Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Kemasukan 2024/2025 Online

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Program pengajian ke Timur Tengah ialah pengajian institusi pengajian tinggi (IPT) melibatkan universiti luar negara yang mempunyai penduduk majoriti Islam seperti Mesir, dan Jordan. Pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Islam (STAM), SPM dan Diploma Qiraat yang telah mendapat keputusan peperiksaan layak untuk memohon bagi program ini.

Mereka yang berminat untuk meneruskan pelajaran di universiti termasyhur di rantau Timur Tengah boleh melakukan permohonan secara atas talian (online) melalui saluran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Permohonan pengajian ke Timur Tengah ini hanya terhad kepada beberapa jurusan sahaja seperti Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian, dan Farmasi.

Proses permohonan bagi melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah dalam bidang yang disebutkan hanya akan dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sahaja. Sebagai peringatan, KPT tidak melantik mana-mana agensi bagi menguruskan pelajar yang berminat menyambung pelajaran ke Timur Tengah. Oleh itu, sebarang penggunaan agen bagi mengurus proses permohonan dan penempatan ke universiti di Timur Tengah adalah menjadi pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibu bapa sendiri. Adalah dinasihatkan kepada calon yang berminat agar membaca dengan lebih lanjut panduan permohonan yang disediakan di bawah

PERMOHONAN KE TIMUR TENGAH SESI 2023-2024

Maklumat bagi tahun 2024-2025 akan dikemaskini. Di bawah merupakan perkongsian info mengenai panduan dan syarat kelayakan untuk membuat permohonan pengajian ke Mesir dan Jordan bagi lepasan SPM dan STAM merangkumi tarikh penting permohonan dan aplikasi permohonan:

Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Sesi 2019 2020 Online

TARIKH PERMOHONAN KE TIMUR TENGAH LEPASAN STAM
BukaTutup
22 Mei 2023 (Isnin)15 Jun 2023 (Khamis)
peringatan Pemakluman bagi pelajar yang layak memohon akan diumumkan pada bulan Julai. Pelajar yang layak perlu memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan melalui sistem
Dokumen-dokumen sokongan asal dan salinan yang telah disahkan perlu dihantar secara (pos laju/pos berdaftar/serahan tangan) ke Bahagian Education Malaysia Jabatan Pendidikan Tinggi selewat-lewatnya pada tarikh yang akan dikemaskini
Wang pemprosesan perlu diserahkan kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi dalam bentuk bank draf adalah berjumlah RM350.00 seorang.
TARIKH PERMOHONAN KE TIMUR TENGAH LEPASAN SPM & DIPLOMA QIRAAT
BukaTutup
22 Mei 2023 (Isnin)15 Jun 2023 (Jumaat)
peringatan Pemohon yang layak perlu memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan melalui sistem selewat-lewatnya pada tarikh yang akan dikemaskini
Dokumen-dokumen sokongan asal dan salinan yang telah disahkan perlu dihantar secara (pos laju/pos berdaftar/serahan tangan) ke Bahagian Education Malaysia Jabatan Pendidikan Tinggi selewat-lewatnya pada tarikh yang akan dikemaskini
Wang pemprosesan perlu diserahkan kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi dalam bentuk bank draf mengikut jumlah yang telah ditetapkan iaitu bagi pemilihan IPT di Jordan bayaran berjumlah RM520.00 seorang, Universiti Al-Azhar di Mesir bayaran berjumlah RM350 dan selain universiti Al-Azhar bayaran berjumlah RM285.00 perlu diserahkan.

PERMOHONAN KE TIMUR TENGAH SESI 2023/2024

Permohonan Timur Tengah KPT 2018

PERMOHONAN KE TIMUR TENGAH ONLINE

klik siniAplikasi Permohonan ke Timur Tengah MOE

Yuran pengajian adalah ditanggung sendiri oleh pemohon kerana KPM hanya menguruskan proses permohonan dan penempatan sahaja

Sila layari panduan dan prosedur lengkap dari KPM bagi membuat permohonan pengajian ke IPT Timur Tengah:

pointPanduan Dan Prosedur Permohonan Pengajian Timur Tengah (akan dikemaskini)

  1. Pemohon perlu mendaftar menggunakan emel sebenar sebelum membuat permohonan secara online dengan klik pada (Daftar Pengguna) yang terdapat di muka Log Masuk. Sila pastikan nama penuh dan nombor Mykad diisi dengan betul.
  2. Selepas pendaftaran dibuat, pemohon perlu log masuk ke dalam sistem e-timurtengah dan lengkapkan maklumat permohonan.
  3. Permohonan terhad kepada satu negara dan satu bidang sahaja dan disarankan untuk memohon bagi program yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
  4. Sila pastikan maklumat yang diisi merupakan maklumat yang tepat dan lengkap sebelum klik butang simpan dan hantar.
  5. Pengemaskinian maklumat permohonan boleh dilakukan sehingga tarikh akhir permohonan.
  6. Pastikan permohonan dihantar dengan menekan butang hantar
  7. Cetak borang permohonan sebagai rujukan.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN TIMUR TENGAH 2023/2024

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi permohonan ke Timur Tengah Jordan dan Mesir bagi sesi 2023/2024:

pointSyarat Lengkap Kelayakan Permohonan Pengajian Timur Tengah (Mesir)

pointSyarat Lengkap Kelayakan Permohonan Pengajian Timur Tengah (Jordan)

PERINGATAN BUAT PEMOHON

  • Permohonan yang tidak cukup lengkap atau butang ‘hantar’ yang tidak ditekan akan ditolak dan tidak akan diproses.
  • Terjemahan Sijil Lahir dan keputusan SPM atau STAM digalakkan dilakukan lebih awal untuk mengelakkan kelewatan pernerimaan terjemahan.
  • Sijil asal STAM (Bahasa Arab) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia tidak boleh di laminated kerana sijil asli STAM yang diterima Universiti Al-Azhar atas sebab kepentingan keaslian dokumen tersebut.
  • Terjemahan sijil SPM / STAM dan Sijil Lahir/ Surat Beranak/ Borang W dalam bahasa Arab boleh dibuat di Institut Terjemahan Buku Malaysia.
  • Terjemahan sijil SPM / STAM dan Sijil Lahir/ Surat Beranak/ Borang W mesti disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri.
  • Segala dokumen sokongan mesti mendapat pengesahan oleh Pegawai Kanan Kerajaan (Kumpulan A)/ Ahli Dewan Undangan Negeri/ Pesuruhjaya Sumpah/ Pengetua/ Guru Besar/ Ketua Kampung/ Penggawa/ Penghulu.
  • Pemohon diwajibkan mengisi Borang Akur Janji Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Bagi Sesi 2023/2024 dan dikemukakan sekali bersama dokumen sokongan.
  • Jika dokumen sokongan tidak dimuat naik melalui sistem pada tarikh yang ditetapkan, permohonan akan dikira sebagai batal secara automatik.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, boleh berbuat demikian dengan menghubungi maklumat yang tertera dibawah atau melayari portal rasmi KPM yang disediakan di pautan di bawah:

pointPortal Rasmi Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya
Phone : 03-8870 6217 / 6226
Fax : 03-8870 6853

Close