Permohonan Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Berita baik buat peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau ringkasnya PTPTN. Dalam merangsang pembayaran balik pinjaman, PTPTN telah memperkenalkan satu kaedah baharu yang mudah dan pantas dalam membayar balik pinjaman PTPTN. Ianya dikenali sebagai perkhidmatan dalam talian iaitu Direct Debit Online. Jadi bagaimanakah cara membuat Permohonan Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit?

Kewujudan sistem Direct Debit secara online ini akan memudahkan urusan pemimjam PTPTN dalam membuat pembayaran balik. Peminjam tidak perlu bersusah payah lagi untuk pergi ke pejabat PTPTN untuk mengisi borang. Perkhidmatan baru ini adalah satu penambahbaikan bayaran balik PTPTN dan Deposit Simpanan SSPNi yang sebelum ini menggunakan borang.

PERMOHONAN BAYARAN BALIK PTPTN MELALUI DIRECT DEBIT ONLINE

Untuk makluman, perkhidmatan Direct Debit adalah kemudahan bayaran balik pinjaman PTPTN dan deposit SSPNi yang mana peminjam / pendeposit memberi kebenaran kepada PTPTN untuk membuat sejumlah pemotongan secara berkala daripada Akaun Simpanan / Akaun Semasa peminjam.

Permohonan-Bayaran-Balik-PTPTN-Melalui-Direct-Debit

Sistem Direct Debit Online juga bukan sahaja memudahkan kepada peminjam PTPTN malah juga pendeposit SSPN-i. Bagi peminjam PTPTN yang masih mempunyai tunggakan pinjaman atau nama pernah di blacklist, anda boleh menggunakan sistem online ini untuk membuat bayaran balik PTPTN. Peminjam akan diberikan insentif diskaun 10% sehingga tempoh tamat pada 31 Disember 2017.

SYARAT PERMOHONAN DIRECT DEBIT PTPTN ONLINE

Permohonan Direct Debit bagi bayaran balik pinjaman atau deposit simpanan adalah untuk Akaun Pinjaman yang berbaki hutang/ Akaun Simpanan yang masih aktif. Amaun permohonan bagi bayaran balik mestilah sama atau melebihi ansurans bulanan yang ditetapkan. Bagi deposit simpanan amaun minimum yang dibenarkan adalah RM20. Akaun bank yang dipilih untuk pelaksanaan direct debit mestilah berstatus aktif.

Maklumat Kemudahan Direct Debit

Kemudahan Direct Debit adalah PERCUMA. Tiada caj dikenakan untuk permohonan dan setiap transaksi Direct Debit yang berjaya. Walau bagaimanapun, bayaran/ deposit pendaftaran dikenakan sebanyak RM1.00 pada setiap kali permohonan dibuat dan akan dipulangkan ke akaun pinjaman/ simpanan PTPTN dalam tempoh satu (1) hari bekerja.

Permohonan Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit
Sumber Gambar : Utusan

Cara Memohon Direct Debit PTPTN

A. Permohonan Direct Debit Pinjaman

  • Klik mohon Direct Debit Pinjaman
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan seterusnya klik link Penyata Pinjaman yang dipaparkan.

Atau

  • Layari Portal Rasmi PTPTN
  • Klik ikon PRODUK KAMI dan pilih BAYARAN BALIK
  • Klik e-Perkhidmatan Bayaran Balik
  • Klik Permohonan Debit Terus
  • Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan semasa permohonan pinjaman
  • Klik Penyata Baki
  • Kemudian klik Pendaftaran untuk Debit Terus
  • Pilih PERMOHONAN BARU dan isikan maklumat yang diperlukan
  • Masukkan Amaun Potongan Debit Terus (RM) dan tanda pada kotak sebelum klik SETERUSNYA
  • Semak maklumat yang dipaparkan dan klik BAYAR jika betul
  • Ikuti proses pembayaran dengan teliti dan klik CETAK untuk membuat cetakan akuan penerimaan permohonan bayaran debit terus yang telah berjaya

Untuk panduan lebih terperinci, klik pautan di bawah:

B. Permohonan Direct Debit SSPNi

  1. Klik mohon Direct Debit Deposit SSPNi
  2. Masukkan nombor pengenalan pendeposit
  3. Klik semakan penyata SSPNi
  4. Masukkan nombor pengenalan pendeposit
  5. Masukkan kata laluan
  6. Setelah login ke penyata simpanan, klik Pendaftaran Direct Debit

Nota Penting

Klik TERLUPA KATA LALUAN untuk mendapatkan Kata Laluan baharu pada alamat emel yang dimasukkan. Setelah login ke penyata simpanan berjaya, klik Pendaftaran Direct Debit.

Untuk membuka akaun SSPN-i anda boleh klik pautan berikut : Buka Akaun SSPNi

Cara Melakukan Transaksi Melalui Direct Debit Online PTPTN

Berikut dikongsikan cara membuat transaksi melalui Direct Debit PTPN Online :-

  1. Mempunyai Akaun Semasa / Simpanan daripada bank-bank yang dinyatakan di atas dan berdaftar perkhidmatan perbankan elektronik.
  2. Mempunyai akaun Pinjaman (Bayaran Balik Pinjaman) / Simpanan (Deposit SSPN-i di PTPTN.
  3. Untuk bayaran balik pinjaman, anda perlu mengetahui jenis akaun pinjaman anda sama ada akaun Ujrah atau akaun pinjaman konvensional.
  4. Klik mohon Direct Debit Pinjaman untuk semua jenis akaun pinjaman dan buat bayaran balik.
  5. Klik mohon Direct Debit SSPN-i untuk semak baki simpanan dan penambahan deposit.
  6. Transaksi yang berjaya akan dikemaskini penyata pinjaman atau simpanan dalam masa 3 hari bekerja.

Senarai Bank Penyedia Pendaftaran Direct Debit Online PTPTN

Berikut adalah senarai bank yang ada menyediakan kemudahan untuk mendaftar Direct Debit Online PTPTN ;

  1. Bank Islam
  2. CIMB Bank
  3. CIMB Bank Islamic
  4. Bank Rakyat
  5. Public Bank
  6. Public Islamic Bank
  7. Maybank (M2U)
  8. Maybank (M2E)
  9. RHB Bank
  10. Hong Leong Bank
  11. Hong Leong Islamic Bank
  12. HSBC
  13. OCBC Bank
  14. Standard Chartered
  15. Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
  16. United Overseas Bank

Punca Permohonan Direct Debit Tidak Berjaya Diproses

Permohonan Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit anda tidak berjaya diproses jika mengalami status berikut :-

  1. Akaun pemohon tidak aktif
  2. Kegagalan semasa proses log masuk ke sistem perbankan internet bank pembayar
  3. Kegagalan semasa proses pengesahan bayaran/deposit RM1 melalui sistem perbankan internet bank pembayar
  4. Baki akaun tidak mencukupi semasa proses pengesahan bayaran/ deposit RM1 melalui sistem perbankan internet bank pembayar
  5. Sebab-sebab lain yang ditentukan oleh pihak bank pemohon.

Cara Hubungi

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D,
Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Selamat membuat Permohonan Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit. Moga dengan pembayaran balik pinjaman mengikut jadual akan membolehkan pelajar lain untuk menikmati pinjaman pengajian yang sama tanpa sebarang masalah.

Close