Permohonan kemasukan ke kolej Matrikulasi 2024-2025

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke mana-mana kolej Matrikulasi Malaysia boleh membuat permohonan segera melalui sistem atas talian. Matrikulasi merupakan program persediaan atau program pra-universiti mempersiapkan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah. Kolej matrikulasi adalah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Setiap tahun Bahagian Matrikulasi akan membuka peluang kepada pelajar yang berminat untuk membuat permohonan kemasukan ke Matrikulasi.

Terdapat dua program yang ditawarkan di kolej Matrikulasi iaitu Program satu tahun dan program dua tahun. Pelajar yang ingin menyertai program ini perlu membuat semakan syarat kemasukan terlebih dahulu bagi memudahkan urusan. Sijil pelajar lepasan Matrikulasi hanya boleh diguna pakai untuk tujuan kemasukan ke universiti awam ke peringkat ijazah sahaja dan tidak boleh digunakan untuk mencari kerja. Oleh itu, pemohon perlu membuat penelitian yang mendalam sebelum membuat permohonan.

Kolej-kolej Matrikulasi telah banyak dibina di seluruh Malaysia oleh pihak Kementerian. Silibus di kolej Matrikulasi sentiasa dipantau bagi memastikan menepati piawaian. Kemudahan untuk pelajar juga sentiasa ditambah baik dan diperbaiki bagi memastikan pelajar selesa dengan suasana tempat belajar mereka. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu risau akan keselamatan anak-anak kerana ia dijamin selamat.

PERMOHONAN MATRIKULASI 2024-2025

Berikut dikongsikan beberapa info penting tentang permohonan Matrikulasi. Info seperti tarikh permohonan, cara membuat permohonan serta syarat kemasukan dikongsikan bertujuan memudahkan pemohon. Sila lihat jadual di bawah:

Permohonan Matrikulasi

TARIKH PERMOHONAN MATRIKULASI
DibukaDitutup
15 Disember 202331 Mac 2024
Tarikh di atas merupakan tarikh rasmi seperti yang telah diumumkan oleh KPM. Sebarang perubahan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
PERHATIAN
TARIKH PEMBUKAAN SEMULA PERMOHONAN MATRIKULASI
DibukaDitutup
Hari Keputusan SPM 2023 diumumkan
Tarikh di atas merupakan tarikh rasmi seperti yang telah diumumkan oleh KPM bagi pelajar lepasan SPM 2023 yang belum pernah memohon.
Berikut adalah maklumat mengenai kemasukan ke Matrikulasi bagi sesi 2024/2025 sebagai rujukan semua.

SYARAT KEMASUKAN KE MATRIKULASI

Pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan syarat kemasukan terlebih dahulu sebelum membeli no pin. Ini bagi memastikan segala permohonan berjalan dengan lancar. Berikut dikongsikan syarat kemasukan ke Matrikulasi.

Kaedah permohonan program Matrikulasi bermula sesi 2024-2025 :-

CARA MEMBUAT PERMOHONAN MATRIKULASI

  1. Permohonan dibuat secara online di Aplikasi Permohonan Matrikulasi KPM.
  2. Tiada pembelian nombor pin dan permohonan adalah percuma

Untuk panduan permohonan sila klik pautan di bawah:

pointManual Langkah-Langkah Membuat Permohonan Kolej Matrikulasi 2024-2025 Secara Online

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN

Jika pemohon ada sebarang soalan yang ingin diajukan mengenai e rayuan, pemohon boleh berbuat demikian dengan melayari pautan berikut:

Close