UPU Top

Share this post:

Senarai Program Diploma Dan Asasi UiTM

00:10 UPU.editor

Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebuah universiti di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). UiTM telah didaftarkan sebagai salah sebuah universiti awam dalam Malaysia dan merupakan universiti ke 9 terbaik dalam Malaysia dan 158 terbaik dalam asia mengikut QS World University Rankings. UiTM menyediakan kursus bermula dari asasi hingga ke doktor falsafah. Setiap tahun permohonan kemasukan ke UiTM akan dibuka melalui sistem UPU dan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan sijil-sijil yang diiktiraf boleh membuat permohonan secara online.

Bagi menampung permintaan kemasukan ke UiTM kerajaan dan pihak MARA telah memperbanyakkan lagi pembinaan kampus UiTM diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Sistem pendidikan dan silibus di UiTM sentiasa disemak dan dikemas kini bagi memastikan ia menepati piawaian yang ditetapkan. Kemudahan-kemudahan pelajar juga telah dinaik taraf bagi memastikan keselesaan pelajar terjamin. Selain itu, UiTM juga merupakan antara universiti awam yang menawarkan kos pengajian terendah dalam negara.

Sehingga kini UiTM telah melahirkan ramai tokoh, pemimpin dan cendekiawan dalam pelbagai bidang. Ini membuktikan kualiti yang ada pada UiTM sudah terjamin. Oleh itu, bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke UiTM dinasihatkan untuk membuat kajian dan semakan tentang kursus yang ingin diambil. Pastikan anda menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan sebelum membuat permohonan.

SENARAI PROGRAM ASASI DAN DIPLOMA UNIVERSITI TEKNOLOGI UiTM

Berikut merupakan senarai program asasi dan diploma yang ditawarkan di UiTM. Pelajar dinasihatkan membuat permohonan mengikut minat dan kelayakan masing-masing. Sila rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut:

 UPU Fcon e1528140306113
senarai diploma asasi uitm
PROGRAM DIPLOMA DAN ASASI UITM 2018/2019
ASASI
FAKULTINAMA PROGRAM
FAKULTI UNDANG-UNDANGASASI UNDANG-UNDANG UITM
DIPLOMA
FAKULTI NAMA PROGRAM 
FAKULTI PERAKAUNANDIPLOMA PERAKAUNAN
DIPLOMA SISTEM MAKLUMAT PERAKAUNAN
FAKULTI SENI LUKIS DAN SENI REKADIPLOMA SENI LUKIS DAN SENI REKA
FAKULTI SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISIDIPLOMA PENTADBIRAN AWAM
DIPLOMA PENTADBIRAN KORPORAT
FAKULTI SENIBINA PERANCANGAN DAN UKURDIPLOMA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH
DIPLOMA UKUR BAHAN
DIPLOMA PENGURUSAN HARTANAH
DIPLOMA BANGUNAN
DIPLOMA REKABENTUK DALAMAN
DIPLOMA UKUR BANGUNAN
DIPLOMA SAINS GEOMATIK
DIPLOMA SENIBINA LANDSKAP
AKADEMI PENGAJIAN BAHASADIPLOMA BAHASA INGGERIS KOMUNIKASI PROFESIONAL
FAKULTI SAINS GUNAANDIPLOMA TEKNOLOGI POLIMER
DIPLOMA MIKROBIOLOGI
DIPLOMA KIMIA PERINDUSTRIAN
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN
DIPLOMA INDUSTRI PERKAYUAN
DIPLOMA SAINS
DIPLOMA TEKNOLOGI INDUSTRI HIGIEN DAN KESELAMATAN
FAKULTI PERLADANGAN DAN AGROTEKNOLOGIDIPLOMA PENGURUSAN LADANG
DIPLOMA PENGELUARAN HERBA
DIPLOMA AKUAKULTUR
FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAANDIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN
DIPLOMA ANALISIS PELABURAN
DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (INSURANS)
DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (PENGANGKUTAN)
DIPLOMA PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI PEJABAT
DIPLOMA PENGAJIAN PERBANKAN
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIKDIPLOMA SAINS KOMPUTER
DIPLOMA STATISTIK
DIPLOMA SAINS AKTUARI
DIPLOMA SAINS MATEMATIK
FAKULTI KEJURUTERAAN AWAMDIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
 FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIKDIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (ELEKTRONIK)
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KUASA)
 FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIADIPLOMA KEJURUTERAAN KIMIA
 FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKALDIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
FAKULTI FILEM, TEATER DAN ANIMASIDIPLOMA FILEM
DIPLOMA PENULISAN SKRIP
DIPLOMA TEATER
DIPLOMA PENGURUSAN SENI
DIPLOMA ANIMASI
 FAKULTI PENGURUSAN HOTEL DAN PELANCONGANDIPLOMA PENGURUSAN HOTEL
DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN
DIPLOMA PENGURUSAN PERKHIDMATAN MAKANAN
DIPLOMA SENI KULINARI
DIPLOMA SENI PASTRI
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARIDIPLOMA MUAMALAT
DIPLOMA PENGURUSAN HALAL
 FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMATDIPLOMA PENGURUSAN MAKLUMAT
DIPLOMA PENGURUSAN PERPUSTAKAAN
 FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIADIPLOMA KOMUNIKASI DAN MEDIA
DIPLOMA KOMUNIKASI MEDIA BAHARU DAN KEUSAHAWANAN KANDUNGAN
 FAKULTI MUZIKDIPLOMA SENI MUZIK
 FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASIDIPLOMA PENGURUSAN SUKAN DAN REKREASI
DIPLOMA PENGAJIAN SUKAN
Pertanyaan Dan Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berbuat demikian melalui cara berikut: