Permohonan UTHM Ambilan Semester 2 Sesi 2023-2024 Online

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) merupakan salah sebuah Universiti Awam (UA) di Malaysia yang memberi tumpuan kepada Teknologi dan Kejuruteraan. UTHM yang terletak secara strategik di persekitaran sub-bandar hijau di Batu Pahat, Johor. Universiti ini mengkhususkan dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan mekanikal dan pembuatan, kejuruteraan awam dan alam sekitar, pengurusan teknologi, sains komputer dan teknologi maklumat, perniagaan dan keusahawanan serta vokasional dan pendidikan teknik.

UTHM telah meletakkan Falsafah Pendidikan untuk amalan bagi pendidikan dan latihan di universitinya. Ia merupakan satu usaha berterusan untuk menjadi pemimpin dalam program akademik berorientasi pasaran. Universiti ini ada menawarkan program-program pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Doktor Falsafah, kursus jangka pendek dan program persisir.

Ini merupakan panduan kepada para pelajar bagi lepasan Diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) seperti permohonan UTHM untuk melanjutkan pengajian semester 2 atau ambilan kedua (Mac 2024) ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang akan diumumkan pada bulan November 2023.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UTHM AMBILAN KEDUA SEMESTER 2 SESI 2023-2024 SECARA ONLINE

Permohonan kemasukan kedua UTHM adalah bagi ambilan Mac 2024 serta untuk mereka yang gagal dalam permohonan UPU. Berikut adalah maklumat penting (tarikh dan cara permohonan, syarat kelayakan) berkenaan permohonan kemasukan ke UTHM ambilan Semester 2 sesi 2023-2024:

Permohonan UTHM Ambilan Kedua

TARIKH PERMOHONAN KE UTHM AMBILAN SEMESTER 2 SESI 2023/2024
BukaTutup
10 November 20233 Disember 2023

PANDUAN UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN KE UTHM AMBILAN SEMESTER 2  Sesi 2023-2024

PERMOHONAN ONLINE KE UTHM

klik siniPermohonan Online ke UTHM

Pelajar boleh melayari pautan di atas untuk membuat permohonan secara dalam talian (online).

  1. Sila pastikan pemohon mengisi maklumat yang lengkap semasa membuat permohonan.
  2.  Muatnaik salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:
    • Kad Pengenalan
    • Transkrip Akademik Diploma
    • Sijil MUET Keputusan Bahasa Melayu/Matematik Julai (Jika Ada)
    • Akreditasi MQA (pointSalinan Cetakan Akreditasi)
  3. Pastikan semua dokumen-dokumen di atas telah dimuat naik ke dalam sistem permohonan. Kegagalan pemohon berbuat demikian akan mengakibatkan permohonan anda tidak dapat diproses.

SYARAT-SYARAT AM KEMASUKAN UTHM

Berikut adalah syarat-syarat am permohonan beserta syarat tambahan kemasukan ke UTHM ambilan Semester 2 Sesi 2023-2024:

  • Pemohon memiliki STPM/ Diploma berkaitan
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian (C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah
  • Memenuhi syarat minimum program yang ditawarkan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN LAIN

Berikut dikongsikan syarat-syarat tambahan bagi program pendidikan yang telah disediakan:

  1. Permohonan ini terbuka kepada warganegara sahaja.
  2. Pelajar yang aktif di mana-mana IPT tidak layak memohon.
  3. Mendapat keputusan tahap 2 (Band 2) dalam MUET
  4. Pemohon juga tidak pernah disabit atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu untuk prosiding
  5. Syarat-syarat khas program pengajian, pemohon boleh dirujuk selanjutnya di syarat UTHM pointIklan Permohonan Kemasukan UTHM Second Intake

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE UTHM

Dibuka

Tarikh:  12 Februari 2024

Melalui portal semakan tawaran pointPortal Semakan Keputusan Pelajar
*Nota:  Bagi permohonan yang tiada menerima jawapan selepas daripada 20 Mac 2024 adalah dianggap tidak berjaya atau gagal.

PERTANYAAN

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pihak UTHM dengan maklumat-maklumat berikut:

PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja,
Batu Pahat,
Johor Darul Takzim
Phone : 07-453 7696/ 7375/ 7683/ 7687/ 7690
Fax : 07-453 6085
Email : ppa@uthm.edu.my
Waktu Operasi
Ahad – Rabu – 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis – 8.00 pagi – 3.30 petang

Close