Senarai Universiti Terbaik Malaysia Terkini 2024

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Satu laporan penarafan daripada QS World University menunjukkan sebanyak 28 buah universiti dalam negara meliputi Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (IPTS) telah mendapat pengiktirafan di antara 400 universiti terbaik Asia. Di peringkat dunia pula 19 universiti di Malaysia telah tersenarai di antara 1000 universiti terbaik dunia.

Selain daripada QS World University, terdapat juga kajian terbitan daripada sumber lain yang melakukan kajian tinjauan yang telah dilakukan sendiri oleh pihak mereka.

Ini merupakan sesuatu yang amat membanggakan kepada negara kita. Dengan pengiktirafan ini menunjukkan kualiti pendidikan kita telah diiktiraf sehingga ke luar negara. Antara kriteria yang diambil kira dalam membuat penilaian ini adalah dengan membandingkan universiti-universiti melalui 4 faktor utama yang penting buat bakal pelajar iaitu penyelidikan, pengajaran, kebolehpasaran graduan dan pengantarabangsaan. Selain itu, faktor seperti fasiliti, pembelajaran jarak jauh / online, tanggungjawab sosial, inovasi, seni & budaya dan kepakaran juga merupakan aspek yang dinilai.

Sebagai rakyat Malaysia seharusnya kita berbangga kerana universiti kita mendapat pengiktirafan dunia. Itu sudah menunjukkan tahap persaingan dan kualiti pendidikan universiti negara kita berbanding di negara luar. Cukup dengan pergi ke universiti dalam negara kita sudah boleh untuk mendapatkan kemudahan pendidikan yang terbaik. Tetapi jika ada rezeki lebih tidak menjadi kesalahan untuk mencari ilmu di negara orang.

SENARAI UNIVERSITI TERBAIK MALAYSIA TERKINI (UA DAN IPTS)

Berdasarkan artikel yang diterbitkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings, berikut merupakan senarai universiti awam dan swasta yang tersenarai dalam universiti terbaik dunia. Turut dikongsikan juga kriteria yang diambil kira dalam penentuan ranking ini:

senarai universiti terbaik malaysia

KRITERIA PENENTUAN RANKING UNIVERSITI

Berikut merupakan kriteria yang diambil kira dalam penentuan ranking universiti yang diguna pakai oleh Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings:

  1. Reputasi akademik
  2. Reputasi majikan
  3. Nisbah pelajar kepada fakulti
  4. Penerbitan hasil kajian setiap fakulti
  5. Citation penerbitan
  6. Nisbah fakulti antarabangsa
  7. Nisbah pelajar antarabangsa
 SENARAI UNIVERSITI TERBAIK MALAYSIA 2023
Berikut merupakan senarai universiti awam dan swasta dalam negara yang tersenarai dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings dan diatur mengikut kedudukan ranking dunia:
RANKING
MALAYSIA
UNIVERSITIRANKING DUNIA 2024 (2023)RANKING ASIA 2023 (2022)
 1Universiti Malaya (UM)65 (70)9 (8)
 2Universiti  Sains Malaysia (USM)137 (143)32 (35)
 3Universiti Putra Malaysia (UPM)158 (123)27 (27)
 4Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)159 (129)30 (33)
 5Universiti Teknologi Malaysia (UTM)188 (203)39 (38)
 6Taylor’s University 284 (284)49 (53)
 7UCSI University 300 (284)72 (77)
 8Universiti Teknologi Petronas (UTP) 307 (361) 68 (72)
9Universiti Utara Malaysia (UUM)   538 (481)108 (98)
10Universiti Teknologi MARA (UiTM)555 (651-700)104 (105)
11INTI International University 556 (-)301-350 (-)
12Sunway University 586 (601-650)122 (121)
13Asia Pacific of Technology Innovation (APU) Malaysia621-630 (-)240 (-)
14Management and Science University (MSU) 621-630 (601-650)177 (147)
 15International Islamic University Malaysia (IIUM) 711-720 (651-700)136 (123)
 16Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) 761-770 (701-750)144 (144)
 17Universiti Malaysia Pahang (UMP) 781-790 (801-1000) 132 (129)
 18Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)801-850 (801-1000)174 (167)
 19Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 951-1000 (801-1000)
182 (205)
 20Multimedia University (MMU)1001-1200 (1001-1200)207 (189)
21Universiti Kuala Lumpur (UniKL)1001-1200 (1001-1200)351-400 (301-350)
22Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 1001-1200 (801-1000) 301-350 (251-260)
23Universiti Malaysia Sabah (UMS)1001-1200 (1001-1200)251-260 (227)
24Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 1001-1200 (1001-1200)271-280 (227)
25Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 1001-1200 (1001-1200)198 (167)
26Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 1001-1200 (1001-1200)236 (301-350)
27Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)1201-1400 (–)501-550 (501-550)
28Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 1201-1400 (–)451-500 (451-500)
29SEGI University261-270 (291-300)
30Help University351-400 (-)
31AIMST University401-450 (-)
32Limkokwing University of Creative Technology451 – 500 (401-450)
33Malaysia University of Science and Technology (MUST)501-550 (-)
34Universiti Malaysia Kelantan (UMK)601-650 (551-600)
35Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)601-650 (501-550)
 * Ranking dunia di dalam kurungan ( ) merupakan ranking tahun sebelum
 ** SUMBER: QS Top Universities
Close