon mesti menandatangani Surat Akuan Calon dan perlu serahkan surat tersebut kepada petugas yang terlibat sebelum ujian dilaksanakan.
d) Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) mempunyai lima (5) bahagian iaitu :-
– Indeks Jisim Tubuh (BMI)
– Tekan Tubi Tanpa Henti (menggantikan Lompat Quadrant)
– Bangkit Tubi 5 Variasi
– Jangkauan Melunjur (menggantikan Kilas Sisi)
– ‘Bleep Test’
iii. Sesi Ujian Amali
a) Calon yang memohon Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dikehendaki mengikuti sesi ujian ini.
b) Akan dijalankan semasa sesi temuduga
PERATURAN MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN CALON GURU
letter a PERATURAN PEMAKAIAN
Dari segi pakaian, setiap calon perlu mematuhi etika pemakaian yang ditetapkan seperti berikut:
LELAKI
Point bulletT-shirt putih berkolar beserta seluar track bottom berwarna hitam atau biru. Seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali untuk dipakai.
Point bulletKasut sukan bersama stokin yang berwarna putih. Tidak dibenarkan memakai sandal atau selipar.
Point bulletRambut haruslah kemas dan pendek. Tidak boleh menyentuh kolar pada baju atau diwarnakan
PEREMPUAN
Point bulletT-shirt hitam atau gelap yang berlengan panjang. Seluar track bottom berwarna hitam atau biru. Tidak dibenarkan sama sekali untuk memakai seluar jeans.
Point bulletKasut sukan bersama stokin berwarna putih. Tidak dibenarkan memakai sandal atau selipar.
Point bulletMemakai tudung yang berwarna hitam atau gelap.
Point bulletPastikan rambut berada dalam keadaan kemas dan diikat dengan rapi
letter b PERATURAN UJIAN BERTULIS
Bagi ujian bertulis, calon mesti mengikuti peraturan-peraturan seperti berikut:
PERKARA YANG PERLU DIBAWA SEMASA UJIAN
Berikut adalah perkara yang perlu dibawa ke pusat ujian:
no 1Kad Pengenalan/ Mykad Asal
no 2Surat Beranak Asal 
no 3Surat Panggilan UKCG dan Slip Kehadiran (perlu diserahkan kepada Ketua Pengawas atau pengawas di tempat ujian diadakan)
no 4Pensel 2B dan pemadam
PERKARA YANG DILARANG SEMASA UJIAN
Berikut adalah perkara yang dilarang semasa ujian dijalankan. Perkara tersebut adalah seperti barang yang dilarang untuk dibawa masuk, keluar atau jenis-jenis perbuatan yang tidak dibenarkan di dalam pusat ujian:
tick iconMemasuki pusat ujian dengan membawa bahan rujukan atau alat bantuan seperti:
1. Telefon Bimbit
2. Peranti Perakam
3. Kamus
4. Buku
5. Kertas
6. Kamera
7. Kalkulator
8. Barang-barang lain yang dilarang
tick iconMelangkah keluar dari pusat ujian pada bila-bila masa dengan membawa bersama:
1. Buku soalan
2. Kertas Jawapan Berkomputer
3. Kertas Kira Kasar
tick iconMeniru semasa ujian
tick iconMenjadi wakil kepada orang lain dalam mengambil ujian
tick iconMemberi atau menerima bantuan semasa ujian
tick iconMelakukan apa-apa bentuk komunikasi semasa ujian
tick iconMencatat semula soalan sama ada dengan menulis atau secara elektronik
Note Icon ButtonCalon disarankan untuk hadirkan diri 30 minit sebelum ujian bermula di tempat ujian. Calon yang hadir lewat ketika ujian tidak akan mendapat masa tambahan bagi menjalani ujian. Jika calon lewat tiba di pusat ujian selama 10 minit, calon tidak akan mendapat kebenaran untuk menduduki ujian tersebut.
letter c PERATURAN UJIAN KECERGASAN
Bagi ujian kecergasan, calon mesti mengikuti peraturan-peraturan seperti berikut:
tick iconCalon perlu memastikan Surat Akuan Calon (SAC01) telah diserahkan kepada pengawas yang bertugas. Surat tersebut boleh dimuat turun dan dicetak daripada laman web semakan atau emel.
tick iconPatuhi segala arahan daripada pegawai yang bertugas semasa ujian.
PERKARA PENTING UKCG
UJIAN KECERGASAN FIZIKAL (UKF)
Berikut adalah penjelasan lanjut bagi setiap bahagian dalam ujian kecergasan fizikal (UKF) :
INDEKS JISIM TUBUH (BMI)
Point bulletUkuran tinggi dan timbangan berat badan BMI
BMICarta BMI
TEKAN TUBI TANPA HENTI
Point bulletTekan tubi tanpa henti mempunyai tiada masa yang dihadkan tetapi setelah berhenti mata tamat dan markah akan dikira
BANGKIT TUBI 5 VARIASI
Point bulletTangan menyentuh lutut 
Point bulletSiku menyentuh lutut
Point bulletTangan pada dada dan bangkit
Point bulletTangan di belakang kepala dan bangkit
Point bulletTangan sentuh skapula dan bangkit
JANGKAUAN MELUNJUR
Point bulletTekan tubi tanpa henti mempunyai tiada masa yang dihadkan tetapi setelah berhenti mata tamat dan markah akan dikira
jangkauan melunjur
BLEEP TEST
Point bulletBleep test adalah larian 20 meter ulang alik mengikut tempo secara berterusan 
Bleep Test
SESI TEMUDUGA
Point bulletTemuduga maktab perguruan adalah hanya untuk calon yang telah lulus dalam UKCG.
Point bulletTemuduga akan dijalankan pada hari yang berasingan dengan UKCG
Point bulletBagi calon yang memohon Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, diwajibkan untuk menjalani ujian amali semasa sesi temuduga.
PEMILIHAN
Point bulletPemilihan terhadap calon yang layak untuk mengikuti program yang ditawarkan bergantung kepada keputusan UKCG, skor merit dan prestasi semasa temuduga serta perakuan panel iaitu Kelulusan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM yang muktamad.
Close