Senarai Pengambilan Kedua Universiti Awam Sesi 2023-2024

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Universiti Awam (UA) yang ada di Malaysia adalah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan ditadbir sebagai institusi kendiri. Ianya diwujudkan oleh perintah eksekutif mengikut peruntukan Universiti dan Akta Kolej Universiti 1971 [Akta 30] kecuali Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang ditubuhkan di bawah dua Pengerusi Parlimen yang berbeza. Kesemua UA di Malaysia adalah di bawah pantauan dan tanggungjawab Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

UA di Malaysia telah dikategorikan kepada 3 kumpulan iaitu Universiti Komprehensif, Universiti Penyelidikan dan Universiti Berfokus (kejuruteraan, pendidikan, pertahanan dan pengurusan). Untuk pelajar yang berminat serta berkelayakan, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke UA secara atas talian melalui laman sesawang rasmi UA yang telah disediakan. Kelazimannya, pengambilan pelajar dibuka dua kali setiap tahun iaitu sekitar bulan Februari bagi pengambilan pertama melalui UPUonline dan September hingga Disember untuk pengambilan kedua terus ke UA yang berkaitan.

Antara UA yang menawarkan kemasukan pengambilan kedua adalah seperti UUM, UPSI, UTHM, UMP, UUM, UMK, UiTM dan beberapa lagi yang menawarkan program pengajian peringkat Diploma dan Sarjana Muda bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lepasan STPM/ Diploma dan setaraf. Kemasukan semester kedua ini adalah peluang kali kedua buat pelajar yang gagal dalam permohonan UPU untuk pengambilan pertama sebelum ini. Namun demikian, program pengajian yang ditawarkan adalah terhad dan terpilih sahaja iaitu bergantung kepada setiap UA.

SENARAI PENGAMBILAN KEDUA UNIVERSITI AWAM (UA) SEMESTER 2 SESI 2023-2024

Berikut adalah senarai UA yang membuat pengambilan kedua, semester 2 bagi sesi akademik 2023-2024. Dikongsikan juga maklumat-maklumat yang berkaitan untuk senarai pengambilan kedua UA seperti jenis program yang ditawarkan dan kategori pelajar yang layak untuk memohon bagi kemasukan tersebut:

Senarai Panggilan Kedua UA

SENARAI UNIVERSITI AWAM YANG MENAWARKAN PENGAMBILAN KEDUA
no 1 UNIVERSITI ISLAM SAINS MALAYSIA (USIM)
Kemasukan Mac 2024
tick iconProgram Sarjana Muda bagi lepasan STPM/Setaraf sahaja
tick iconPermohonan melalui Laman Web USIM bahagian kemasukan sehingga 29 Disember 2023
pointLaman Web: https://www.usim.edu.my/
no 2 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
Kemasukan Mac 2024
tick iconProgram Sarjana Muda bagi lepasan STPM/Diploma
tick iconPermohonan melalui Laman Web UTHM bermula dari
10 November hingga 3 Disember 2023
pointLaman Web: https://wapps.uthm.edu.my/intake/
no 3 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Kemasukan Februari 2024
tick iconProgram Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bagi lepasan STPM/setaraf
tick iconPermohonan melalui Laman Web UPSI bermula dari
10 November 2023 hingga 10 Disember 2023 (Sarjana Muda)
20 November 2023 hingga 3 Disember 2023 (Diploma)
pointLaman Web: http://www.upsi.edu.my/online/
no 4 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
Kemasukan Mac 2024
tick iconProgram Pengajian : Asasi/Diploma/Sarjana Muda/Penerapan/PLK/Profesional bagi lepasan yang bersesuaian
tick iconPermohonan melalui Laman Web UiTM bermula dari
30 Oktober hingga 3 Disember 2023
pointLaman Web:https://online.uitm.edu.my/permohonan.cfm
no 5 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
Kemasukan Mac 2024
tick iconPermohonan terus melalui Laman Web UUM pada 18 Disember 2024 higga 1 Februari 2024
pointLaman Web: https://paceuum.my/admission/online-application
no 6 UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)
Kemasukan Mac 2024
tick iconProgram Asasi/ Sarjana Muda bagi lepasan SPM/STPM
tick iconPermohonan terus melalui Laman Web UIAM e-Admission bermula dari
1 Oktober hingga 31 Disember 2023
pointLaman Web: http://eadmission.iium.edu.my/index.php/easlogin_/process
no 7 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
Kemasukan Februari 2024
tick iconProgram Sarjana Muda bagi lepasan Diploma/ STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ A-Level/ setaraf
tick iconPermohonan terus melalui Laman Web UTM admission bermula dari
1 November hingga 31 Disember 2023
pointLaman Web:http://smart.utm.my/admission/
no 8 UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
Kemasukan Februari 2024
tick iconProgram Sarjana Muda bagi lepasan Diploma sahaja
tick iconPermohonan terus melalui Laman Web UMK bermula dari
14 November 2023 hingga 14 Disember 2023
pointLaman Web: http://www.umk.edu.my/
no 9 UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
Kemasukan Februari 2024
tick iconProgram Sarjana Muda bagi lepasan STPM/Setaraf sahaja
tick iconPermohonan terus melalui Laman Web UMP Advanced bermula dari
17 November 2023 hingga 25 Disember 2023
pointLaman Web: http://admission.ump.edu.my/
no 10 UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA (UTeM)
Kemasukan Mac 2024
tick iconProgram Sarjana Muda bagi lepasan STPM/Setaraf sahaja
tick iconPermohonan terus melalui Laman Web UTeM bermula dari 20 Disember 2023 hingga 9 Januari 2024
pointLaman Web: http://utem.edu.my
POSTER UNIVERSITI AWAM SESI PENGAMBILAN KEDUA 2023/2024
iklan-permohonan-semester-2-sesi-2023-2024-uthm

iklan-permohonan-semester-2-sesi-2023-2024-umk

iklan-permohonan-semester-2-sesi-2023-2024-utm

iklan-ambilan-kedua-upsi-Sarjana-muda-2023-2024iklan ambilan kedua upsi diploma 2023 2024.iklan-permohonan-uitm-sesi-2-2023-2024-lepasan-stpm-setaraf

iklan permohonan ump ambilan kedua 2023 2024 universiti malaysia pahang

iklan-pengambilan-kedua-uia-iium-2023-2024

iklan ambilan kedua usim 2023 2024

iklan ambilan kedua uum 2023 2024

iklan-ambilan-kedua-utem

belum proses

Close