Senarai Kursus GMI Dan Syarat Kemasukan

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

German Malaysian Institute (GMI) merupakan sebuah institut pengajian tinggi swasta IPTS yang terletak di Kajang, Selangor. GMI menawarkan program-program diploma kejuruteraan dan teknologi serta program persediaan A-level Jerman. Ditubuhkan dan mula menerima kemasukan pelajar pada tahun 1992, institusi ini amat menitikberatkan pendidikan teknikal yang berteraskan metodologi serta yang mementingkan keseimbangan di antara praktikal dan teori.

Institut ini menjadi antara pilihan pelajar yang berminat dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. Ini kerana GMI lengkap dengan kemudahan fasiliti pembelajaran seperti dewan kuliah dan makmal bagi memudahkan pelajar untuk meneruskan pelajaran dan latihan seharian. Tempat penginapan turut disediakan untuk keselesaan pelajar. Kampus ini mempunyai sebuah Kompleks Sukan yang terletak kira-kira 5 minit jarak dari tempat penginapan yang menyediakan gelanggang pelbagai guna untuk sukan seperti badminton, bola keranjang, takraw, dan futsal. Gelanggang tenis, squash dan padang bola juga turut disediakan bagi kemudahan pelajar.

GMI di Malaysia mempunyai talian persahabatan yang erat dengan negara Jerman dengan memberi bantuan bakat tenaga kerja di antara satu sama lain. Program persediaan A-Level pelajar GMI untuk ke Jerman mempunyai reputasi yang tinggi dan merupakan antara yang terbaik dari segi prestasi akademik dan persediaan bahasa pelajar sebelum ke negara di Eropah tersebut. Maklum balas kebanyakan pelajar menyatakan bahawa program tersebut sangat membantu dalam perjalanan pendidikan serta hidup mereka di sana.

SENARAI PROGRAM PENGAJIAN DI GERMAN MALAYSIAN INSTITUTE (GMI) DAN SYARAT KEMASUKAN

Terdapat pelbagai pengkhususan kursus Diploma yang kebanyakannya adalah jurusan kejuruteraan teknologi. Bagi memudahkan anda yang berminat untuk menjadi warga GMI, berikut merupakan senarai kursus dan syarat kemasukan yang terdapat di GMI yang terkini:

Syarat GMI 1

SENARAI KURSUS PROGRAM GMI
Berikut merupakan senarai program Diploma yang ditawarkan di GMI terbahagi kepada program Kejuruteraan Mekanikal (Mechanical Engineering) dan Kejuruteraan Elektrikal (Elektrical Engineering) serta program Asasi buat rujukan pemohon:
Program Diploma
Kejuruteraan Mekanikal (Mechanical Engineering)
Tempoh Pengajian: 6 semester (3 tahun)
BILPROGRAMSUBJEK UTAMA PENGAJIAN
1Diploma in Engineering Technology (Tool and Die Technology)Tool and Die Theory, Design & Analysis, Production Management, Analytical Skills & Teamwork, Tool and Die Maintenance & Troubleshooting
2 Diploma in Engineering Technology (Industrial Quality Management)Total Quality Management (TQM), Quality Standards and Auditing, Geometrical Dimensioning & Tolerancing Inspection, Six Sigma Management System
3 Diploma in Engineering Technology (Product Design & Manufacturing)Design Conceptualization & Ideation, Creativity & Innovation, Model Making Techniques, Prototype Technology & Application
4 Diploma in Engineering Technology (Mould Technology)Mould Theory & Design, Machine Tools Processing Machineries, CAD CAM for Manufacturing, CNC Milling & Turning Technology
5 Diploma in Engineering Technology (Sheet Metal Fabrication & Product Development)Sheet Metal Product Design & Analysis, Sheet Metal Processing Machineries, Production Management, Material Treatment & Finishing Technology
6 Diploma in Engineering Technology (CNC Precision Technology)Engineering Drawing, CAD CAM 2 & 3 Axis, CNC Milling & Turning Technology, Electrical Discharge Machining Technology
7 Diploma in Engineering Technology (Industrial Design)Design Project & Studio, Creativity & Innovation, Engineering Mechanics, Digital Design & Styling
8 Diploma in Engineering Technology (Manufacturing System)Automated Manufacturing, Flexible Manufacturing System (FMS), Computer Integrated Manufacturing (CIM), Machine Elements Design & Operation
9 Diploma in Engineering Technology (Jigs & Fixtures Design And Manufacturing)Fundamental of Jigs & Fixture Design, Advanced Jigs & Fixture Manufacturing, Jigs & Fixtures for Common Industries, Jigs & Fixtures Design for Automotive Industries
10 Diploma in Engineering Technology (Machine Tools Maintenance)Maintenance Fundamentals, Pneumatic & Hydraulic System Maintenance, Machine Repair & Retrofit, Machine Electrical Faults & Diagnosis
Untuk senarai penuh kursus pengajian Kejuruteraan Mekanikal di GMI, boleh didapati melalui pautan berikut :
pointSenarai Penuh Kursus Diploma Kejuruteraan Mekanikal GMI
Kejuruteraan Elektrikal (Elektrical Engineering)
Tempoh Pengajian: 6 semester (3 tahun)
BILPROGRAMSUBJEK UTAMA PENGAJIAN
1 Diploma in Engineering Technology (Mechatronics)Programmable Logic Cpntroller & Human Machine Interface, Computer Integrated Manufacturing, Industrial Robotics, Machine Design
2 Diploma in Engineering Technology (Electronics & Information Technology)Computer Programming Structure, Embedded Controller, Computer Interfacing Technology, Microelectromechanical System
3 Diploma in Engineering Technology (Process Instrumentation & Control)Data Acquisition Technology, Industrial Process Control, Instrument Calibration & Maintenance, Distributed Control System
4 Diploma in Engineering Technology (Sustainable Energy & Power Distribution)Solar Photovoltaic Energy System, Power Management & Analysis, Hydro & Wind Energy System, Power Distribution
5 Diploma in Network SecurityNetwork Penetration Testing & Vulnerability Assessment, Network Forensics, Open Source Network Tools – Configuration & Integration, Operating Systems Administration
6 Diploma in Engineering Technology (Facilities & Building Automation)Building Facilities, Management and Maintenance, Building Communication, Building Power Management, Green Building Technology
7 Diploma in Engineering Technology (Industrial Plant Maintenance)Industrial Plant Safety, Health & Environment, Rotating Equipment, Valve and Piping Technology, Supervisory Control and Data Acquisition (SCADA), Print Reading & Plant Reverse Engineering
8 Diploma in Engineering Technology (Autotronics & Hybrid System)Automotive Electrical & Electronics System, Digital Communication in Automotive, Hybrid & Electronics Vehicles, Engine Management and Diagnostic Systems
9 Diploma in Engineering Technology (Industrial Communication System)Computer Programming, Industrial Network & Communication, Instruments and Control, Industrial Network Protocols
10 Diploma in Software Engineering (Software Testing)Defects Management, Software Modelling & Requirements Engineering, Android Programming, Functional & Performance Testing Method
11 Diploma in Creative MultimediaGraphics Design & Desktop Publishing, Modelling & Animation in 2D & 3D, Audio Editing & Mixing, Video Editing & Rendering
Untuk senarai penuh kursus pengajian Kejuruteraan Elektrikal di GMI, boleh didapati melalui pautan berikut :
pointSenarai Penuh Kursus Diploma Kejuruteraan Elektrikal GMI
Program Pra-Universiti
Program Persediaan A-level Jerman
Tempoh Pengajian: 4 semester (22 bulan)
BILPROGRAMSUBJEK UTAMA PENGAJIAN
1 German A-Level Preparatory ProgrammeGerman Language from B2 – TestDAF, Intensive Intercultural and Study Skill Workshop, Advice on study placement, Technical German., Internship (depends on placement)
Untuk senarai penuh kursus pengajian Program Persediaan A-level Jerman di GMI, boleh didapati melalui pautan berikut :
pointSenarai Penuh Kursus Persediaan A-level Jerman GMI

SYARAT KELAYAKAN UNTUK PROGRAM GMI

Berikut adalah syarat kelayakan bagi kemasukan ke GMI bagi program Diploma dan Asasi sebagai rujukan pemohon:
Diploma
SYARAT KELAYAKAN
Syarat Am:
a) Berwarganegara Malaysia
b) Berusia 18 tahun dan ke atas semasa permohonan
c) Calon hendaklah lulus temu duga atau Ujian Khas kemasukan GMI
d) Tidak mempunyai kecacatan fizikal dan tidak rabun warna
e) Lulus Ujian Saringan Kesihatan dan Dadah

Syarat Khusus:

a) SPM/ SPMV

Lulus SPM atau SPMV dengan memperoleh kepujian dalam 3 kredit iaitu:
Matematik/ Matematik Tambahan
– 1 mata pelajaran Sains / Teknikal/ Vokasional
– 1 mata pelajaran lain
– Lulus Bahasa Inggeris

ATAU

b) Sijil Teknikal/ Vokasional

– Lulus sijil dalam bidang yang berkaitan dengan minimum CGPA 2.00.
– Lulus sijil teknikal/ vokasional (SKM tahap 3) dengan 1 tahun pengalaman bekerja serta 1 kredit dalam SPM dalam apa-apa mata pelajaran.
– Memperoleh sijil dari IKM/ITI/ILP/Politeknik/Institut lain atau mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 yang diiktiraf oleh MLVK.

ATAU

c) STPM

– CGPA sekurang-kurangnya 2.00
– Lulus 3 subjek dalam SPM iaitu Matematik, Bahasa Inggeris dan 1 subjek lain.

ATAU

d) Pra-Diploma Matrikulasi CGPA 2.0

Memperoleh Pra-Diploma atau Sijil Matrikulasi dengan CGPA sekurang-kurangnya 2.00 dan ke atas
dan
Lulus SPM atau SPMV dengan mendapat kepujian dalam:
– Bahasa Melayu
– 2 mata pelajaran
– Sekurang-kurangnya lulus Bahasa Inggeris

Pra-Universiti

SYARAT KELAYAKAN

Calon Tajaan:
Mendapat gred A dalam peperiksaan SPM / Setaraf bagi subjek berikut:
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Pendidikan Islam / Moral
4. Matematik Moden
5. Matematik Tambahan
6. Fizik
7. Kimia
8. Sejarah / Subjek lain
Calon Persendirian:
Mendapat gred B dalam peperiksaan SPM / Setaraf bagi subjek berikut:
1. Bahasa Inggeris
2. Matematik Moden
3. Matematik Tambahan
4. Fizik
5. Kimia

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda terdapat sebarang pertanyaan, boleh berbuat demikian dengan menghubungi melalui maklumat yang tertera dibawah atau melayari portal rasmi GMI yang disediakan melalui pautan di bawah:

German-Malaysian Institute
Jalan Ilmiah, Taman Universiti,
43000 Kajang,
Selangor.
No. Tel : 03-8921 9000 / 9191 / 9046 / 9322
No. Faks : 03-8921 9001

Close