Semakan Keputusan IKM KKTM MJII 2024 Online

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Sejak penubuhannya pada 1 Mac 1966, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah banyak membantu bumiputra dalam meningkatkan taraf kehidupan serta ekonomi masing-masing. Dengan wujudnya MARA jurang ekonomi antara kaum dapat dirapatkan. Dengan adanya MARA ia memberi peluang kepada bumiputra mendapatkan latihan dan bantuan kewangan untuk berniaga sebagai contoh. Selain itu, MARA juga terlibat secara langsung dalam pendidikan di mana MARA memberi peluang kepada belia yang berminat untuk melanjutkan pengajian mereka.

Institusi Pendidikan MARA (IPMa) telah diwujudkan bertujuan memberi peluang kepada belia bumiputra untuk membina masa depan mereka dengan ilmu bermula dari peringkat sijil hingga ke ijazah. Antara IPMa di bawah kelolaan MARA adalah Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran MARA (IKM). Terdapat 10 buah KKTM dan 14 IKM diwujudkan bagi mencapai hasrat ini.

Di IKM mereka menawarkan pengajian di peringkat sijil manakala KKTM pula menawarkan pengajian di peringkat diploma. Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam mana-mana kursus yang ditawarkan digalakkan membuat permohonan. Dinasihatkan kepada anda supaya membuat semakan terlebih dahulu syarat kelayakan kemasukan bagi memudahkan urusan.

SEMAKAN KEPUTUSAN IKM KKTM MJII SESI JANUARI 2024 ONLINE

Bagi pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke KKTM IKM dan MJII anda boleh membuat semakan keputusan permohonan anda. Berikut kami kongsikan cara untuk membuat semakan serta beberapa info yang penting berkaitan IKM KKTM dan MJII bagi sesi 2024:

semakan keputusan ikm kktm mjii

TARIKH SEMAKAN PERMOHONAN KE KKTM DAN IKM SESI JANUARI 2024
BukaTutup
24 November 2024
TARIKH SEMAKAN PERMOHONAN KE KKTM DAN IKM SESI JULAI 2023
BukaTutup
10 Julai 202316 Julai 2023
Tarikh di atas merupakan tarikh semakan untuk kemasukan ke semua IKM dan KKTM

PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN KE KKTM IKM MJII BAGI SESI JANUARI 2024

SEMAKAN KE KKTM IKM MJII

klik siniSemakan Keputusan Kemasukan Ke IKM KKTM Dan MJII

  1. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan tekan butang semak
  2. Sistem hanya akan dibuka pada tarikh seperti yang telah ditetapkan sahaja

KELAYAKAN AM PROGRAM SIJIL

IKM menawarkan pengajian peringkat sijil. Berikut merupakan syarat am kelayakan memohon:

  • Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi lepasan SPM 2013 dan ke atas wajib lulus subjek sejarah
  • Tidak buta warna
  • Sihat tubuh badan dan tiada masalah kesihatan
  • Berumur 18-40 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputra

KELAYAKAN AM DIPLOMA

KKTM menawarkan pengajian peringkat diploma. Berikut merupakan syarat am kelayakan memohon:

  • Lulus SPM atau setara  atau lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM)
  • Tidak buta warna
  • Sihat tubuh bada dan tiada masalah kesihatan
  • Berumur 18-40 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputra

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan cara berikut:

Unit Pengambilan Pelajar,
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21,Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
Telefon: +60 3 2613 4258
Fax : +60 3 2691 4510e-mel : infobkt@mara.gov.my

Close