UPU Top

Share this post:

Soalan Lazim FAQ Kemasukan UPU Online

18:01 UPU.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 29 Mei 2019 jam 04:34 PM oleh UPU.editor

Permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA)/Politeknik dibuka sekitar bulan Februari setiap tahun. Bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi digalakkan membuat permohonan dengan segera. Permohonan boleh dibuat melalui sistem UPU Online. Sistem UPU Online adalah sistem atas talian yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk memudahkan pemohon membuat permohonan kemasukan ke UA/Politeknik.

Setiap tahun Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) akan membuka sistem UPU untuk pelajar membuat permohonan. Tarikh-tarikh penting UPU Online akan dihebahkan melalui laman sesawang rasmi dan laman Facebook Rasmi BPKP. Pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran disarankan membuat semakan terlebih dahulu tentang universiti, syarat kemasukan dan kursus yang ingin disertai bagi memudahkan urusan permohonan pelajar.

Kemasukan ke universiti awam dan politeknik adalah berdasarkan kekosongan yang terdapat di institut berkenaan. Pihak kementerian berusaha sedaya upaya bagi memberikan kemudahan pendidikan tinggi yang terbaik kepada rakyat Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian mereka. Kursus bermula daripada peringkat sijil hinggalah ke peringkat doktor falsafah ditawarkan kepada mereka yang berkelayakan

SOALAN LAZIM KEMASUKAN UPU ONLINE FAQ

Bagi memudahkan mereka yang berminat untuk membuat permohonan, berikut dikongsikan senarai soalan dan jawapan yang kerap ditanya mengenai permohonan UPU Online. Berikut adalah contoh soalan dan jawapan:

UPU Fcon e1528140306113
Soalan lazim permohonan UPU online FAQ
SOALAN LAZIM UPU ONLINE
1Apakah dasar yang digunapakai oleh BPKP dalam pengurusan pengambilan pelajar ke Universiti Awam?
Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke Universiti Awam (UA), IPTA/ Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah selaras dengan dasar kerajaan bagi merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) iaitu meningkatkan akses dan ekuiti dalam pendidikan pengajian tinggi kepada rakyat melalui prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Penentuan nilai merit dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya.
2 Bila permohonan kemasukan dibuka dan adakah bayaran dikenakan untuk mengemukakan permohonan?
Permohonan kemasukan akan dibuka pada bulan Januari atau Februari setiap tahun. Pemohon perlu membeli No. Unik ID untuk mengemukakan permohonan.
3 Bagaimanakah cara untuk membeli No. Unik ID tersebut dan berapa harga No. Unik ID?
No. Unik ID boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), di mesin ATM BSN sehari selepas iklan disiarkan. Pemohon perlu membawa MyKad/ Salinan MyKad untuk membeli No. Unik ID.
4 Bagaimana untuk memastikan No. Unik ID yang dibeli adalah betul?
Pastikan No. Kad Pengenalan yang tertera dalam Slip No. Unik ID BSN adalah betul. Jika pemohon adalah Lepasan STPM/Setaraf, No. Unik ID bermula dengan angka 13XXX dan jika pemohon adalah Lepasan SPM/Setaraf, No. Unik ID bermula dengan angka 16XXX.
5 Semasa mengisi borang permohonan dalam talian, saya telah membuat kesilapan dalam mengisi jenis kategori. Adakah permohonan tersebut masih diproses oleh pihak BPKP?
Ya, masih diproses. Walau bagaimana pun pemohon perlu memaklumkan kepada pihak BPKP, JPT terlebih dahulu di talian Hotline 03-8870 8200 kerana kesilapan dalam mengisi kategori akan menyukarkan proses permohonan.
6 Adakah saya perlu menghantar sebarang salinan dokumen/sijil sebagai bukti bagi proses permohonan kemasukan?
Pemohon tidak perlu menghantar sebarang salinan dokumen/ sijil kerana BPKP JPT melaksanakan proses padanan dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Peperiksaan, Majlis Peperiksaan Malaysia, Bahagian Seni & Kokurikulum KPM dan sebagainya bagi memastikan data peribadi, keputusan peperiksaan, MUET dan markah kokurikulum adalah tepat. Walau bagaimanapon, jika anda merupakan pelajar Lepasan STPM/Setaraf dalam Kategori Diploma/Setaraf, anda perlu upload beberapa dokumen penting dalam
Sistem UPUOnline.
7 Adakah pelajar Bukan Warganegara boleh memohon untuk kemasukan ke UA/ IPTA bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?
Calon Bukan Warganegara tidak layak memohon kemasukan ke UA/ IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf kerana ia hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja. Bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf pula, permohonan adalah tebuka kepada Bukan Warganegara Malaysia. Calon perlu memohon terus kepada UA/ IPTA pilihan masing-masing melalui Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh UA/ IPTA berkenaan. Walau bagaimanapun, pemohon bertaraf Penduduk Tetap boleh memohon melalui Aplikasi Dalam Talian di http://upu.mohe.gov.my
8 Apakah yang perlu pemohon lakukan jika ibu bapa mereka tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran telah hilang?
Pemohon boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat.
9Setiap pemohon perlu memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas Program Pengajian sebelum mengemukakan permohonan. Di manakah semakan tersebut boleh dilakukan oleh pemohon?
Semakan syarat am dan syarat khas program pengajian boleh disemak di e-panduan kemasukan di http://upu.mohe.gov.my dan pemohon perlu memastikan mereka memohon program pengajian yang mengikut aliran masing-masing semasa menduduki peperiksaan SPM. Contohnya, pelajar aliran sains perlu memohon program pengajian aliran sains.
10Setelah membuat semakan status keputusan permohonan ke UA/ IPTA, keputusan menunjukkan bahawa rekod permohonan tiada dalam sistem. Mengapakah perkara ini berlaku?
Perkara ini berlaku kerana pemohon tidak mengemukakan permohonan dan setiap permohonan perlu ‘Klik’ Sah & Hantar. Oleh yang demikian, setiap pemohon perlu mencetak slip permohonan tersebut sebagai rujukan.
11Saya terlupa untuk mencetak/ simpan Slip Permohonan UPUOnline. Bagaimana cara untuk saya mencetak/ simpan Slip Permohonan UPUOnline dan adakah setiap kali saya kemaskini permohonan saya juga perlu mencetak Slip tersebut?
Anda hanya perlu login UPUOnline seperti biasa dan klik pada pautan menu SLIP pada sebelah kanan laman. Selepas itu, Slip Permohonan UPUOnline akan dipaparkan dalam format PDF. Anda boleh cetak terus atau menyimpan/save fail PDF tersebut dalam komputer anda.
12Saya cuba klik pautan SLIP dalam UPUOnline, tetapi tiada sebarang paparan Slip Permohonan UPUOnline dipaparkan. Mengapakah perkara ini berlaku?
Perkara ini berlaku kerana anda tidak berjaya mengemukakan permohonan. Mungkin anda tidak klik ‘Sah & Hantar’ atau ada gangguan internet semasa mengemukakan permohonan. Setiap permohonan, anda perlu pastikan anda klik ‘Sah & Hantar’ dan pastikan Slip Permohonan UPUOnline dipaparkan dan dicetak/ disimpan sebagai rujukan. Pastikan Slip Permohonan UPUOnline adalah lengkap dengan dengan maklumat permohonan.
13Mengapakah pemohon ditawarkan ke program bukan dalam pilihan semasa mengemukakan permohonan?
Pemohon telah bersetuju pada ruangan penyataan khas untuk menerima tawaran luar pilihan (program pengajian).
14Sekiranya pemohon membuat e-rayuan dan memilih program pengajian yang sama, adakah pemohon berpeluang untuk mendapat program pengajian tersebut?
Kejayaan mendapat tawaran tertakluk memenuhi syarat dan kekosongan tempat. Pemohon dinasihatkan memohon program lain. Pemohon juga dinasihatkan agar tidak melepaskan peluang untuk belajar dalam program-program kemahiran kerana peluang untuk belajar bidang kemahiran adalah sangat besar dan peluang pekerjaan juga adalah luas seperti di Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam(ILKA) yang lain.
15BPKP, JPT adalah Pusat Pengambilan Setempat ke IPTA (politeknik) selain kemasukan ke Universiti Awam (UA). Apakah syarat kemasukan ke IPTA tersebut?
Syarat kemasukan ke IPTA bergantung kepada kursus dan peringkat pengajian. Secara umumnya, pemohon mestilah warganegara Malaysia dan lulus SPM. Bagi kursus peringkat diploma, pemohon mestilah mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk matapelajaran matematik/matematik tambahan manakala bagi peringkat sijil, pemohon perlu mendapat kepujian sama ada matematik/matematik tambahan atau matapelajaran sains/teknikal/vokasional/sastera. Maklumat secara terperinci berkenaan syarat kemasukan boleh diperolehi di www.politeknik.edu.my
Panduan PenuhpointSoalan Lazim UPU Online

 

Info Button INFO BERKAITAN
pointTarikh Pembelian Nombor Pin Unik UPU Kemasukan Sesi 2019/2020 
pointTarikh Penting Permohonan UPU 2019-2020 kemasukan UA Politeknik 
pointSemakan Panggilan ke Temuduga UPU 2019-2020 Online
pointSemakan keputusan UPU 2019 online UA IPTA Politeknik