Takwim Peperiksaan Luar Negeri dan Profesional 2025
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Berita baik buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Ijazah Sarjana Muda yang berhajat untuk mengambil peperiksaan luar negeri atau menduduki peperiksaan peringkat profesional seperti ABRSM, ACCA, AIA, DELF, dan IGCSE, jadual Peperiksaan Luar Negeri Dan Profesional bagi tahun 2025 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi tahun ini sebagai rujukan umum.
Antara maklumat yang terdapat di dalam jadual peperiksaan ini adalah jenis peperiksaan yang ditawarkan serta tarikh peperiksaan bakal diadakan. Peperiksaan atau ujian yang akan diadakan termasuklah ujian teori, amali, peperiksaan bertulis serta lisan. Pelajar yang berminat dialu-alukan untuk merujuk jadual yang dikongsikan bagi mengetahui tarikh dan waktu peperiksaan bagi setiap ujian yang diadakan.
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN LUAR NEGERI DAN PROFESIONAL BAGI TAHUN 2025
Berikut merupakan perkongsian Jadual Peperiksaan Luar Negeri Dan Profesional 2025 serta beberapa maklumat penting lain yang telah dikeluarkan oleh LPM untuk dijadikan sebagai rujukan. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut makluman Lembaga Peperiksaan. Sekiranya pelajar masih kurang jelas mengenai setiap peperiksaan tersebut, berikut turut dikongsikan penjelasan lanjut mengenainya.
TAKWIM PEPERIKSAAN ACCA (2025) | ||
Peperiksaan | Tarikh | |
The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) | 3 hingga 7 Mac 2025 3 hingga 6 Jun 2025 1 hingga 5 September 2025 | |
Sijil kelayakan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) adalah peperiksaan yang bakal diduduki untuk seseorang layak digelar sebagai akauntan bertauliah. Association of Chartered Accountants ataupun ACCA merupakan satu organisasi perakaunan profesional yang mengendalikan peperiksaan profesional ACCA. ACCA terdiri daripada 14 jenis kertas ujian. Calon yang lulus semua kertas akan layak mendapat sijil profesional ACCA yang sememangnya dipandang tinggi dalam kalangan golongan profesional industri. Pelajar dibenarkan untuk mengambil peperiksaan ACCA setelah selesai peperiksaan SPM ataupun sebaik sahaja selesai program ijazah sarjana muda. Sekiranya anda sudah mempunyai ijazah sarjana muda dalam jurusan perakaunan, anda hanya perlu mengambil 5 kertas sahaja oleh kerana terdapat pengecualian kertas khusus kepada para graduan perakaunan. | ||
Sijil ACCA merangkumi kelayakan dalam semua bidang perniagaan, daripada pelaporan korporat, penyata kewangan, perkaunan pengurusan, percukaian perniagaan, undang-undang perauditan dan etika perniagaan. Pelajar juga dibenarkan untuk ke program asas profesional, Certificate Accountant Technician (CAT) sebelum meneruskan ke sijil ACCA. | ||
TAKWIM PEPERIKSAAN ABRSM | ||
Peperiksaan | Tarikh | |
The Associated Board of the Royal Schools of Music (ABRSM) | Tempoh Pendaftaran Sesi 1 : – Peperiksaan Sesi 1: Mac – April 2025 Tempoh Pendaftaran Sesi 2: – Peperiksaan Sesi 2: Julai – Ogos 2025 | |
ABRSM merupakan badan pendidikan Muzik yang terbesar di United Kingdom dan juga salah satu penerbit muzik terbesar. Ia juga adalah pennganjur ujian muzik tersohor di dunia yang menawarkan penilaian kepada lebih 600,000 calon dari lebih 90 buah negara setiap tahun. Ianya merupakan sumbangan yang signifikan ke atas inisiatif pendidikan muzik di seluruh dunia. | ||
Mereka mempunyai misi untuk memberi inspirasi kepada pencapaian dalam muzik. Mereka juga percaya bahawa setiap orang, di mana sahaja harus mempunyai akses kepada pembelajaran muzik berkualiti tinggi. Dengan kerjasama Royal Schools of Music, ABRSM menyokong pembuatan muzik dan pembelajaran di seluruh dunia. ABRSM juga memberikan laluan serta sumber bagi pelajar dan guru dalam membantu membangunkan kemahiran muzik, menggalakkan kemajuan dan memberikan matlamat. | ||
TAKWIM PEPERIKSAAN UoL | ||
Peperiksaan | Tarikh | |
University of London (UoL) | April – Jun 2025 | |
University of London adalah sebuah universiti berprestij tinggi di United Kingdom yang melahirkan para graduan berkaliber dan berkepimpinan tinggi di pelbagai industri. Sehingga Oktober 2018, universiti ini mempunyai 18 kolej (member institutions), badan akademik pusat, dan institut penyelidikan. | ||
TAKWIM PEPERIKSAAN AIA | ||
Peperiksaan | Tarikh | |
The Association of International Accountants (AIA) | Akan dikemaskini | |
Peperiksaan AIA adalah satu peperiksaan profesional dalam bidang perakaunan yang diuruskan oleh The Association of International Accountants (AIA). Ianya merupakan sebuah badan perakaunan profesional yang diasaskan dan berasal dari United Kingdom sejak tahun 1928 lagi. | ||
Peperiksaan AIA memiliki tiga peringkat di mana calon mesti lulus kesemua peringkat peperiksaan dalam masa 10 tahun bermula tarikh calon mendaftar sebagai pelajar dengan pihak AIA. Tiga peringkat tersebut adalah Foundation, Profesional 1, dan Profesional 2. | ||
TAKWIM PEPERIKSAAN IGCSE | ||
Peperiksaan | Tarikh | |
International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) Literature (English) 0475 | Akan Dikemaskini | |
IGCSE adalah ujian Bahasa Inggeris yang diuruskan oleh Cambridge International Examination (CIE) yang dimulakan pada tahun 1988. Ujian ini boleh diambil oleh pelajar seawal usia 10 dan 11 tahun. | ||
TAKWIM PEPERIKSAAN DELF | ||
Peperiksaan | Tarikh | |
Diplôme d’Études en Langue Française (DELF) | Peperiksaan Bertulis: – Peperiksaan Lisan: – | |
DELF adalah singkatan kepada Diploma in French Language Studies dalam bahasa Inggeris yang merupakan ujian bahasa Perancis buat mereka yang bukan penutur asal bahasa Perancis. Ianya merangkumi 4 ujian khas bagi menguji tahap penguasaan bahasa Perancis calon iaitu listening, reading, writing, dan speaking. | ||
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN | ||
Bagi sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Takwim Peperiksaan Luar Negeri dan Profesional 2025, anda boleh muat turun takwim peperiksaan oleh LPM serta mengajukan sebarang pertanyaan dengan melayari pautan seperti berikut: | ||
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1,2,5 – 13, Blok E 11 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya E-mail: ukb.lpm@gmail.com No Telefon : 03-8884 3787/ 03-8884 3783 (Fax) |