Semakan Keputusan SPM 2022 Online (Sijil Pelajaran Malaysia)

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan peperiksaan yang sangat penting bagi setiap pelajar. Hal ini kerana selain melambangkan prestasi kesuluruhan akademik di sekolah, ia juga menentukan hala tuju masa depan setiap individu yang ingin maju ke hadapan dalam perjalanan pendidikan masing-masing.

Kini semua calon SPM sedang menantikan tarikh keputusan peperiksaan SPM mereka. Berdasarkan kepada tarikh pengumuman keputusan pada tahun-tahun sebelum, keputusan peperiksaan SPM 2022 dijangka akan diumumkan pada bulan Jun. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan tarikh rasmi keputusan sekitar awal bulan Jun.

Untuk pengetahuan semua, semakan secara online dan SMS turut disediakan oleh KPM dan Lembaga Peperiksaan tetapi ia hanya menunjukkan ringkasan keputusan sahaja. Bagi mendapat keputusan yang penuh, para pelajar digalakkan untuk ke sekolah masing-masing. Bagi calon persendirian pula, pelajar akan dimaklum melalui pos atau boleh hubungi terus Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) iaitu tempat mendaftar SPM.

TARIKH RASMI SEMAKAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2022

Berikut adalah perkongsian kemaskini maklumat berkaitan tarikh rasmi keputusan SPM 2022 dan aplikasi semakan online SPM:

Semakan Keputusan SPM 2018 Online 2

TARIKH UMUM KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2022

TarikhJam
8 Jun 202310.00 pagi

Tarikh adalah RASMI berdasarkan pengumuman media rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

CARA SEMAK KEPUTUSAN SPM 2022 SECARA ONLINE

Sistem aplikasi untuk semak keputusan SPM 2022 secara online hanya boleh diakses bermula pada tarikh pengumuman rasmi.

Calon perlu masukkan Nombor Kad Pengenalan dengan tiada tanda () dan Angka Giliran tanpa selang dalam ruang yang ada

LAMAN WEB / SESAWANG SPPAT

APLIKASI MOBILE

CARA SEMAK KEPUTUSAN SPM 2022 SECARA SMS

Berikut merupakan cara dan format penghantaran teks mesej untuk membuat semakan keputusan SPM 2022 dengan menggunakan perkhidmatan SMS:

Taip SPM (jarak) No.IC (jarak) ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888

Contoh: SPM 990527033512 WY002A040

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 akan diumumkan pada 8 Jun 2023 (Khamis) mulai pukul 10.00 pagi.

Calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah berikut:

i. secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh

ii. menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2022 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.

Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenalpasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan

Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenalpasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN

Bagi sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai semakan keputusan SPM 2022. Para pelajar boleh mengajukan sebarang pertanyaan dengan menghubungi maklumat-maklumat yang telah disediakan seperti berikut:

Alamat:

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1,2,5 – 13, Blok E 11
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PutrajayaMaklumat hubungi:
E-mel: ukb.lpm@gmail.com
No Telefon : 03-8884 3787/ 03-8884 3783 (Faks)

Related : result spm 2020, mendapat keputusan peperiksaan, lembaga peperiksaan malaysia, pihak sekolah, panduan pelajar, memaklumkan kaedah yang sesuai, kaedah yang sesuai, untuk mata pelajaran, mempunyai capaian internet, satu kenyataan, secara dalam talian, menyemak keputusan, berdasarkan kepada tarikh tahun lepas, berikut dikongsikan cara membuat semakan, hantar ke 15888, kokotkan wang pos kiriman wang bank draf pada borang, slip keputusan peperiksaan spm, pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan spm daripada sekolah masing masing mulai pukul 10.00 pagi pada 16 jun 2022 khamis, pengguna akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 16 jun 2022 khamis, ditulis atas nama akauntan negara malaysia, menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas mysms,

Close