UPU Top

Share this post:

Senarai Program Asasi Yang Ditawarkan Di Universiti Awam UA

15:44 UPU.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 24 Mei 2019 jam 01:19 AM oleh UPU.editor

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pastinya sedang merancang untuk memilih bidang dan kursus yang sesuai bagi pembelajaran peringkat pengajian tinggi dalam hidup anda. Terdapat pelbagai pilihan program seperti pengajian sijil, asasi dan diploma yang ditawarkan khusus kepada lepasan SPM oleh Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Program asasi yang ditawarkan di IPTA juga dikenali sebagai Foundation merupakan program khas buat lepasan SPM yang layak untuk meneruskan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi dan merupakan salah satu pilihan program persediaan untuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Kebiasaannya, pelajar akan menghabiskan tempoh pengajian di asasi selama 1 atau 2 tahun bergantung kepada jenis kursus yang diambil.

Oleh sebab persaingan yang sengit, tidak semua pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda walaupun mempunyai keputusan yang cemerlang. Jadi, program asasi merupakan jalan yang mudah bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda oleh kerana tempoh pembelajaran yang singkat. Terdapat pelbagai program Asasi yang disediakan di UA dan IPTA.

Sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi, pelajar diingatkan agar memilih program mengikut kesesuaian dan minat masing-masing agar dapat mengelak dari berlaku sebarang kecelaruan di sepanjang tempoh pengajian anda.

SENARAI PROGRAM ASASI  YANG DITAWARKAN IPTA DI MALAYSIA

Berikut adalah senarai kursus Asasi termasuk program Tamhidi yang ditawarkan di UA. Berdasarkan Laman Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi, 44 buah kursus Asasi disediakan bagi kemasukan akademik sesi 2019/2020.

 UPU Fcon e1528140306113
Senarai Porgram Asasi IPTA 1
SENARAI KURSUS ASASI UNIVERSITI AWAM 2019/2020
Berikut adalah senarai kursus Asasi yang ditawarkan di UA bagi sesi 2019/2020:
KodProgramBidangKategoriUniversiti
D0080Asasi Sains Dan PerubatanProgram Umum AsasA : Aliran SainsUniSZA
E0001Asasi SainsSains (Perubatan, Pergigian, Farmasi, dll)A : Aliran SainsUiTM
E0150Asasi TESL#Languages = 223 + 224A : Aliran Sastera
A : Aliran Sains
UiTM
E0400Asasi KejuruteraanKejuruteraan & Sains Dan TeknologiA : Aliran SainsUiTM
E0600Asasi Undang-Undang (KPM)Perundangan di UM, UKM, UUM & UiTMA : Aliran Sastera
A : Aliran Sains
UiTM
E0601Asasi Undang-Undang (UiTM)Perundangan A : Aliran Sastera
A : Aliran Sains
UiTM
G0001Asasi STEMProgram Umum AsasA : Aliran Sastera
A : Aliran Sains
UMT
H0001Asasi SainsLain-lainA : Aliran SainsUMS
K0001Asasi PintarProgram Umum AsasA : Aliran SainsUKM
M0010Asasi Sains HayatBiologi & BiokimiaA : Aliran SainsUM
M0020Asasi Sains FizikalSains Fizikal (Kejuruteraan, Senibina, Sains Komputer, Teknologi Maklumat, dll)A : Aliran SainsUM
M0710Asasi Pengajian Islam dan SainsLain-lainA : Aliran SainsUM
M0711Asasi Pengajian IslamLain-lainA : Aliran Sastera
A : Aliran Sains
UM
P0050Asasi Sains PertanianLain-lainA : Aliran SainsUPM
U0228Program Asasi Pengurusan #Lain-lainA : Aliran Sastera
A : Aliran Sains
UUM
W0010Asasi Sains HayatProgram Umum AsasA : Aliran SainsUNIMAS
W0020Asasi Sains FizikalProgram Umum AsasA : Aliran SainsUNIMAS
Y0010Asasi Sains HayatLain-lainA : Aliran SainsUIAM
Y0020Asasi Sains FizikalLain-lainA : Aliran SainsUIAM
Y0030Asasi Sains Kesihatan BersekutuLain-lainA : Aliran SainsUIAM
Y0031Asasi KejururawatanLain-lainA : Aliran SainsUIAM
Y0060Asasi FarmasiLain-lainA : Aliran SainsUIAM
Y0070Asasi PergigianLain-lainA : Aliran SainsUIAM
Y0080Asasi PerubatanLain-lainA : Aliran SainsUIAM
Y0140Asasi Sains KemanusiaanLain-lainA : Aliran SasteraUIAM
Y0150Asasi Bahasa InggerisLain-lainA : Aliran Sastera
A : Aliran Sains
UIAM
Y0151Asasi Bahasa ArabLain-lainA : Aliran Sastera
A : Aliran Sains
UIAM
Y0152Asasi Bahasa Inggeris Untuk Komunikasi AntarabangsaLain-lainA : Aliran Sastera
A : Aliran Sains
UIAM
Y0153Asasi Bahasa Arab Untuk Komunikasi AntarabangsaLain-lainA : Aliran Sastera
A : Aliran Sains
UIAM
Y0154Asasi Bahasa Melayu Untuk Komunikasi AntarabangsaLain-lainA : Aliran Sastera
A : Aliran Sains
UIAM
Y0200Asasi Ekonomi & Sains PengurusanLain-lainA : Aliran Sastera
A : Aliran Sains
UIAM
Y0245Asasi Perancangan Pelancongan Dan Pengurusan HospitalitiLain-lainA : Aliran Sastera
A : Aliran Sains
UIAM
Y0300Asasi Seni Bina Dan Reka Bentuk Alam SekitarLain-lainA : Aliran Sastera
A : Aliran Sains
UIAM
Y0400Asasi Kejuruteraan Dan Sains KomputerLain-lainA : Aliran SainsUIAM
Y0600Asasi Undang-UndangLain-lainA : Aliran Sastera
A : Aliran Sains
UIAM
Y0707Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu Dan Warisan IslamLain-lainA : Aliran Sastera
A : Aliran Sains
UIAM
Z0080Asasi Perubatan #PerubatanA : Aliran SainsUPNM
Z0220Asasi Pengurusan Dan Strategi #Pengurusan & PentadbiranA : Aliran Sastera
B : Aliran Sastera
A : Aliran Sains
B : Aliran Sains
UPNM
Z0470Asasi Kejuruteraan dan Teknologi #Kejuruteraan & TeknologiA : Aliran Sains
B : Aliran Sains
UPNM
Q0070Tamhidi PergigianSains Fizikal
(Program Umum)
A : Aliran SainsUSIM
Q0080Tamhidi PerubatanSains Fizikal
(Program Umum)
A : Aliran SainsUSIM
Q03210Tamhidi Perakaunan Dan MuamalatPerniagaan & Pentadbiran
(Program Umum)
A : Aliran Sastera
A : Aliran Sains
USIM
Q0601Tamhidi Syariah dan Undang-UndangUndang-Undang SyariahA : Aliran Sastera
A : Aliran Sains
USIM
Q0800Tamhidi Sains dan TeknologiFizikal SainsA : Aliran SainsUSIM
Terdapat 20 program yang dapat dipilih oleh pelajar aliran sastera dan terdapat 33 program untuk dipilih bagi pelajar aliran sains.
Point bullet24 program yang layak diambil pelajar aliran sains sahaja
Point bullet1 program yang layak diambil pelajar aliran sastera sahaja
Point bullet19 program layak diambil pelajar aliran sains dan sastera
Selain memenuhi syarat kemasukan, pelajar aliran sastera mempunyai kelebihan dari segi markah merit keputusan SPM untuk menyambung ke Asasi berbanding pelajar aliran sains. Hal ini kerana merit markah pelajar aliran sastera mengutamakan kepujian dalam subjek yang berteraskan kemanusiaan.
no 1Kiraan merit berdasarkan 5 subjek pelajar aliran sastera iaitu kepujian dalam Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan juga samada Pendidikan Islam / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Al-Quran dan Sunnah.
no 2Kiraan merit berdasarkan 5 subjek pelajar aliran sains adalah kepujian dalam Matematik , Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi (atau mata pelajaran yang boleh diambil selain Biologi seperti Prinsip Akaun, Lukisan Kejuruteraan, Ekonomi Asas, Perdagangan, dll).
no 3Mana-mana 3 Mata pelajaran terbaik SPM.
KATEGORI ASASI YANG DITAWARKAN DI IPTA
Terdapat dua jenis kategori Asasi yang ada iaitu kategori terbuka dan tertutup:
tick iconKategori terbuka membawa maksud universiti lain akan mengiiktiraf program pilihan pelajar supaya anda dibenarkan untuk menyambung pengajian ijazah sarjana muda di universiti lain. Sebagai contoh Universiti Malaya membenarkan semua pelajar asasi universiti lain yang terbuka untuk menyambung pengajian di universitinya (kecuali asasi alam bina dan pengajian Islam serta semua asasi di UIAM).
tick iconKategori tertutup pula bermaksud hanya universiti yang menyediakan program tersebut akan mengiiktiraf programnya tersendiri tanpa menerima lepasan Asasi daripada universiti lain seperti UMS, USIM, UPNM dan UNIMAS.
PROGRAM UNTUK PEMOHON BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA
Berikut adalah kursus pengajian yang terbuka kepada Bumiputera sahaja
no 1Semua Program asasi UiTM
no 2Semua Program asasi UIAM
no 3Asasi Sains di UM, UNIMAS dan UMS
Berikut pula adalah senarai kursus-kursus yang terbuka kepada semua pemohon yang layak
no 1Asasi Pengajian Islam di UM
no 2Asasi Sains Pertanian di UPM
no 3Asasi Pintar UKM
no 4Asasi Pengurusan di UUM
no 5Tamhidi di USIM
no 6Semua Asasi UPNM
Note Icon ButtonSebagai panduan semua, terdapat sesetengah program ijazah sarjana muda yang hanya menerima lepasan STPM dan tidak mengambil lepasan asasi / matrikulasi / diploma. Selain daripada itu, terdapat juga program ijazah sarjana muda yang mengutamakan keputusan SPM sebagai syarat kemasukan berbanding syarat pencapaian STPM / asasi / matrikulasi / diploma. 
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
Bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai senarai program asasi yang ada di UA/IPTA, pemohon boleh mengajukan sebarang pertanyaan dengan menghubungi melalui maklumat yang telah disediakan seperti berikut:
pointUPU E-Panduan
Alamat : Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
Aras 4, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200, W.P.
Putrajaya.
No. Telefon : 03-8870 8200 / 6767 / 6777

No. Faks : 03-8870 6864