Perbezaan Tingkatan 6, Asasi dan Diploma

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Terdapat pelbagai pilihan pengajian peringkat tinggi yang disediakan untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Antaranya, pelajar boleh menyambung pelajaran ke Tingkatan 6, Diploma, Asasi atau Matrikulasi, dan sebagainya. Persoalannya, apakah perbezaan memasuki Asasi, Tingkatan 6 dan Diploma? Buat makluman semua, setiap program ini mempunyai kelebihan masing-masing. Misalnya, lepasan SPM yang layak dan memenuhi syarat kemasukan ke Tingkatan 6 tidak perlu memohon dan akan ditawarkan memasuki Tingkatan 6 secara automatik.

Setiap program mempunyai silibus pengajian dan kurikulum yang berbeza. Sebagai contoh, sukatan pelajaran untuk program asasi bersifat khusus kepada kursus pengajian ijazah yang mempunyai kaitan rapat dengan program asasi tersebut. Walau bagaimanapun, pilihan yang terbaik adalah bergantung kepada cita-cita atau bidang kerjaya yang anda ingini. Contohnya, jika anda ingin menjadi jurutera bolehlah memilih untuk menceburi bidang pengajian kejuruteraan yang ditawarkan.

Bagi mereka yang tidak pasti atau ragu-ragu apakah pilihan pengajian yang terbaik, cubalah lakukan sedikit kajian dan juga solat sunat Istikharah. Semoga Allah memberi petunjuk dalam pemilihan kursus pengajian di pendidikan peringkat tinggi kelak. Oleh itu, berikut dikongsikan maklumat ringkas berkaitan perbezaan Tingkatan 6, Asasi dan Diploma buat panduan pelajar.

PERBEZAAN TINGKATAN 6, ASASI DAN DIPLOMA – KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

Disebabkan sering timbul tanda tanya tentang perbezaan antara ketiga-tiga jenis pengajian ini, berikut merupakan senarai perbezaan antara Tingkatan 6, Asasi dan Diploma serta lain-lain info berkaitan bagi memudahkan urusan para pelajar dalam membuat pilihan.

Perbezaan Form 6 Asasi Diploma 2

PERBEZAAN ANTARA TINGKATAN 6, ASASI DAN DIPLOMA 

Tingkatan 6 AsasiDiploma
no 1Peperiksaan STPMno 1Peperiksaan Akhir Programno 1Peperiksaan Akhir Program
no 2Satu (1) setengah tahun (3 semester)no 2Satu (1) – hingga dua (2) tahunno 2Dua (2) setengah hingga tiga (3) tahun
no 3Dijalankan di sekolah tetapi pembelajaran mengikut konsep semester universitino 3Dijalankan di universitino 3Dijalankan di universiti
no 4Fast trackno 4Fast trackno 4Tempoh paling lama berbanding yang lain
no 5Pengambilan ditawarkan secara automatik jika SPM minimum kepujian Bahasa Melayu  dan memenuhi syarat khas lainno 5Mohon melalui UPUno 5Mohon melalui UPU
no 6Yuran murahno 6Yuran sedikit mahalno 6Yuran lebih mahal
no 7Jurusan Sains dan Kemanusiaanno 7Asasi Sains dan Sastera (Yang Utama)no 7Diploma pelbagai kursus yang mempunyai sambungan ke peringkat ijazah
no 8Dengan STPM boleh terus mohon kerja di sektor awam dan swastano 8Sijil Asasi tidak boleh mohon kerja (Sekiranya mohon dikira SPM) kecuali Sijil Matrikulasi KPM yang baru diiktiraf seperti STPMno 8Dengan Diploma boleh terus mohon kerja
no 9Pelajaran seperti di sekolah tetapi mempunyai sistem kiraan pointerno 9Sukatan pelajaran bersifat khusus kepada program pengajian ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebutno 9Kursus peringkat diploma dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu

PENJELASAN RINGKAS BERKAITAN TINGKATAN 6, ASASI, DIPLOMA

Tingkatan 6

  1. Lepasan SPM yang berkelayakan dan mencukupi syarat ke Tingkatan 6 iaitu dengan memperoleh kepujian sekurang-kurangnya dalam subjek Bahasa Melayu akan ditawarkan secara automatik. Kepada yang gagal mendapat tawaran, pelajar boleh mengemukakan rayuan kemasukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam tempoh rayuan yang telah ditetapkan.
  2. Melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 mempunyai pelbagai kelebihan. Antaranya adalah sijil STPM yang diperoleh adalah diiktiraf dan boleh digunakan bagi kemasukan ke majoriti universiti di serata dunia. Namun syaratnya pelajar mesti mendapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah. Sijil STPM juga dapat digunakan untuk memohon kerja kerajaan mahupun swasta.
  3. Kiraan CGPA / pointer STPM dilakukan dengan mengambil jumlah pointer keseluruhan subjek dan dibahagikan dengan 4. Jika berjaya memperoleh 3.00 ke atas sudah dikira sebagai memuaskan. Pointer yang diperlukan untuk memasuki universiti menggunakan kelulusan STPM tidak tinggi berbanding kursus matrikulasi, diploma, pra-u dan sebagainya kerana ciri akademiknya yang hampir setaraf dengan universiti.
  4. Kebanyakan pihak dan individu berpendapat bahawa Tingkatan 6 adalah ‘express way’ ke universiti. Walaupun hanya mengambil 4 atau 5 subjek, bebanannya tetap lebih berat kerana perlu lebih mendalami setiap subjek berbanding peringkat pengajian lain. Setiap subjek majoriti perlu mengambil 4 kertas atau bahagian bergantung pada subjek.

Asasi

  1. Program Asasi diurus oleh universiti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi dipecahkan kepada beberapa jurusan yang khusus. Tempoh pengajian Asasi biasanya mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada kursus pengajian peringkat ijazah yang mempunyai kaitan rapat dengan program asasi tersebut.
  2. Pusat Asasi UiTM ataupun Centre of Foundation Studies (UiTM) telah ditubuhkan pada November 2009 bertujuan menyediakan pelajar untuk mengikuti program ijazah di UiTM. Program pra-ijazah akademik yang ditawarkan ialah: Asasi Kejuruteraan (Kejuruteraan), Asasi Undang-undang (LAW), Asasi Sains (Sains) dan Asasi TESL (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua).
  3. Selain itu, universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di universiti yang menawarkan program asasi sendiri merupakan pilihan terbaik buat pelajar.
  4. Yuran pengajian dan penginapan adalah tanggungan pelajar sendiri di mana sebahagiannya disubsidi oleh Kerajaan. Jumlah bayaran yang dikenakan ketika pendaftaran pelajar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan.
  5. Pelajar yang sudah lulus program Asasi UM dan Asasi UiTM tetap perlu memohon melalui UPU atau USM untuk meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah tetapi keutamaan akan diberikan untuk memasuki program asasi universiti mereka. Tambahan pula, lulusan program asasi yang lain akan diserap masuk ke peringkat ijazah sarjana muda universiti berkenaan jika menepati syarat dan kelayakan.

Diploma

  1. Program Diploma adalah berada di bawah pengendalian dan pengurusan pihak universiti. Program peringkat diploma ini kebiasaannya mengambil masa 3 tahun. Kursus peringkat diploma ini telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu sejak awal lagi. Tuntasnya, pelajar yang mengikuti program pengajian diploma ini diibaratkan telah merancang masa depan untuk kerjaya mereka dengan lebih tepat.
  2. Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung oleh pelajar sendiri. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.
  3. Lulusan program diploma boleh terus memohon pekerjaan ataupun meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda. Mereka perlu membuat permohonan melalui UPU atau USM bagi mengikuti program peringkat ijazah. Namun demikian, terdapat juga universiti yang menyerap masuk lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah sekiranya syarat kelayakan yang ditetapkan telah dipenuhi.
Close