Permohonan Pra Diploma UiTM Sesi 2 2023/ 2024

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Program Pra Pendidikan Tinggi (PPPT) UiTM atau dikenali sebagai Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) merupakan sebuah inisiatif kerajaan bagi membantu membantu pelajar miskin dalam mendapat peluang pendidikan. Program ini khusus kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal untuk mendapat tempat di institusi pengajian tinggi oleh kerana merit tidak cukup atau tidak mampu membayar kos pengajian yang tinggi. Calon yang layak dalam permohonan PPPT ini bakal diberikan penempatan bagi meneruskan menyambung pengaijian di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kini ia dikenali sebagai Program Pra Diploma UiTM.

Objektif utama UiTM mengadakan program ini adalah untuk menawarkan penempatan kepada pelajar di kalangan yang kurang berkemampuan tetapi masih ada minat dan kehendak untuk belajar serta memenuhi syarat untuk menyambung pelajaran di peringkat Pra-Diploma. Program MDAB ini mengutamakan pelajar Melayu Bumiputera luar bandar yang keciciran dalam SPM dan keluarganya berada di bawah kategori B40 dengan pendapatan bawah RM4,000 sebulan. Perkara ini selari dengan visi MARA iaitu memajukan pendidikan Bumiputera termasuklah yang berlatar belakang dari luar bandar.

Mendapat inspirasi daripada sebuah ucapan YAB Perdana Menteri ke-enam, Dato’ Seri Najib Razak pada majlis perasmian Kampus UiTM Puncak Alam pada 12 Februari 2010, pihak UiTM telah bertungkus-lumus mengorak langkah dan mengatur strategi bagi merealisasikan cetusan idea tersebut. Justeru, program MDAB telah pun diluluskan oleh Mantan Naib Canselor UiTM iaitu Tan Sri Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri telah menyeru supaya 5,000 tempat disediakan pihak UiTM setiap tahun bagi pelajar miskin serta anak yatim yang layak. Program MDAB telah dinamakan kepada Program Pra Pendidikan Tinggi (PPPT) oleh UiTM bermula pada tahun 2020.

Dalam pada itu, program ini tidak hanya bertujuan memfokuskan kejayaan dalam aspek akademik pelajar sahaja, tetapi juga bertujuan menghasilkan pelajar yang bersedia untuk bersaing di persada dunia yang penuh cabaran. Secara tidak langsung, para pelajar lepasan program ini dapat menyedari bahawa pengetahuan, kemahiran,  dan jati diri yang tinggi diperlukan dalam menempuh alam kerjaya dan seterusnya mampu membantu meningkatkan ekonomi negara.

Khusus bagi program PPPT, pihak UiTM menawarkan program Pra-Diploma berdasarkan kelayakan SPM. Setelah selesai satu semester program ini, ianya membolehkan pelajar untuk terus menyambung pengajian ke peringkat Diploma. Antara program Pra-diploma yang boleh dimohon adalah Pra-Diploma Perdagangan dan Pra-Diploma Sains. Tempoh pengajian adalah 1 semester (6 bulan) tertakluk pada pindaan pihak Universiti. Di sepanjang tempoh program ini, para pelajar akan diberi pengisian akademik, pembinaan sahsiah diri dan rohani berserta pembangunan modal insan.

PERMOHONAN PRA DIPLOMA UiTM SESI 2 2023/2024

Berikut adalah perkongsian cara memohon program pra diploma UiTM berserta info-info penting merangkumi syarat permohonan, panduan mengisi borang, isi kandungan program pra diploma UiTM dan lain-lain maklumat yang berkaitan.

permohonan program pra pendidikan tinggi uitm

TARIKH PERMOHONAN PRA DIPLOMA UiTM SESI MAC 2024 AMBILAN OKTOBER
BukaTutup
1 November 202331 Januari 2024
Sistem permohonan dalam talian akan dibuka pada tarikh di atas. Calon yang sudah mendaftar melalui Google form, nombor pin akan diemelkan secara berperingkat. Untuk calon yang belum memohon no. pin, emelkan permohonan serta nama penuh, no. kad pengenalan, alamat emel dan nombor telefon ke kampus UiTM yang berdekatan. Alamat kampus UiTM yang mengendalikan permohonan boleh dirujuk seperti berikut:
alamat pppt uitm
PERMOHONAN AMBILAN SESI MAC 2024 PRA DIPLOMA UiTM
Untuk membuat permohonan kemasukan ke program Pra Diploma UiTM, anda boleh mengisi borang permohonan secara online melalui pautan disediakan di bawah
BORANG PERMOHONAN PRA DIPLOMA UiTM

klik siniBorang Permohonan Program Pra Pendidikan Tinggi 
PANDUAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN
Sebelum anda membuat permohonan terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan untuk memudahkan proses permohonan:
no 1Sila isi borang permohonan seperti di atas secara online
no 2Pemohon disarankan untuk membaca setiap arahan yang tertera pada borang permohonan
no 3Sila kenalpasti kategori anda. Untuk program PPPT, pastikan pilihan anda berada di bawah kategori PPPT B40, PPPT Orang Asli atau PPPT atlet
no 4Sila kenalpasti program pengajian yang bakal anda pilih
SEMASA MENGISI BORANG PERMOHONAN
Semasa anda sedang mengisi Borang Permohonan, anda perlu:
no 1Pastikan anda isi semua maklumat yang betul dan tepat mengenai anda pada borang permohonan
no 2Pastikan anda isi kesemua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
no 3Pastikan anda telah membuat semakan teliti terhadap borang permohonan anda
SELEPAS MEMBUAT PERMOHONAN
Setelah anda selesai membuat permohonan:
no 1Pastikan anda melampirkan dokumen yang lengkap pada borang permohonan tersebut
no 2Tiada had untuk kemaskini permohonan sehingga tarikh tutup
SENARAI LAMPIRAN BORANG PERMOHONAN PRA DIPLOMA
Borang permohonan Pra Diploma hendaklah dihantar bersertakan salinan dokumen penting yang telah disahkan seperti berikut :
1Salinan kad pengenalan / MyKad calon.
2Salinan Sijil SPM / SPM Ulangan.
3Salinan Sijil Kelahiran calon
4Salinan Sijil/ Pengiktirafan sukan tertinggi (Laluan atlet) Kad OKU, Kad Pencen Ibu Bapa/ Penyata Pencen Ibu Bapa
5Salinan kad pengenalan / MyKad ibu bapa. (Jika tiada kad pengenalan ibubapa sila dapatkan salinan dari Jabatan Pendaftaran Negara) (Untuk calon anak angkat, sila sertakan salinan Sijil Pengangkatan, Sijil Lahir dan Kad Pengenalan ibu atau ibubapa kandung)
6Salinan Slip Gaji / Penyata Pencen terkini ibu bapa atau Surat Pengesahan Pendapatan (sekiranya tidak mempunyai slip/penyata gaji).
7Salinan sijil Kematian / Penceraian ibu bapa (jika berkaitan)
8Salinan Kelulusan/ Slip Bantuan Kewangan Kerajaan Persekutuan/ Negeri yang terkini. (bagi yang memohon)
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PROGRAM PRA PENDIDIKAN TINGGI UiTM
Bagi program Pra-Perdagangan (PD002) yang mempunyai hanya 1 semester bersamaan 6 Bulan, syarat kelayakannya adalah seperti berikut:
no 1Syarat Am Universiti:

  • Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat minima tiga (3) kredit/kepujian termasuk Bahasa Melayu.
no 2Dan

  • Lulus subjek Sejarah (bermula sejak SPM 2015)
no 3Syarat Khas Program

  • Lulus Matematik / Matematik Tambahan
  • Lulus Bahasa Inggeris
Bagi program Pra-Sains (PD007) yang mempunyai hanya 1 semester bersamaan 6 Bulan, syarat kelayakannya adalah seperti berikut:
no 1Syarat Am Universiti:

  • Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat minima tiga (3) kredit/kepujian termasuk Bahasa Melayu.
no 2Dan

  • Lulus subjek Sejarah (bermula sejak SPM 2015)
no 3Syarat Khas Program

  • Kepujian Matematik / Matematik Tambahan
  • Lulus Bahasa Inggeris
no 4Serta: Lulus satu (1) daripada mana-mana mata pelajaran berikut:

  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Sains Tambahan
iklan-permohonan-pra-diploma-uitm-ambilan-mac
MAKLUMAT MENGENAI SUBJEK AKADEMIK PRA PENDIDIKAN TINGGI
Perlu diingatkan juga bahawa program Diploma UiTM mempunyai syarat kelayakan yang tertentu setelah pelajar berjaya menghabiskan pengajian Pra-Diploma dan layak ke Diploma.
SENARAI PROGRAM YANG DITAWARKAN
Senarai subjeknya adalah seperti berikut:
Ambilan Mac 2024
KODSUBJEK
BA002 & BA003Pra Diploma Perdagangan
AS007 & AS008Pra Diploma Sains
AS002 & AS003Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera)
AT001 & AT002Pra Diploma Agroteknologi
IC001 & IC002Pra Diploma Pengajian Islam
SUBJEK PROGRAM PRA DIPLOMA PERDAGANGAN (PD002)
Di dalam program pra-diploma Perdagangan terdapat subjek-subjek yang wajib diambil. Senarai subjeknya adalah seperti berikut:
SEMESTER 1
KODSUBJEK
ELC 030INTRODUCTORY ENGLISH
ACC 030INTRODUCTION TO ACCOUNTING
MAT 037INTENSIVE MATHEMATIC
MGT 028INTRODUCTION TO BUSINESS
CTU 001PENGANTAR PEMBANGUNAN INSAN
SYARAT KEMASUKAN PENERAPAN KE PROGRAM DIPLOMA UiTM LULUSAN PRA DIPLOMA PERDAGANGAN (PD002)
Pada setiap akhir semester, pelajar perlu menduduki peperiksaan akhir. Bagi pelajar yang berjaya mendapat keputusan (CGPA) yang cemerlang akan ditawarkan ke program Diploma UiTM. Antara syarat keputusan untuk layak diserap ke program Diploma adalah seperti berikut:
no 1Lulus Naik Taraf (LNT) : memperoleh CGPA ≥ 2.00 serta lulus semua subjek iaitu Minimum Gred C.
no 2Memperoleh CGPA > 2.00 serta gagal satu subjek, pelajar diizinkan untuk mengulang subjek yang gagal sahaja. 
no 3Memperoleh CGPA < 2.00, pelajar dikira gagal dan diberhentikan.
SUBJEK PROGRAM PRA DIPLOMA SAINS (AS007)
Subjek-subjek program Pra-Diploma Sains semester 1 adalah seperti berikut:
SEMESTER 1
KODSUBJEK
ELC 010BAHASA INGGERIS PRA DIPLOMA 1
CHM 083KIMIA UNTUK PRA SAINS
PHY 083FIZIK UNTUK PRA SAINS
MAT 083MATEMATIK ASAS UNTUK PRA SAINS
BIO 083BIOLOGI UNTUK PRA SAINS (ELEKTIF)
MAT 086MATEMATIK PERANTARAAN UNTUK PRA SAINS (ELEKTIF)
SYARAT KEMASUKAN PENERAPAN KE PROGRAM DIPLOMA UiTM LULUSAN PRA DIPLOMA SAINS (AS007)
Pada setiap akhir semester, pelajar perlu menduduki peperiksaan akhir. Bagi pelajar yang berjaya mendapat keputusan (CGPA) yang cemerlang di akhir semester 1 akan akan ditawarkan ke program Diploma UiTM. Antara syarat keputusan untuk layak diserap ke program Diploma adalah seperti berikut:
SEMESTER 1
no 1Lulus Naik Taraf (LNT) : memperoleh CGPA ≥ 2.00 serta lulus semua subjek iaitu Minimum Gred C.n
no 2Memperoleh CGPA > 2.00 serta gagal satu subjek, pelajar diizinkan untuk mengulang subjek yang gagal sahaja. 
no 3Memperoleh CGPA < 2.00, pelajar dikira gagal dan diberhentikan.
KELEBIHAN PROGRAM PRA PENDIDIKAN TINGGI UiTM
Antara kemudahan yang diberikan dalam program pra-diploma ini adalah:
no 1Pemohon mendapat pengecualian daripada yuran pengajian
no 2Pemohon mendapat kemudahan hostel/tempat tinggal
no 3Pemohon akan mendapat bantuan elaun sara hidup sepanjang tempoh pengajian bermula daripada RM 860 sehingga RM1700 (1 semester)
MAKLUMAT PENTING BERKAITAN PRA DIPLOMA UiTM
Point bulletBorang permohonan Program Pra Pendidikan Tinggi UiTM adalah percuma.
Point bulletBorang permohonan program pra diploma ini sah untuk satu (1) kali permohonan sahaja.
Point bulletPenubuhan program pra diploma ini bertujuan memberi peluang pendidikan kepada anak-anak Melayu dan Bumiputera yang miskin di bandar dan luar bandar di mana ibu bapa mereka berpendapatan (gaji kasar) kurang dari RM4,000 sebulan.
Point bulletCalon yang ditawarkan dengan program ini digalakkan agar tidak lepas peluang pengajian ini sebaik-baiknya jika ditawarkan tempat.
Point bulletPelajar yang lulus dalam Program Pra Pendidikan Tinggi ini akan layak untuk ditawarkan ke program diploma UiTM mengikut syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan pihak UiTM.
Point bulletPermohonan adalah dipelawa daripada calon-calon golongan Melayu, anak negeri Sabah, Sarawak dan orang asli berwarganegara Malaysia sahaja.
Point bulletKeputusan penawaran oleh UiTM adalah Muktamad.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Buat pemohon yang ingin melanjutkan pengajian di UiTM di bawah program pra diploma, jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai kemasukan ke ini boleh diajukan melalui maklumat berikut:
pointPortal Rasmi Pra Diploma
pointFB Rasmi Pengambilan Pelajar UiTM
Alamat : Pejabat Pengarah,
Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT),
Bangunan Inovasi,
Universiti Teknologi MARA (UiTM),
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel : 03-5521 1306 / 1443 / 1448
Fax : 03-5543 7969
Emel : pppt@uitm.edu.my
Close