Semakan keputusan rayuan Politeknik 2024 Premier Konvensional METrO

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Politeknik telah ditubuhkan di Malaysia sejak 1969 lagi. Penubuhannya telah diluluskan oleh kabinet Malaysia dengan bertujuan untuk melahirkan graduan mahir secara praktikal untuk bekerja dalam industri yang kritikal. Permintaan untuk melanjutkan pelajaran ke politeknik semakin meningkat. Kerajaan juga telah menambah bilangan politeknik dan menaik taraf sistem pendidikan di Politeknik.

Kementerian Pengajian Tinggi melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) telah menyediakan sistem permohonan secara talian yang dinamakan UPU Online. Ia bertujuan untuk memudahkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/setaraf untuk membuat permohonan kemasukan ke universiti awam atau politeknik.

Setiap tahun BPKP akan membuka permohonan melalui UPU Online. Berita baik untuk pemohon yang gagal mendapat tempat ketika sesi pertama dibuka, pelajar boleh membuat rayuan. Rayuan dibuka hanya untuk pelajar yang tidak dapat tempat ketika sesi pertama bermula. Untuk membuat rayuan pemohon perlu berbuat demikian di laman UPU Online.

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN POLITEKNIK KONVENSIONAL DAN METrO

Bagi memudahkan pemohon untuk membuat semakan rayuan kemasukan ke politeknik konvensional dan METrO berikut dikongsikan cara membuat semakan untuk semua.

semakan rayuan politeknik

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN e RAYUAN 2024-2025
Tarikh semakan rayuan bagi lepasan SPM:
DibukaDitutup
– (UPU)

8 Ogos 2024 (myploycc)

Tarikh semakan rayuan bagi Ijazah Sarjana Muda Politeknik (September)
DibukaDitutup
25 Ogos 2024
Tarikh semakan keputusan e rayuan akan dihebahkan oleh BPKP melalui laman sesawang rasminya atau melalui Portal Pengambilan Pelajar Politeknik.
Calon-calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran sebelum atau pada tarikh yang akan dikemaskini

CARA MEMBUAT SEMAKAN SECARA ONLINE MENGIKUT ZON (UPU)

Pautan berikut merupakan cara membuat semakan untuk politeknik premier sahaja. Pemohon boleh membuat semakan mengikut mana-mana saluran seperti dibawah:

CARA MEMBUAT SEMAKAN SECARA ONLINE (mypolycc)

Pemohon boleh melayari Portal Rasmi Pengambilan Politeknik untuk membuat semakan.

CARA MEMBUAT SEMAKAN MELALUI SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)

  1. Perkhidmatan semakan melalaui SMS tidak disediakan
  2. Politeknik Premier taip UPU (Jarak) RESULT (Jarak) No Kad Pengenalan dan sms ke 15888
  3. Politeknik Konvensional / METrO taip UPU (Jarak) TVET (Jarak) No Kad Pengenalan dan sms ke 15888

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN

Jika pemohon ada sebarang soalan yang ingin diajukan mengenai e-rayuan, pemohon boleh berbuat demikian dengan melayari pautan berikut:

Close