Permohonan GIATMARA 2024 Online Sepenuh/ Separa Masa

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

GIATMARA adalah sebuah program latihan kemahiran untuk pelajar berumur 15 tahun ke atas. Pelajar mestilah mampu membaca, menulis dan berminat dalam menjalani latihan ini. Pelajar yang mematuhi syarat kelayakan dan sihat tubuh badan dialu-alukan untuk membuat permohonan kemasukan ke program latihan sepenuh dan separuh masa tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di GIATMARA Malaysia bagi kemasukan Julai dan Januari setiap tahun.

GIATMARA ditubuhkan bagi mewujudkan latihan kemahiran teknikal dan vokasional untuk golongan belia tidak kira yang berasal dari kawasan bandar mahupun luar bandar. Ini membolehkan mereka untuk memperoleh kemahiran bagi melengkapkan diri sebelum beransur menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan yang berkemahiran teknikal. Pelajar lepasan program ini mampu memenuhi keperluan industri dan ekonomi di seluruh negara.

Permohonan sesi Julai 2024 untuk kemasukan ke Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA seluruh Malaysia telah pun dibuka sehingga Jun 2024. Bagi mereka yang telah terlepas permohonan Julai tetapi masih berminat dan memenuhi syarat kemasukan, anda mempunyai peluang untuk membuat permohonan sesi Januari 2024. Permohonan GIATMARA 2024 Online Sepenuh/ Separa Masa dapat dilakukan pada November 2024.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE GIATMARA 2024 ONLINE (SEPENUH / SEPARA MASA)

Seperti sedia maklum, permohonan kemasukan ke Giatmara meliputi kursus bagi sepenuh masa dan juga separa (separuh) masa. Sebagai panduan, di sini dikongsikan beberapa maklumat penting mengenai permohonan Giatmara. Antaranya adalah tarikh penting permohonan, syarat kelayakan, dan cara membuat permohonan.

Permohonan GIATMARA

TARIKH PERMOHONAN KE GIATMARA ONLINE JANUARI 2024
BukaTutup
30 Oktober 2023
Tarikh akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan pengumuman pihak Giatmara.

PANDUAN MEMBUAT PERMOHONAN GIATMARA ONLINE

Bagi program sepenuh masa, anda boleh melakukannya secara atas talian (online) dengan menekan klik pada pautan yang dikongsikan berikut.

APLIKASI PERMOHONAN ONLINE GIATMARA SEPENUH MASA

Permohonan Online Kemasukan Baru GIATMARA bagi program Sepenuh Masa

Untuk program latihan secara separuh masa, sila muat turun borang permohonan melalui pautan URL yang disediakan, isi secara manual dan hantarkan kepada mana-mana Pusat GIATMARA yang berdekatan.


SYARAT KEMASUKAN GIATMARA 2024

Syarat bagi layak masuk ke Pusat Program GIATMARA adalah seperti berikut:

  1. Bumiputera
  2. Umur 15 tahun ke atas
  3. Boleh membaca, menulis, minat (3M)
  4. Sihat tubuh badan
  5. Selesai tingkatan 5 di sekolah dan berumur 18 tahun ke atas merupakan syarat tambahan bagi yang ingin mengambil peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk kursus Pendawaian Elektrik & Penjaga Elektrik
  6. Keutamaan kepada B40

SENARAI KURSUS YANG DITAWARKAN

Kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia adalah seperti berikut:

  • Kursus Kluster Computer Dan Networking Technology
  • Kluster Elektronik Mekatronik
  • Kluster Eleltrikal (KEL)
  • Kluster Hospitaliti
  • Kluster Hairdressing dan Cosmetology
  • Kursus Kluster Kulinari
  • Kursus Kluster Mekanikal
  • Kursus Kluster Pengangkutan
  • Kluster Pembuatan
  • Kursus Kluster Percetakan
  • Kluster Senibina

Untuk senarai penuh program atau kursus yang ditawarkan di GIATMARA, sila layari pautan disediakan berikut:

PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pihak GIATMARA dengan cara berikut:

No. 39, Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur.
Tel : 03 2691 2690
Faks: 03 2691 2820
Emel : webmaster@giatmara.edu.my

Related : keperluan kegiatan ekonomi usahawan teknikal bagi memenuhi kemahiran sebagai persediaan menjadi bandar bagi membolehkan belia mendapat kemahiran mendapat kemahiran sebagai persediaan industri dan keperluan kegiatan mahir dan usahawan teknikal

Close