Cara Mengambil Semula Peperiksaan SPM Ulangan

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Pelbagai faktor yang menyebabkan calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gagal dan tidak hadir ketika peperiksaan berlangsung. Oleh itu, Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dilaksanakan bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang pernah menduduki SPM untuk mengambil semula peperiksaan tersebut atas sebab-sebab tertentu. Berikut adalah panduan dan cara mengambil semula peperiksaan SPM untuk calon-calon yang berminat.

SPMU akan dilangsungkan dua kali setahun iaitu pada bulan September dan Februari/Mac 2024.

Bagi calon yang mendaftar sesi September peperiksaan SPMU, anda hanya boleh mengambil tiga kertas iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah.

Manakala bagi sesi Februari/Mac pula, calon boleh mengambil semua kertas peperiksaan yang ditawarkan kerana calon akan menduduki peperiksaan bersama dengan calon SPM.

LANGKAH MENGAMBIL SEMULA PEPERIKSAAN SPM ULANGAN (SPMU)

Disebabkan sering timbul tanda tanya tentang bagaimana cara untuk mengambil semula peperiksaan SPM, berikut merupakan cara-cara mengambil semula peperiksaan serta lain-lain info berkaitan bagi memudahkan urusan para pelajar yang terlibat.

Pendaftaran SPMU 2024

Lembaga Peperiksaan telah mengumumkan bahawa pendaftaran bagi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), SPMU dan UPBA tahun 2024 akan dibuka mulai:

  • 1 Mac 2024 hingga 31 Mac 2024 (SPMU)
  • 15 Mei 2024 hingga 7 Jun 2024 (SPMU bagi calon SPM 2023 sahaja)
  • 1 Mac 2024 hingga 7 Jun 2024 (SPM)

cara mengambil semula peperiksaan SPM

CARA-CARA MENGAMBIL SEMULA PEPERIKSAAN SPMU

1. Mendaftar sebagai calon SPM Ulangan

Calon dikehendaki mendaftar melalui Portal Lembaga Peperiksaan pada pautan berikut:

Sila isi maklumat seperti nombor kad pengenalan, tahun peperiksaan dan angka giliran pada runagn yang disediakan

2. Pilih subjek peperiksaan yang ingin diambil

Calon akan diberikan tiga pilihan subjek yang akan diduduki, iaitu:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah

Bayaran asas bagi mengambil semula peperiksaan SPM adalah sebanyak RM20.00

3. Pilih pusat peperiksaan

Pusat peperiksaan adalah mengikut negeri dan daerah. Kekosongan pusat peperiksaan pula adalah berdasarkan bilangan kuota

4. Pastikan maklumat tepat

Semak maklumat pendaftaran anda. Sila pastikan semua maklumat sahih dan tandakan pada ruangan akur janji sebelum menghantarnya. Calon hendaklah mencetak dokumen Senarai Semak Pendaftaran SPMU dan Kenyataan Semakan.

Pembayaran boleh dilaksanakan melalui kaedah bayaran seperti yang berikut:

  • Perbankan elektronik
  • Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf atas nama Akauntan Negara Malaysia.

untuk mendapatkan panduan pembayaran, sila buka pautan berikut : Panduan Pembayaran SPMU

5. Hantar dokumen kepada:

Setelah melaksanakan permohonan dan bayaran secara dalam talian, pemohon hendaklah mencetak dan menghantar/ mengepos dokumen berikut ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat pemohon memilih untuk menduduki peperiksaan:

  • Salinan Kenyataan Semakan;
  • Salinan Resit bayaran (perbankan elektronik); dan
  • 4 keping sampul Pos Laju Prabayar atau Pos Ekspres bersaiz A5 beralamat sendiri

Kegagalan calon mengemukakan dokumen, akan menyebabkan calon tidak menerima maklumat penting berkaitan peperiksaan. Alamat JPN boleh didapati di portal Lembaga Peperiksaan (http://lp.moe.gov.my)

Maklumat Lanjut

Jika calon mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut mengenai cara mengambil semula peperiksaan SPM, anda boleh merujuk pautan di bawah:

Semoga perkongsian cara mengambil semula peperiksaan SPM dapat membantu anda. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon-calon yang akan mengambil peperiksaan SPM ulangan.

Close