Semakan Keputusan Muet On Demand (MoD) 2024

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Selain ujian Malaysian University English Test (MUET) biasa seperti yang diketahui umum, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) juga ada menyediakan pilihan kedua untuk pelajar peringkat pengajian tinggi yang ingin mengambil ujian MUET iaitu MUET on Demand (MoD). Seperti namanya sendiri, MoD mempunyai kelebihan iaitu memberi kemudahan kepada pelajar memilih sesi mengikut kesesuaian waktu pelajar sendiri. Walau bagaimanapun, atas faktor tersebut, pelajar perlu mengeluarkan wang RM150 lebih bagi yuran peperiksaannya berbanding yuran RM100 yang ditawarkan bagi MUET sedia ada yang dijalankan sebanyak hanya 3 sesi setahun.

Ujian MUET on Demand sudah pun mula dijalankan sejak April 2018. MoD mempunyai format dan standard peperiksaan yang sama seperti ujian MUET biasa. Terdapat dua jenis MUET on Demand iaitu secara Computer Based Test dan juga Paper Based Test. Kebiasaannya tarikh ujian MoD akan diumumkan oleh MPM melalui laman portal rasmi MPM. Disebabkan itu, permohonan pendaftaran MoD boleh dibuat oleh pelajar yang ingin menduduki ujian MoD mengikut tarikh yang diumumkan.

Sebelum ini, calon-calon MUET perlu menunggu sehingga 2 bulan selepas tarikh peperiksaan. Namun kini, calon-calon MoD boleh memperolehi keputusan peperiksaan MoD seawal 3 minggu selepas menduduki peperiksaan. Cara mendaftar MoD adalah sama seperti pendaftaran MUET biasa. Calon juga perlu membawa bersama slip pendaftaran peperiksaan MUET ketika menghadiri peperiksaan sebagai rujukan.

Pihak MPM tidak mengadakan kelas persediaan sebelum mengambil peperiksaan MUET dan juga MoD. Oleh itu, para pelajar digalakkan untuk membuat persediaan sendiri sebelum menghadapi peperiksaan. Untuk MUET yang sedia ada, peperiksaan akan diadakan di pusat bertauliah seluruh negara termasuk sekolah-sekolah, tetapi bagi MoD, peperiksaan akan dijalankan di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Eco sky WPKL serta Pusat Peperiksaan MPM yang diumumkan.

Peluang ini memudahkan para pelajar lepasan STPM, diploma dan setaraf kerana peperiksaan MUET boleh diambil dengan lebih awal. Ini bagi membantu pelajar merancang masa depan di samping menepati syarat kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan juga Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) pilihan pelajar untuk meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana Muda. Jika terdapat pelajar yang tidak berjaya memperoleh keputusan MUET yang memuaskan, pelajar masih dibenarkan mengulangi peperiksaan MoD sehingga berpuas hati dengan keputusan yang diterima.

SEMAKAN KEPUTUSAN MUET ON DEMAND 2024 ONLINE

Tarikh keputusan rasmi bagi peperiksaan MUET on Demand akan sentiasa dikemaskini sebaik sahaja diumumkan. Berikut adalah perkongsian mengenai cara membuat semakan keputusan MoD secara atas talian (online) termasuklah aplikasi semakan serta tarikh penting berkaitan MOD Tahun 2024.

Semakan muet on demand t 1

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN MUET ON DEMAND TAHUN 2024 (MoD)
no 1JANUARIno 2FEBRUARIno 3MAC
8.2.2024/ 9.2.2024
7.3.2024/ 8.3.2024
4.4.2024/ 5.4.2024 
no 4APRILno 5MEIno 6JUN
17.5.2024
10.6.2024/ 11.6.2024
12.7.2024/ 12.7.2024
no 7JULAIno 8OGOSno 9SEPTEMBER
9.8.2024/12.8.2024
22.8.2024
27.9.2024/ 30.9.2024
no 10OKTOBER11. NOVEMBER12. DISEMBER
24.10.2024/25.10.2024
5.12.2024/6.12.2024
30.12.2024/300.12.2024
Semakan keputusan boleh dibuat mulai jam 10.00 pagi pada tarikh tersebut
PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN MUET ON DEMAND SECARA ONLINE
APLIKASI SEMAKAN M0D

klik siniSistem Semakan MUET on Demand Online
Semakan hanya boleh dilakukan secara atas talian (online) dengan melayari pautan di atas.
no 1Sila masukkan nombor kad pengenalan / Mykad tanpa simbol (-) dengan betul ke dalam ruang yang disediakan
no 2Tekan butang ‘Submit’ untuk maju ke halaman seterusnya
no 3Ikut arahan yang diberikan untuk terus membuat semakan dan keputusan akan dipaparkan
PENDAFTARAN MUET ON DEMAND
Bagi pelajar yang ingin mengambil MoD tetapi belum membuat pendaftaran peperiksaan, permohonan untuk pendaftaran boleh dilakukan di portal rasmi pendaftaran melalui pautan seperti berikut:
pointPortal Pendaftaran MUET on Demand
JADUAL WAKTU MUET ON DEMAND
Berikut adalah Jadual Waktu MUET on Demand bagi tahun 2023 yang mengandungi tarikh penting bagi setiap sesi ujian bertulis yang dapat dirujuk dan juga dimuat turun dalam bentuk pdf. Bagi tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa :
pointJadual Waktu MUET on Demand
jadual-waktu-muet-on-demand-mod-julai-2023
jadual-waktu-muet-on-demand-mod-ogos-2023
KALENDAR MUET ON DEMAND
Berikut adalah kalendar MUET on Demand bagi tahun 2024 yang mengandungi tarikh penting seperti tarikh pendaftaran, tarikh tutup pendaftaran, tarikh ujian bertulis yang dapat dirujuk dan juga dimuat turun dalam bentuk pdf:
pointKalendar MUET on Demand 2024
kalendar-muet-on-demand-2024
PERTANYAAN
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi pihak MPM dengan cara berikut:
pointPortal Rasmi MPM
Majlis Peperiksaan Malaysia
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor
Telefon : 03 6126 1600
Emel : mod@mpm.edu.my
Close