Permohonan UUM Ambilan Kedua Mac 2026
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Universiti Utara Malaysia (UUM) secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984, dengan misi yang unik untuk memberikan kecemerlangan akademik dalam bidang pengurusan perniagaan, IT, dan pengurusan kualiti. Dengan dunia akademik serta alam kerjaya yang semakin hari semakin mencabar ini, universiti itu sendiri telah ditubuhkan bagi mengikuti peredaran tersebut.
UUM telah memfokuskan bidang khusus akademiknya untuk lebih tertumpu pada bidang disiplin seperti pengurusan, perakaunan, ekonomi, teknologi maklumat, pembangunan keusahawanan, pengurusan pelancongan, perbankan dan kewangan, pembangunan sosial, pembangunan sumber manusia dan pengurusan hal ehwal antarabangsa.
Permohonan kemasukan ke Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi Ambilan Kedua untuk bulan Mac tahun 2025 secara atas talian akan dibuka tidak lama lagi. Ianya terbuka kepada para pelajar lepasan Diploma yang berminat untuk menyambung pengajian di UUM. Panduan buat mereka yang ingin membuat permohonan perlulah sentiasa peka dan mengemaskini permohonan di dalam sistem online bagi mendapatkan tawaran ke UUM untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda.
PERMOHONAN UUM AMBILAN KEDUA MAC 2026 ONLINE
Kepada para pemohon, permohonan UUM ambilan Mac 2026 untuk program Ijazah Sarjana Muda melalui Saluran Terbuka (Open Channel) ini bakal dibuka secara online pada bulan November 2025 menerusi Portal Rasmi UUM.
Permohonan ini diiklankan untuk kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda bagi ambilan Semester Kedua Sesi 2025/2026. Ianya adalah untuk calon lepasan STPM/ setaraf termasuk lepasan Diploma dari institusi yang diiktiraf oleh Senat Universiti dan Kerajaan Malaysia dan maklumatnya adalah seperti berikut:
| TARIKH-TARIKH RASMI PERMOHONAN | ||
| Dibuka | Ditutup | |
| 16 November 2025 | 31 Januari 2026 | |
| Permohonan telah dikemaskini seperti tarikh-tarikh di atas | ||
CARA MEMBUAT PERMOHONAN UUM MAC 2026 ONLINE
PERMOHONAN ONLINE KE UUM ASISONLINE
Maklumat di bawah akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Program yang ditawarkan. Terdapat 36 kursus yang ditawarkan di peringkat Ijazah Sarjana Muda
Syarat am dan syarat khas
Bayaran wang proses
Lampiran: Contoh salinan pengiktirafan MQA
Kadar Yuran
SEMUA maklumat di atas boleh diperolehi di pautan HEA UUM
*Peringatan:
- Para pemohon diingatkan untuk menyimpan no. borang sebagai rujukan anda
- Permohonan anda yang tidak lengkap atau diterima selepas daripada tarikh akhir terimaan dokumen, permohonan tersebut tidak akan diproses. Keputusan bagi kemasukan dijangka akan diumumkan pada tarikh yang akan dikemaskini dan boleh membuat semakan
di sini
SYARAT AM PERMOHONAN UUM
Sila pastikan kelayakan permohonan anda seperti berikut, jika anda lepasan STPM/ setaraf:
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian (GRED C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian (GRED C) Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM; dan
- Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
- Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;
- Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
Lain-lain syarat kemasukan berdasarkan kelayakan boleh dirujuk di HEA UUM
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN UUM AMBILAN KEDUA MAC 2026
Keputusan kemasukan dijangka akan diumumkan pada Mac 2026 dengan melayari laman sesawang yang sama.
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
Bagi sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai permohonan ini, pemohon boleh membuat sebarang pertanyaan dengan menghubungi maklumat berikut:
Unit Kemasukan, Rekod dan Promosi, Jabatan Hal Ehwal Akademik melalui:
🔴 E-mel: open_channelUUM@uum.edu.my
🔴 Laman web: http://hea.uum.edu.my/
🔴 No. Telefon: 04-928 3324/3334/3309


