Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz KPM 2024 (SMKA & SABK)

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Berita baik buat pelajar lepasan SPM. Menerusi iklan pengambilan terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Murid Lepasan Tingkatan Lima (5) Tahun 2023 yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seluruh negara untuk memohon mengikuti Tingkatan 6 (Tahfiz) bagi Ambilan tahun 2024. Berikut dikongsikan maklumat permohonan Tingkatan 6 Tahfiz KPM tahun 2023 buat rujukan pelajar yang berminat. Maklumat permohonan tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Permohonan perlu di buat secara atas talian/ online. Untuk makluman, Tingkatan 6 (Tahfiz) ada ditawarkan di 6 pusat Tingkatan 6 termasuk Pusat Tingkatan 6 SMKA Putrajaya dan Pusat Tingkatan 6 SMKA Kedah.

PENGAMBILAN CALON TINGKATAN 6 (TAHFIZ) DI PUSAT TINGKATAN 6 KPM AMBILAN TAHUN 2023

Berikut adalah ringkasan keterangan pelaksanaan Tingkatan 6 (Tahfiz) KPM tahun 2023 :-

Pengambilan-calon-tingkatan-6-tahfiz-kpm

1. Pelaksanaan tingkatan 6 (tahfiz) ini menggabungkan antara hafazan al-Quran, bahan ilmiah secara tutorial dan amali qiraat dalam tempoh masa selama tiga semester.

2. Pengajian Tahfiz ini bertujuan melahirkan murid yang mantap hafazan, mahir dalam ilmu yang berkaitan dengan al-Quran, dan cemerlang akhlak serta menyediakan murid ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.

3. Kandungan mata pelajaran Tahfiz Al-Quran yang diperkenalkan di tingkatan 6 tahfiz adalah untuk memantapkan hafazan 30 juzuk al-Quran, Maharat Ulum al-Quran, asas Maharat Qiraat Ilmi dan Amali bacaan Imam Qiraat ‘Asyarah; dan mengaplikasi Maharat al-Rasm, Dhabt al-Quran dan Fawasil.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN TINGKATAN 6 TAHFIZ KPM 2023

Permohonan adalah dibuka untuk kemasukan pusat Tingkatan 6 Tahfiz di sekolah berikut :-

1. SMK Agama Putrajaya

2. SMK Agama Kedah

3. SMK Agama Kerian, Perak

4. SMK Agama Maahad Muar, Johor

5. SMK Agama Tok Bachok, Kelantan

6. SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, N. Sembilan

7. SMK Agama Kota Kinabalu, Sabah

8. SMK Agama Sheikh Haji Othman Abd Wahab, Sarawak

9. Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Kemaman

Syarat Permohonan Calon Tingkatan 6 (Tahfiz) KPM Terkini

Berikut adalah syarat-syarat permohonan pengambilan calon pelajar Tingkatan 6 (Tahfiz) KPM ambilan tahun 2023 sebagai rujukan.

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa

2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

3. Memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Hifz Al-Quran dan Maharat al-Quran sekurang-kurangnya gred C; atau

4. Murid yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Usul al-Din/ Al-Syariah/ Manahij al-‘Ulum al Islamiah/ Turath al-Quran dan al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah dan

5. Murid yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab / Al-Lughah al- ‘Arabiah al-Mu’asirah / Al-Adab wa al-Balaghah/ Turath Bahasa Arab dan

6. Telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk

7. Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat Semester 3

LANGKAH MEMBUAT PERMOHONAN TINGKATAN 6 TAHFIZ KPM TAHUN 2023 SECARA ONLINE

Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz KPM hanya boleh dibuat secara atas talian/ online mengikut ketetapan berikut:-

TEMPOH PERMOHONAN TINGKATAN 6 TAHFIZ KPM 2023

  • Tarikh Buka : 8 Jun 2023
  • Tarikh Tutup : 14 Jun 2023

*Nota : Applikasi Permohonan : SMKA T6 TAHFIZ

Tarikh RASMI seperti dimaklumkan di Portal Rasmi KPM. Iklan permohonan klik IKLAN TAHFIZ FORM 6

*Nota : Calon yang didapati memberi maklumat salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran kemasukan. Maklumat ini juga akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran murid.

Maklumat status permohonan dan temuduga pengambilan calon Tingkatan 6 Tahfiz adalah seperti berikut :-

SEMAKAN TEMUDUGA TINGKATAN 6 TAHFIZ

Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga boleh dirujuk pada tarikh berikut :-

-Panggilan Temuduga : 17 Jun 2023

-Status Berjaya Temuduga : akan dikemaskini

*Nota : Applikasi Semakan: SEMAKAN SMKA T6 TAHFIZ

Sekiranya calon gagal, surat rayuan boleh dibuat bermula 3 Julai 2023 hingga 10 Julai 2023 dan hantarkan ke Jabatan Pendidikan Negeri, tempat dimana calon menghadiri temuduga yang lalu.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :-

Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras Bawah & 2
No 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
(u.p : Sektor Kemajuan Sekolah Agama)
No. Telefon : 03-8321 7200

ATAU

JABATAN PENDIDIKAN WP PUTRAJAYA
Aras 7, Lobi 2, Blok E2,
Kompleks Kerajaan Persekutuan Parcel E,
62604, Putrajaya
No. Telefon : 03-8889 0033

ATAU

Johor: No Tel : 07-2310071 Emel : najibnadzar@gmail.com

Perak: No Tel : 05-5015000 Emel : jpnperak.spi@moe.gov.my

Kelantan: No Tel : 09-7418057 Emel : spikelantan03@gmail.com / azlisham.Ibrahim@moe.gov.my

Sabah: No Tel : 088-513436 Emel : spi.jpnsabah@moe.gov.my

Kedah: No Tel : 04-7404273 Emel : spi.kedah@moe.gov.my

Putrajaya: No Tel : 03-88890000 Emel : jpn-wp-putrajaya-cm48@moe-dl.edu.my/ azraniasran@moe.gov.my

Negeri Sembilan: No Tel : 06-7653621 Emel : faisol.zaini@moe.gov.my/ibnuzaini79@gmail.com

Terengganu: No Tel: 09-6221733/09-6213326 Emel: kemasukanimtiaz@gmail.com / harun.cob@moe.gov.my

Sarawak: No Tel : 082-473775 Emel: ramona.hamden@moe.gov.my

Selamat membuat permohonan. Moga permohonan anda untuk menyambung pelajar dalam bidang Tahfiz berjaya.

Related : maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya untuk, bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat 3 semester, pelajar yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa, sekolah menengah kebangsaan agama smka dan sekolah,

Close