Semakan keputusan Rayuan UPU 2021-2022 online
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) telah mewujudkan satu sistem permohonan atas talian untuk memudahkan para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam. Sistem itu dipanggil UPU Online. Sejak kewujudannya, ia telah memudahkan pelajar untuk membuat permohonan.
Kerajaan memandang serius untuk memberi pendidikan terbaik kepada rakyat Malaysia. Sehubungan itu, pelbagai usaha telah diwujudkan untuk menarik minat belia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. BPKP telah melakukan banyak promosi untuk menawarkan kepada belia tentang kursus institut pengajian tinggi yang ada di Malaysia.
Setiap tahun sistem UPU Online dibuka untuk mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi bagi membuat permohonan. Permohonan adalah tertakluk kepada kekosongan yang ada di kampus masing-masing. Namun bagi memberi peluang lagi kepada pemohon, rayuan akan dibuka selepas permohonan fasa pertama ditutup.
SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN UPU 2021 ONLINE
Bagi memudahkan pemohon, berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan keputusan rayuan UPU Online serta lain-lain info yang boleh membantu pemohon:
|
KATEGORI LEPASAN SPM | ||
KEPUTUSAN RAYUAN UPU | ||
Buka | Ditutup | |
22 Jun 2020 | ||
Bagi pemohon yang tidak berjaya menerima tawaran kemasukan ke Universiti Awam (UA), rayuan UPUOnline ke UA boleh dibuat melalui http://upu.moe.gov.my dalam tempoh lima hari bekerja seperti yang dinyatakan di atas. | ||
Bagi pemohon Politeknik Premier, Politeknik Konvensional /METrO, Kolej Komuniti dan ILKA, rayuan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan terus ke institusi yang terlibat. | ||
Sistem permohonan e-rayuan dibuka serentak dengan tarikh hebahan keputusan UPU secara rasmi. Rayuan hanya boleh dibuat oleh pemohon yang tidak mendapat tawaran sahaja. Permohonan e-rayuan boleh dibuat dengan melayari pautan berikut: | ||
SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN DAN TAWARAN | ||
Bermula | ||
22 Jun 2020 (12:00 tengahari) | ||
Sistem hebahan dibuka bermula tarikh keputusan UPU diumumkan secara rasmi. Bagi rayuan yang berjaya, maklumat untuk pengesahan dan cetakan surat tawaran mengikut Universiti Awam (UA) / Institut yang telah ditetapkan kepada calon berjaya akan dipaparkan dalam sistem aplikasi semakan tersebut setelah semakan dibuat. | ||
Bermula | ||
25 Jun 2020 (600 petang) | ||
Untuk rayuan kemasukan ke Politeknik | ||
KEPUTUSAN RAYUAN UPU HEBAHAN KEDUA | ||
Tarikh | ||
14 Julai 2020 (12.00 tengah hari) |
KATEGORI LEPASAN STPM/SETARAF | ||
PERMOHONAN RAYUAN UPU | ||
Buka | Ditutup | |
18 Ogos 2020 | 28 Ogos 2020 | |
Sistem hebahan dibuka bermula tarikh keputusan UPU diumumkan secara rasmi. Permohonan e-rayuan hanya dibuka kepada pemohon yang gagal mendapat tawaran sahaja. Sila layari pautan berikut untuk membuat semakan: | ||
KEPUTUSAN RAYUAN UPU FASA 1 | ||
Tarikh | ||
23 September 2020 | ||
KEPUTUSAN RAYUAN UPU FASA 2 | ||
Tarikh | ||
19 Oktober 2020 | ||
Sistem hebahan dibuka bermula tarikh keputusan UPU diumumkan secara rasmi. Permohonan e-rayuan hanya dibuka kepada pemohon yang gagal mendapat tawaran sahaja. Sila layari pautan berikut untuk membuat semakan: | ||
SEMAKAN KEPUTUSAN UPU ONLINE MELALUI SMS | ||
Alternatif lain untuk membuat semakan UPU adalah melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Cara membuat semakan seperti di bawah: | ||
Taipkan: UPU (Jarak) RESULT (Jarak) No. Kad Pengenalan dan hantar sms ke 15888 |
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN | ||
Jika pemohon ada pertanyaan yang diajukan, boleh berbuat demikian dengan melayari pautan yang disediakan di bawah ataupun anda juga boleh hubungi pihak BPKP, JPT dengan maklumat yang tertera berikut: | ||
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62200 Putrajaya. No. Tel : 03 8870 8200 Emel : upu@moe.gov.my Aplikasi Mobile : UPUPocket 2.0 Twitter : Instagram : |