Senarai Program Pengajian UA Yang Tidak Relevan Dan Digugurkan

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Antara halatuju para pelajar lepasan SPM/STPM dan setaraf adalah melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti memasuki Universiti Awam (UA) dengan mengikuti jurusan atau program pengajian pilihan mereka. Sebab sesuatu program pengajian itu dipilih lazimnya atas beberapa faktor termasuklah pengaruh, minat dan yang paling utama peluang pekerjaan.

Namun begitu, bagaimana sekiranya sesuatu program pengajian itu tidak lagi dapat menjamin masa hadapan graduan yang memilihnya? Atau dalam erti kata lain, susah untuk mendapatkan pekerjaan sekiranya belajar dalam bidang tersebut terutamanya di Malaysia. Apakah kesannya sekiranya program-program pengajian seperti ini tidak lagi didapati sebagai relevan di UA?

Buat makluman semua, terdapat 19 buah Universiti Awam (UA) di seluruh negara yang telah menggugurkan sejumlah 38 program akademik yang pernah ditawarkan. Selain gagal menjanjikan peluang pekerjaan terbaik buat graduan selaras dengan permintaan semasa industri, program-program tersebut didapati tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa dan masa hadapan.

Program-program pengajian yang merangkumi peringkat sarjana dan sarjana muda ini digugurkan sebagai salah satu usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran serta memastikan bahawa graduan UA dapat memiliki pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan mereka seusai menamatkan pengajian. Sebelum membuat permohonan, para pelajar dinasihatkan agar merujuk Senarai Program Pengajian UA Yang Tidak Relevan Digugurkan sebagai panduan untuk menyambung pengajian di universiti.

SENARAI PROGRAM PENGAJIAN UA YANG DIMANSUHKAN KERANA TIDAK RELEVAN

Kebanyakan program pengajian akademik yang digugurkan adalah berkaitan pengajian kejuruteraan dan sains yang menjadi pilihan para pelajar cemerlang sebelum ini. Berikut dikongsikan senarai penuh program pengajian yang tidak lagi ditawarkan di UA seluruh Malaysia.

Senarai Program Pengajian UA Digugurkan

 SENARAI PROGRAM PENGAJIAN UA YANG DIGUGURKAN

Senarai program pengajian yang digugurkan adalah seperti berikut:

UNIVERSITI AWAM & PROGRAM PENGAJIAN

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

  • Sarjana Sains (Falsafah dan Ketamadunan)
  • Sarjana Sains Kaunseling

Universiti Malaysia Pahang (UMP)

  • Sarjana Kejuruteraan (Bio-Proses)
  • Sarjana Kejuruteraan (Kimia)

Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)

  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)(Kejuruteraan Fotonik)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)(Kejuruteraan Rangkaian Komputer)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)(Kejuruteraan Komunikasi)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)(Kejuruteraan Sistem Elektrik)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)(Kejuruteraan Elektronik Industri)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)(Kejuruteraan Metalurgi)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)(Kejuruteraan Rekaan Produk)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Kuasa & Pemacu) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Industri Elektronik) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Proses Pembuatan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Pembuatan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Rekaan Pembuatan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Bahan Pembuatan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Kejuruteraan Komputer) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kawalan, Peralatan dan Automasi) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Rekaan dan Inovasi) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Cecair Terma) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Loji dan Penyelenggaraan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Struktur dan Bahan) dengan Kepujian

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil Industri) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi dan Komputer) dengan Kepujian

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

  • Sarjana Ekonomi (Ekonomi Kewangan)
  • Sarjana Ekonomi (Ekonomi Perancangan dan Pembangunan)

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

  • Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian (Ekonomi Industri)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) Elektronik (Telekomunikasi)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) Elektronik (Komputer)

Universiti Malaya (UM)

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik (Reka bentuk Produk)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Bahan)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Rekaan Bantuan Komputer dan Pembuatan)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Pembuatan)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Telekomunikasi)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

  • Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Awam dan Sekitaran)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Pembuatan)

Universiti Sains Malaysia (USM)

  • Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan)(Kepujian)(Perancangan Bandar dan Wilayah)
  • Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan)(Kepujian)(Rekabentuk Dalaman)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

  • Kejuruteraan (Elektrik-Telekomunikasi)
  • Sains Komputer (Komputeran Industri)

Universiti Putra Malaysia (UPM)

  • Bacelor Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah) dengan Kepujian
  • Sarjana Pengurusan Air

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
  • Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Kepujian) Skrin
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Elektronik (Instrumentasi)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kimia dan Bioproses
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Mekanikal
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kimia dan Proses
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dalam Elektronik
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Elektrik

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

  • Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)(Kepujian)
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam-Sekolah Rendah)(Kepujian)

Universiti Utara Malaysia (UUM)

  • Sarjana Sains (Perbankan Islam)
  • Sarjana Sains (Teknokeusahawanan)

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

  • Sarjana Muda Sains (Kimia)
  • Sarjana Muda Sains (Matematik)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Komunikasi)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kuasa)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

  • Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

  • Sarjana Muda Sains Sukan (Psikologi Sukan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian

Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

  • Sarjana Muda Siberologi (Animasi dan Ludologi) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Reka Bentuk Komunikasi) dengan Kepujian

UNIVERSITI SWASTAPROGRAM PENGAJIANINTI

  • Ijazah Kejuruteraan (Kepujian) Elektrik dan Kejuruteraan Elektronik

UniSEL

  • Ijazah Kejuruteraan (Kepujian) Mekatronik
  • Ijazah Kejuruteraan (Kepujian) Elektronik

MAHSA

  • Ijazah Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Ijazah Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Elektronik Perubatan
  • Ijazah Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Mekatronik
  • Ijazah Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Komunikasi dan Elektronik

MMU

  • Ijazah Kejuruteraan (Kepujian) PengkhususanElektronik dalam Bio-Instrumentasi
  • Ijazah Kejuruteraan (Kepujian) Pengkhususan Elektronik dalam Kejuruteraan Optikal

UNMC

  • Ijazah Sarjana Kejuruteraan Komputer dan Elektronik dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Kejuruteraan Komunikasi dan Elektronik dengan Kepujian

Swinburne

  • Ijazah Kejuruteraan (Kejuruteraan Rangkaian dan Telekomunikasi)

MIU

  • Ijazah Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) dengan Kepujian
Close