Syarat kemasukan Maktab Tentera DiRaja terkini MTD RMC

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Maktab Tentera DiRaja atau lebih dikenali dengan MTD adalah salah sebuah sekolah berasrama penuh taraf Premier di bawah kelolaan Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH). MTD sedikit berbeza dengan sekolah biasa kerana ia menerapkan sedikit latihan ketenteraan. Sekolah yang terletak lebih kurang 10 batu dari bandar raya Kuala Lumpur ini saban hari melahirkan ramai tokoh pemimpin masa kini.

Penubuhan MTD adalah untuk menyediakan belia-belia dalam Malaysia yang boleh mengambil tempat bekerja sebagai pegawai-pegawai tentera. Mereka disediakan dengan kehidupan dan latihan ala tentera dalam masa yang sama pembelajaran yang sama seperti sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Pengambilan pelajar terbuka kepada lelaki dan pelajar Tingkatan 3 sahaja.

Bagi mereka yang berminat, keutamaan diberikan kepada pelajar yang mempunyai merit tinggi dalam akademik dan aktiviti kokorikulum. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang secara atas talian di laman web rasmi Aplikasi Sekolah Khusus. Kebiasaanya, permohonan akan dibuka sekitar bulan Ogos setiap tahun. Ibubapa amat digalakkan untuk menyarankan anak mereka mendaftar di sekolah ini.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD)

Bagi kemasukan ke MTD, terdapat sedikit syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh pemohon. Oleh kerana ia merupakan sekolah berasaskan ala ketenteraan, sedikit syarat fizikal adalah merupakan kriteria tambahan bagi menjadi pelajar MTD. Bagi memudahkan proses permohonan, berikut dikongsikan syarat-syarat kemasukan MTD:

syarat mtd

Pelajar yang berminat boleh merujuk kepada syarat-syarat kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 tahun 2026 seperti berikut:-

SYARAT AM

  • i. Calon perlu memilih Maktab Tentera Diraja sebagai pilihan pertama.
  • ii. Mencapai aras toleransi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), Kementerian Pendidikan (KPM).

**Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja.

SYARAT KHUSUS

  • i. Pemohon mestilah lelaki dan warganegara Malaysia
  • ii. Ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia
  • iii. Lulus Ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja
  • iv. Berat minimum – 40.5 kg
  • v. Tinggi minimum – 152 cm
  • vi. Indeks Jisim Badan (Body Mass Index) antara 18 hingga 26.9
  • vii. Ukuran dada – 74 cm (biasa) dan 79 cm (tarik nafas)
  • viii. Kesihatan – sihat tubuh badan dan tidak mempunyai masalah kesihatan seperti di bawah:
  • a. Angin pasang (inguinal hernia)
  • b. Asma atau lelah (asthma)
  • c. Buasir (haemorrhoids)
  • d. Fizikal bahu tidak sama (uneven shoulder)
  • e. Jangkitan kulat pada kulit (tinea)
  • f. Kekurangan enzim Glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD-Deficiency)
  • g. Rabun jauh (myopia) 6/12
  • h. Rabun warna (colour blindness)
  • i. Tapak kaki rata (flat footed)
  • j. Temu janji rawatan susulan yang berpanjangan
  • k. Terdapat kerak telinga (impacted earwax)
  • l. Tidak dibenarkan memakai pendakap gigi (braces)
  • m. Tulang belakang bengkok (scoliosis)
  • n. Urat bersimpul (varicose veins)
  • o. Sebarang masalah kesihatan baru atau lama yang akan menyebabkan gangguan serta menjejaskan kelancaran sepanjang menjalani latihan ketenteraan di MTD

* Walaupun telah lulus semua syarat khusus, jika terdapat kecederaan sebelum melapor diri di MTD yang boleh menghalang calon melaksanakan aktiviti dan latihan ketenteraan, calon akan dikeluarkan.

Sesi Ujian Pemilihan Dan Temuduga Putera MTD

Program ujian pemilihan dan temuduga Putera MTD akan dijalankan selama 5 – 7 HARI. Setiap calon akan diuji dalam aspek akademik, kecergasan fizikal, sahsiah dan keterampilan. Pemeriksaan kesihatan dilaksanakan bagi memastikan setiap calon bebas daripada sebarang penyakit dan mampu mengikuti aktiviti ketenteraan yang lasak.

Pembiayaan

Segala kos pengajian di MTD akan ditanggung oleh Kementerian Pertahanan Malaysia. Pelajar hanya perlu membayar yuran PIBG, Yuran Kecemerlangan Akademik, Insuran Putera dan Yuran KebajikanPara pelajar akan mendapat elaun sebanyak RM100 setiap bulan sepanjang pengajian di MTD

Keistimewaan Pelajar MTD

  • Kemudahan penginapan dan sajian sebanyak 6 kali sehari.
  • Rawatan kesihatan
  • Pakaian seragam tentera dan keperluan pemakaian.
  • Kelas akademik, makmal, perpustakaan dan dewan makan (Wimsa Putera) yang lengkap dengan mesin penghawa dingin.
  • Buku teks dan keperluan pembelajaran.
  • Kemudahan komputer dan internet di setiap kelas akademik.
  • Program eksplorasi akademik, ekspedisi mencabar, kepimpinan dan jati diri.
  • Perkhemahan dan latihan tahunan ala ketenteraan
  • Latihan ketenteraan seperti menembak, kawad kaki rejimental, military map reading dan war cry.
  • Waran perjalanan udara tahunan (dua hala) bagi pelajar MTD dari Sabah dan Sarawak.

Permohonan MTD 2026 Online

1. Permohonan Maktab Tentera DiRaja 2026 Online (MTD) adalah melalui pengisian borang permohonan secara atas talian (online) melalui laman web https//:spskt4.moe.gov.my

Calon perlu memohon melalui dalam talian sebaik sahaja permohonan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dibuka dan meletakkan MTD sebagai PILIHAN PERTAMA. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ke sesi Lembaga Pemilihan Putera MTD. Rujuk Soalan Lazim Pengambilan

2. Permohonan dibuka untuk pelajar – pelajar lelaki warganegara Malaysia yang merupakan lepasan Tingkatan 3 tahun 2025

3. Wajib mempunyai email persendirian yang sah dan aktif

Tarikh Penting Permohonan MTD 2026

Berikut adalah tarikh buka dan tutup permohonan kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja:

  • Tarikh Buka: 1 Ogos 2025
  • Tarikh Tutup: 7 September 2025

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pihak MTD dengan cara berikut:

Maktab Tentera Diraja
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur.

Laman Sesawang: https://www.rmc-education.edu.my
E-mel Rasmi: mil_education@rmc.edu.my

Tel : 03-89465562 Fax : 03-89465530

Facebook Maktab Tentera DiRaja

Close