Permohonan UMP Ambilan Kedua (Second Intake) Februari 2024

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah sebuah universiti awam yang telah ditubuhkan pada tahun 2002. UMP menawarkan pelbagai program teknikal yang berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi. Dalam bidang penyelidikan pula, UMP memberi tumpuan kepada penyelidikan gunaan serta projek-projek industri dengan beberapa industri setempat bagi memperkayakan pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, UMP juga mempromosikan aktiviti-aktiviti pengkomersilan produk penyelidikan.

UMP menawarkan pelbagai program pengajian kejuruteraan dan teknikal yang berkualiti dan juga ianya diiktiraf pada peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda serta Ijazah Lanjutan. Antara program-program ditawarkan di UMP pula adalah Program Dwi Ijazah iaitu hasil kerjasama dengan universiti luar negara seperti di Jerman, dalam bidang Kejuruteraan Perniagaan iaitu kerjasama dengan Reutlingen Universiti (RU) dan Hochscule Karlsruhe Und Wirtschaft (HsKA), Jerman dan juga kerjasama dengan Northern Illinois University (NIU), Amerika Syarikat bagi Program Teknologi Kejuruteraan Farmaseutikal dan Program Teknologi Kejuruteraan Pengurusan Infrastruktur; serta Program Teknologi Kejuruteraan dalam bidang Elektrik, Tenaga dan Persekitaran.

Ini adalah merupakan peluang yang baik kepada pelajar-pelajar lepasan STPM/setaraf yang ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UMP Ambilan Februari 2024 akan dibuka pada Oktober 2023.

PERMOHONAN UMP 2024 ONLINE AMBILAN KEDUA

Berikut dikongsikan maklumat penting seperti tarikh permohonan serta semakan keputusan dan aplikasi permohonan kemasukan ke UMP untuk ambilan kedua bagi bulan Februari 2024.

Permohonan UMP Ambilan Kedua

TARIKH PERMOHONAN KE UMP AMBILAN KEDUA 2024
BukaTutup
17 November 202325 Disember 2023
Permohonan kemasukan ke UMP ambilan kedua ini adalah untuk pelajar lepasan STPM sahaja. Tarikh yang tepat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

PERMOHONAN UNTUK KEMASUKAN UMP

LAMAN WEB / SESAWANG PERMOHONAN

klik siniUMP ambilan Februari 2024

Perlu diingatkan bahawa tarikh pendaftaran buat pelajar-pelajar yang telah layak dipilih masuk ke UMP adalah pada Februari 2024.

SYARAT-SYARAT AM & KHAS PERMOHONAN UMP

Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat am atau khas bagi permohonan UMP ambilan Februari 2024.

  • Syarat AM
    Lepasan Diploma / Matrikulasi / Politeknik / STPM / STAM / A-Level/ IB dan setaraf; dan
    minimum kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan Lulus Sejarah pada peringkat SPM.
  • Syarat Khas
    Tertakluk kepada program pengajian

PROGRAM PENGAJIAN UMP YANG DITAWARKAN PADA KEMASUKAN FEBRUARI 2024

Berikut adalah senarai program-program pengajian Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan buat pengambilan kedua UMP Februari 2024. Permohonan kemasukan adalah terbuka untuk pelajar-pelajar lepasan STPM bagi program-program yang telah ditawarkan seperti di bawah:

  1. FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA DAN SUMBER ASLI
    • Kejuruteraan Kimia
    • Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum)
    • Kejuruteraan Pembuatan (Farmaseutikal)
  2. FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM DAN SUMBER ALAM
    • Kejuruteraan (Tenaga & Persekitaran)
    • Kejuruteraan (Pengurusan Infrastruktur)
    • Kejuruteraan (Bangunan)
  3. FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN KEJURUTERAAN PERISIAN
    • Sains Komputer (Kejuruteraan Perisisan)
    • Sains Komputer (Teknologi Grafik dan Multimedia)
    • Sains Komputer (Sistem Komputer dan Rangkaian)
  4. FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
    • Kejuruteraan Elektronik (Sistem Komputer)
    • Kejuruteraan (Elektrikal)
  5. FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI INDUSTRI
    • Kimia Industri
    • Teknologi Bahan
    • Bioteknologi Industri
  6. FAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATAN
    • Kejuruteraan Pembuatan
    • Kejuruteraan Mekatronik (Robotik)
    • Kejuruteraan Pembuatan (Automasi Industri)
  7. FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL
    • Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk & Analisis)
    • Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
  8. FAKULTI PENGURUSAN INDUSTRI
    • Pengurusan Projek
    • Pengurusan Teknologi Industri
    • Analitis Perniagaan
  9. Program Sarjana Muda
    • Kejuruteraan Mekatronik (Dual Ijazah : Program Kerjasama dengan Karlsruhe University Of Applied Sciences, Jerman)
    • Kejuruteraan Kimia
    • Kejuruteraan Elektrik
    • Sains Gunaan Kimia Industri
    • Sains Gunaan Teknologi Bahan
    • Sains Gunaan Bioteknlogi Industri

SEMAKAN KEPUTUSAN & PERTANYAAN

Keputusan permohonan anda boleh disemak melalui laman web rasmi UMP yang jangka dibuka pada bulan Januari / Februari 2024. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas pengumuman rasmi keputusan UMP tersebut dianggap gagal atau tidak berjaya.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk pelajar-pelajar yang ingin menyambung pengajian di UMP, anda akan mendapat beberapa kelebihan seperti hostel yang telah disediakan, sijil kompetensi pada akhir tahun pengajian dan percuma subjek pengukuhan.

Jika pemohon mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) UMP yang tertera dibawah atau melayari portal Facebook Advanced UMP yang telah disediakan di pautan di bawah:

pointPortal Facebook Advanced UMP 

pointPortal Facebook Admisson UMP 

Unit Pengambilan Pelajar Tempatan dan
Hubungan Akademik
Bahagian Pengurusan Akademik (BPA),
UMP Pekan
Universiti Malaysia Pahang,
26000 Pekan Pahang
Phone : +609-431 5060 / 6800
Fax : +609-549 2555
Web : pointhttp://bpa.ump.edu.my pointhttp://umpadvanced.ump.edu.my

Close