Senarai institut pengajian tinggi swasta IPTS berdaftar di Malaysia

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Di Malaysia terdapat banyak pusat pengajian tinggi yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Kemudahan pendidikan amat penting dalam menjadikan sesebuah negara tersebut mencapai taraf negara maju. Hal ini kerana pembentukan belia yang intelektual akan melahirkan ilmuan dan tokoh pemimpin di masa akan datang. Malaysia juga terkenal dengan sistem pendidikan tinggi yang berkualiti. Terdapat juga beberapa universiti yang berada di ranking terbaik dunia.

Terdapat dua jenis institusi pendidikan tinggi iaitu Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). IPTA adalah universiti yang dibiayai penuh oleh kerajaan manakala IPTS pula universiti yang dibiayai oleh persendirian. Kedua-duanya mempunyai kualiti tersendiri dan ada kebaikan dan keburukan masing-masing. Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) boleh membuat permohonan kemasukan ke mana-mana universiti yang diminati. Setiap tahun institut pengajian tinggi akan membuka peluang untuk pelajar kemukakan permohonan.

Beza IPTA dan IPTS juga boleh dilihat melalui yuran pengajian. Yuran pengajian IPTA lebih murah jika dibandingkan dengan IPTS kerana IPTA mendapat dana daripada kerajaan untuk menguruskan operasi kampus mereka. Manakala IPTS pula lebih mahal daripada IPTA kerana mereka tidak mendapat bantuan daripada kerajaan. Namun masih terdapat bantuan pendidikan yang boleh membantu pelajar mencapai cita-cita mereka untuk kedua-dua universiti ini. Oleh itu pelajar bebas membuat pilihan untuk melanjutkan pengajian mereka.

SENARAI IPTS BERDAFTAR TERKINI MALAYSIA

Berikut merupakan senarai IPTS berdaftar berserta alamat dan info penting untuk rujukan pelajar sebelum membuat permohonan. Pelajar disarankan membuat kajian terperinci tentang IPTS yang ingin disertai sebelum membuat permohonan:

Senarai IPTS

 Senarai IPTS Popular Di Malaysia
Berikut merupakan antara senarai universiti dan kolej yang popular di Malaysia beserta alamat, no. telefon dan emel:
BILNAMA UNIVERSITIALAMATTELEFON & EMELPAUTAN KE LAMAN WEB
1Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur03-2175 4000 
enquiries@unikl.edu.my
klik sini
2Management Science University (MSU) University Drive, Off Persiaran Olahraga, Section 13, 40100 Shah Alam, Selangor03-5521 6868
junainah@msu.edu.my
klik sini
3Multimedia University (MMU)Multimedia University, Persiaran Multimedia, 63100 Cyberjaya, Selangor03-8312 5803 / 5092
rasat@mmu.edu.my
klik sini
4Universiti Teknologi Petronas (UTP) Universiti Teknologi PETRONAS, 32610 Seri Iskandar, Perak05-368 8000
nhidzwan@petronas.com.my
klik sini
5Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Putrjaya Campus, Jalan IKRAM-UNITEN, 43000 Kajang, Selangor03-8921 2020
mashkuri@uniten.com.my
klik sini
6German-Malaysian Institute (GMI) Jalan Ilmiah, Taman Universiti, 43000 Kajang, Selangor03-8921 9000
marketing@gmi.edu.my
klik sini
7Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) 3-01A Level 2, Tierra Qrest, Jalan SS6/3, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor03-7627 7200
enquiries@unitar.my
klik sini
8Asia Pacific University (APU)Technology Park Malaysia, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur03 8996 1000
info@apu.edu.my
klik sini
9University Selangor (UNISEL)Jalan Zirkon A7/A, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor03-5522 3400
admission@unisel.edu.my
klik sini
10Limkokwing University of Creative TechnologyInovasi 1, 1, Jalan Teknokrat 1/1, 63000 Cyberjaya, Selangor03-8317 8888
enquiry@limkokwing.edu.my
klik sini
11KDU University College (KDU) Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor03-5565 0538
best@kdu.edu.my
klik sini

Senarai IPTS Berdaftar

Sila layari pautan berikut untuk melihat senarai IPTS yang terdapat di Malaysia. Terdapat nama, alamat serta cara untuk menghubungi IPTS tersebut:

SENARAI LENGKAP IPTS

Maklumat Pemilihan IPTS

Pelajar digalakkan untuk membuat kajian terperinci sebelum menyertai IPTS. Sila semak terma dan syarat yang diberikan dan juga silibus yang disediakan. Berikut merupakan beberapa tips pemilihan IPTS yang perlu diambil kira:

  1. Perihal Kursus Pengajian (Mod Pengajian, Akreditasi, Tempoh Validasi, Pengiktirafan Badan Profesional – Jika Perlu)
  2. Yuran (Invois/ Resit Pembayaran/ Polisi/ Struktur/ Jadual Yuran)
  3. Maklumat Penarafan IPTS/ Program (Rating MyQUEST, SETARA)
  4. Kemudahan/ Fasiliti/ Kaunseling/ Penginapan/ Pengangkutan/ Perpustakaan/ Kokurikulum
  5. Perakuan Pendaftaran Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Sijil)
  6. Syarat Kelayakan Masuk
  7. Pembiayaan Pengajian
  8. Peluang Melanjutkan Pengajian/ Bidang Kerjaya
  9. Lokasi Pengajian

Pertanyaan Dan Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berbuat demikian melalui cara berikut:

Close