Semakan syarat kelayakan Politeknik online Konvensional/Premier/METro

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Di Malaysia sistem pendidikan kita telah berubah sama sekali. Kita tidak lagi meletakkan fokus pada penghasilan graduan yang berjaya tamatkan pengajian dengan ilmu teori sahaja. Kini kerajaan juga melalui Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia telah mewujudkan Politeknik. Politeknik bertujuan untuk melahirkan graduan yang mempunyai skil untuk digunakan di dalam industri sekarang.

Permintaan terhadap graduan yang mempunyai skil yang cemerlang dan baik intelek sangat tinggi. Justeru itu, pembinaan Politeknik telah diperluaskan di seluruh Malaysia. Sistem politeknik juga telah dinaik taraf dan ada politeknik yang sudah diiktiraf sebagus universiti lain di Malaysia.

Pada ketika ini, terdapat tiga jenis politeknik diwujudkan iaitu Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan METrO. Untuk melanjutkan pengajian di politeknik tedapat syarat yang perlu dipatuhi. Selain untuk memastikan pelajar yang benar benar ingin belajar sahaja dibenarkan menyertai politeknik, syarat ini juga penting untuk menapis jumlah pelajar yang ingin menyertai politeknik kerana tempat adalah terhad.

SEMAK SYARAT KELAYAKAN POLITEKNIK SECARA ONLINE

Bagi memudahkan para pemohon untuk membuat semakan kelayakan ke politeknik, berikut dikongsikan cara-cara untuk berbuat demikian:

Syarat Politeknik

LANGKAH-LANGKAH SEMAKAN KELAAKAN POLITEKNIK

 http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp

Sila ikut langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa dash (-)
  2. Isikan Kelayakan Akademik
  3. Isikan mata pelajaran yang diambil beserta gred
  4. Tekan butang semak dan senarai pengajian akan dipaparkan di skrin
    •  Program yang dipaparkan adalah yang layak untuk dipohon berpandukan pencapaian akademik. Klik nama program untuk mengetahui dengan lebih lanjut syarat penuh program

SISTEM SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN UPU ONLINE

Selain semakan politeknik, terdapat juga portal semakan untuk menyemak syarat UPU seperti UA, IPTA, Politeknik dan Kolej Komuniti. Berikut adalah senarai sistem semakan yang boleh digunakan:

e-Panduan Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam / Politeknik Premier

e-panduan ini akan memaparkan maklumat seperti Maklumat UA dan Politeknik Premier, Senarai Program pengajian/ kursus yang ditawarkan dan Syarat khas program. Untuk membuat semakan melalui sistem ini sila klik pautan ini:

e-Panduan Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA

Maklumat yang akan dipaparkan ialah syarat am kemasukan, syarat khas permohonan program pengajian, senarai program pengajian yang ditawarkan dan lain-lain maklumat berkenaan. Sila klik pautan di bawah untuk muat turun panduan:

Selangkah UiTM

Syarat kemasukan ke UiTM boleh didapati melalui pautan berikut:

IMASCU

Semakan panduan boleh dirujuk di pautan berikut:

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di alamat dan nombor telefon di bawah:

Bahagian Pengambilan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
No Telefon : 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9263/ 9340

Close