Sinopsis Diploma Kejuruteraan Mekanikal Dan Prospek Kerjaya

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Terdapat banyak peluang pekerjaan yang boleh dijadikan kerjaya dan sumber pendapatan pada zaman ini. Kerjaya bermula daripada cita-cita pelajar sejak dari zaman persekolahan. Antara yang menjadi tumpuan kerjaya pelajar zaman kini adalah untuk menjadi seorang jurutera (Engineer). Menjadi seorang jurutera menuntut seseorang itu untuk mengaplikasikan ilmu sains dan teknologi dalam menyelesaikan sesuatu masalah di tempat kerja mereka. Tugas sebagai jurutera sangat berat dan memerlukan kemahiran berfikir yang cepat dan tepat dalam satu-satu masa.

Kerjaya sebagai jurutera sangat luas dan pelajar yang berminat dalam kerjaya ini boleh memilih untuk menjadi jurutera dalam bidang yang diinginkan. Kerjaya sebagai jurutera bukanlah suatu bidang mudah seperti yang bermain di minda masyarakat kita. Hakikatnya menjadi jurutera memerlukan pengorbanan dan minat yang mendalam jika ingin berjaya dalam bidang ini. Seorang jurutera setelah selesai pengajian di universiti boleh menyertai perindustrian seperti perindustrian pembuatan, pembinaan, perkilangan, minyak dan gas dan banyak lagi.

Perjalanan untuk menjadi seorang jurutera bermula sebaik sahaja pelajar menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kemudian pelajar akan meneruskan pengajian di peringkat diploma di universiti awam atau swasta sama ada dalam atau luar negara selama lebih kurang tiga tahun. Kemudian jika pelajar berminat pelajar boleh meneruskan pengajian ke peringkat ijazah. Jika anda berminat untuk menjadi jurutera, anda perlu untuk membuat semakan dan kajian institusi yang menawarkan bidang kejuruteraan yang anda minat.

SINOPSIS DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PROSPEK KERJAYA

Salah satu bidang kejuruteraan utama adalah kejuruteraan mekanikal. Setelah tamat SPM, anda akan memulakan pengajian di peringkat diploma. Berikut dikongsikan sinopsis kejuruteraan mekanikal dan prospek kerjaya sebagai seorang jurutera mekanikal:

 UPU Fcon e1528140306113
sinopsis diploma kejuruteraan mekanikal
SINOPSIS DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
no 1Program diploma kejuruteraan mekanikal telah direka berdasarkan disiplin kejuruteraan mekanikal terkini yang releven beserta dengan subjek pengkhususan tambahan dalam bidang kejuruteraan mekanikal
no 2Kurikulum dalam diploma kejuruteraan mekanikal juga direka untuk melahirkan graduan yang holistik. Penekanan juga diberikan dari segi kemahiran teori dan praktikal. Kaedah pembelajaran yang terkini termasuk pembelajaran teradun turut dijalankan
no 3Pelajar akan mempelajari beberapa modul yang merangkumi kursus teras, kursus elektif, kursus teras umum, dan kursus wajib sepanjang pengajian diploma kejuruteraan mekanikal. Pelajar juga akan didedahkan dengan aktiviti kokurikulum yang akan membentuk kemahiran interpersonal, sikap dan profesionalisme dalam diri pelajar bagi mempersiapkan diri dengan kerjaya mereka
no 4Pelajar perlu menamatkan latihan industri selama enam bulan (bergantung kepada universiti) sebelum menamatkan pengajian.
PROSPEK KERJAYA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Berikut merupakan prospek atau kerjaya yang pelajar jurusan diploma kejuruteraan mekanikal boleh ceburi setelah tamat pengajian:
no 1Penolong Jurutera
no 2Penolong Pengurus penyelenggaraan
no 3Junior Engineer
no 4Eksekutif Jualan Teknikal
no 5Eksekutif Kualiti
no 6Project Coordinator
no 7Juruteknik
no 8Pengajar Teknikal atau Pensyarah
no 9Penyelia
no 10Penolong Teknikal
CONTOH  SILIBUS DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Berikut merupakan contoh silibus yang disenaraikan di UiTM Kampus Pasir Gudang. Silibus di setiap universiti adalah berbeza namun boleh dijadikan rujukan pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan diploma kejuruteraan mekanikal.
SEMESTER 1
Introduction to EngineeringInte­grated Lan­guage Skills: Listening
 Tech­ni­cal DrawingNational Kesatria 1
Calculus 1Fun­da­men­tals Of Islam
Fun­da­men­tals Physics I
SEMESTER 2
 StaticsMate­ri­als Science
 Work­shop PracticeCalculus for Engineers II
 National Kesatria IIIslamic Thought And Civilization
 Inte­grated Lan­guage Skills: ReadingEngi­neer­ing Drawing
SEMESTER 3
Strength Of MaterialsNational Kesa­tria III
Mechan­ics And Mate­ri­als LabFluid Mechanics
 Basic Elec­tri­cal EngineeringInte­grated Lan­guage Skills: Written
 Science and Technology in IslamDynamics
SEMESTER 4 
 Man­u­fac­tur­ing Process And TechnologyThermodynamics
 Ther­moflu­ids LabIntro­duc­tion To Com­puter Programming
 Machine Ele­ment Design Elec­tive: Mechanical/​Manufacturing/
​Automotive/​Aerospace/​Palm Oil
SEMESTER 5
 Fun­da­men­tals Of EntrepreneurshipMechan­i­cal Engi­neer­ing Design
Pro­duc­tion ManagementFluid Power Technology
 Plant EngineeringElec­tive 3: Mechanical/​Manufacturing/​
Automotive/​Aerospace/​Palm Oil
SEMESTER 6
 Indus­trial Train­ing (14 weeks)
SENARAI UNIVERSITI AWAM/ POLITEKNIK YANG MENAWARKAN DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Berikut disenaraikan antara Universiti Awam (UA) dan Politeknik yang ada menawarkan program pengajian Diploma Kejuruteraan mekanikal:-
UNIVERSITI AWAM (UA)
UTHMUTEM
 UMPUTM
POLITEKNIK
 Politeknik Ungku OmarPoliteknik Port Dickson
Politeknik Sultan Haji Ahmad ShahPoliteknik Kota Kinabalu
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam ShahPoliteknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Politeknik Kota BharuPoliteknik Melaka
Politeknik KuchingPoliteknik Sultan Mizan Zainal Abdidin
Politeknik MerlimauPoliteknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Politeknik Sultan Azlan ShahPoliteknik Sultan Idris Shah
Politeknik Mukah Sarawak
Close