Semakan Keputusan PSPM SDS SES Matrikulasi 2023-2024

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Matrikulasi boleh didefinisikan sebagai suatu proses kemasukan rasmi ke universiti, atau proses kelayakan untuk masuk ke universiti. Penyertaan para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke program-program matrikulasi di negara kita bukan lagi suatu perkara yang asing. Malah, ia amat digalakkan kerana ramai di antara graduan universiti tempatan merupakan bekas pelajar lepasan matrikulasi.

Pada asalnya program pra-universiti ini dikelolakan sendiri oleh setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Namun Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil alih serta menyatukan program matrikulasi. Ini bertujuan untuk menyelaras serta memastikan keseragaman program tersebut dari segi pelaksanaannya.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan dua program pengajian di pusat matrikulasi. Program yang pertama adalah Sistem Dua Semester (SDS). SDS mempunyai tempoh masa sebanyak dua semester pengajian. Program yang kedua adalah Sistem Empat Semester (SES) yang mempunyai empat semester pengajian.

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI PSPM SDS SES SESI 2023-2024 SECARA ONLINE

Bagi kedua-dua program SDS dan SES, terdapat Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) yang perlu diduduki oleh setiap pelajar.

Oleh itu, bagi memudahkan urusan semua pihak, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan keputusan PSPM SDS SES Matrikulasi 2023-2024 khususnya kaedah membuat semakan bagi kedua-dua program. Buat makluman semua, keputusan hanya dapat disemak mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh KPM.

Semakan PSPM

HEBAHAN KEPUTUSAN PSPM SESI 2023-2024
Berikut adalah tarikh dan masa hebahan keputusan PSPM Sesi 2023-2024. Calon yang terlibat dalam semakan adalah Program Matrikulasi Satu Tahun (SDS) Semester I 2023/2024 dan Program Matrikulasi Dua Tahun (SES) Semester I & III 2023/2024.
TarikhMasa
23 Februari 202410 Pagi

CARA MEMBUAT SEMAKAN KEPUTUSAN PSPM

Cara-cara membuat semakan Keputusan PSPM Matrikulasi untuk calon SDS dan SES Semester I dan III sesi 2023-2024 adalah seperti berikut:

  1. Semakan Secara Online (Atas Talian). 
  • Sila klik pada pautan di bawah (sekiranya sistem aplikasi dibuka). Anda perlu mengisi nombor Matrik dan 6 Digit terakhir nombor kad pengenalan untuk meneruskan semakan.

APLIKASI SEMAKAN ATAS TALIAN/ ONLINE

klik siniSistem Aplikasi Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi Online

2. Semakan Melalui Kolej. 
Boleh diterima daripada edaran slip keputusan peperiksaan.

3. Semakan Melalui Telefon. 

  • Hubungi terus kolej masing-masing atau sektor Pengurusan Peperiksaan, Bahagian Matrikulasi KPM.
  • No. Tel: 03-8884 4083/ 4020

Calon juga boleh membuat semakan keputusan PSPM melalui SMS:-

  • MOE<jarak>MAK<jarak>NoKP& SMS ke 15888

CARA PERMOHONAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PSPM

Calon PSPM yang ingin membuat rayuan permohonan semak semula keputusan peperiksaan boleh berbuat demikian dengan merujuk kepada maklumat berikut selepas keputusan peperiksaan diumumkan secara rasmi:-

Close