Permohonan Insentif Harapan Siswa Johor 2019 YPJ

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah berlalu. Pada PRU14 kali ini telah menyaksikan pertembungan hebat antara parti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Paling mengejutkan buat pertama kali dalam sejarah negara Barisan Nasional hilang kuasa di peringkat persekutuan dan beberapa negeri yang pernah diperintah dahulu. Lagi mengejutkan Negeri Johor yang dikatakan kubu kuat mereka tumpas dengan Pakatan Harapan menang dengan majoriti mudah seterusnya membentuk kerajaan negeri.

Ketika tempoh berkempen, Parti Pakatan Harapan telah menjanjikan 10 perkara kepada rakyat Johor sekiranya mereka berjaya mengambil tampuk pemerintahan. Antara janji mereka adalah untuk memberi insentif siswa kepada anak negeri Johor yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Pengumuman itu telah dibuat oleh Menteri Besar Johor melalui laman facebook rasminya.

Menurut Menteri Besar Johor, tawaran akan dibuka kepada pemohon yang ingin melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan beberapa Institut Pengajain Tinggi Swasta (IPTS) terpilih seperti Kolej YPJ, Educity dan Marsah. Katanya lagi tawaran terbuka kepada anak johor yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan Ijazah sarjana muda.

PERMOHONAN INSENTIF HARAPAN SISWA

Berikut dikongsikan tarikh permohonan, cara membuat permohonan, syarat am dan lain-lain info berkaitan Insentif Harapan Siswa bagi memudahkan pemohon semua:

insentif harapan siswa johor

TARIKH PERMOHONAN INSENTIF HARAPAN SISWA
TARIKH BUKATARIKH TUTUP
20 Mei 201920 Jun 2019

CARA MEMBUAT PERMOHONAN INSENTIF HARAPAN SISWA

PERMOHONAN INSENTIF HARAPAN SISWA

Laman Rasmi Yayasan Pelajaran Johor

  1. Pemohon perlu membuat permohonan secara atas talian dengan melayari laman sesawang rasmi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) melalui pautan di atas.
  2. Klik pada butang ‘KLIK UNTUK MOHON!’ untuk sampai ke muka log masuk permohonan yang bernama ‘PROLIMS’ seperti di bawah dan lengkapkan maklumat dalam Permohonan Pra-Permohonan untuk log masuk ke dalam portal permohonan dan memulakan permohonan.Log Masuk Permohonan YPJ
  3. Lengkapkan butiran-butiran penting permohonan berserta dokumen-dokumen sokongan.
  4. Hantarkan slip permohonan sebagai bukti berserta dokumen sokongan yang diperlukan ke YPJ Larkin.
    • Kepada ibubapa/penjaga yang tidak mempunyai slip gaji, diwajibkan untuk muat turun borang pengesahan gaji dan lengkapkannya. Borang tersebut hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A / yang setaraf dengannya. Berikut dikongsikan pautan untuk memperoleh borang tersebut:
    • Borang pengesahan pendapatan ibubapa

SYARAT AM PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat-syarat am permohonan insentif harapan siswa:

  1. Pemohon hendaklah merupakan anak Johor dan menetap di Johor
  2. Pemohon telah mendapat surat tawaran daripada pihak institut
  3. Tempoh pengajian mestilah dalam tempoh setahun atau lebih
  4. Permohonan terbuka kepada pemohon di tahun pertama (semester 1) yang akan melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah).
  5. Pemohon akan mendapat bantuan sekali sahaja sepanjang pengajian. Untuk pemohon diploma akan mendapat RM 500 manakala pemohon ijazah akan mendapat bantuan sebanyak RM 1000.
  6. Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas
  7. Pemohon tidak mendapat mana-mana bantuan daripada agensi lain
  8. Permohonan bergantung kepada pengurus besar YPJ

Dokumen wajib

Antara  yang perlu disertakan bersama adalah seperti berikut:

  1. Salinan surat tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS
  2. Salinan kad pengenalan ibubapa/penjaga
  3. Salinan resit pembayaran (bagi yang telah mendaftar)
  4. Salinan penyata pendapatan ibubapa/slip gaji ibubapa
  5. Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja (Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima)
    • Perlu diingatkan supaya dokumen sokongan disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berkenaan insentif harapan siswa, pemohon boleh bertanyakan mengikut cara berikut:

  1. Layari laman sesawang rasmi YPJ
  2. Hantarkan email ke bantuanpendaftaran@ypj.gov.my
  3. Hubungi di talian 07-2344355
Close