Syarat kemasukan ALAM (Akademi Laut Malaysia)

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Akademi Laut Malaysia (ALAM) merupakan sebuah akademi latihan maritim Malaysia. ALAM telah melahirkan ramai graduan pegawai kadet. ALAM menawarkan pelbagai kursus untuk mempersiapkan pelajarnya dengan ilmu-ilmu pelayaran, ilmu kejuruteraan kapal dan banyak lagi. Kerjaya sebagai pegawai kadet laut ini sangat mencabar dan memerlukan banyak pengorbanan. Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan di portal rasmi ALAM.

Dengan menyertai ALAM ia merupakan salah satu hala tuju pendidikan selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menjadi salah seorang daripada graduan ALAM memberikan peluang untuk anda berlayar ke serata dunia di atas kapal syarikat perkapalan atau organisasi maritim. Gaji juga amat lumayan kerana sepanjang pelayaran anda berhak mendapat gaji tanpa cukai serta lain-lain faedah yang menarik.

ALAM terletak di Kuala Sungai Baru, Melaka membuka peluang kepada pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi pelaut untuk menyertai pelbagai kursus maritim. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pegawai dek atau jurutera kapal amat digalakkan untuk membuat permohonan kemasukan ke ALAM.

SYARAT KEMASUKAN ALAM (AKADEMI LAUT MALAYSIA)

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon sebelum membuat permohonan. Pemohon perlu menyemak dahulu semua syarat bagi memudahkan urusan. Berikut dikongsikan syarat kemasukan ke ALAM:

Syarat Kemasukan ALAM Akademi Laut Malaysia

Syarat Kemasukan Ke ALAM

Kami kongsikan kepada anda semua syarat kemasukan ke ALAM untuk program Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin. Sila semak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan:

Diploma Kejuruteraan Marin

  1. Mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya C atau kredit dalam 6 mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, subjek Matematik, Fizik atau Biologi atau Kimia atau 1 subjek lain.
  2. Pemegang ijazah, diploma, sijil asasi atau martikulasi digalakkan membuat permohonan
  3. Lelaki atau perempuan berusia tidak lebih dari 25
  4. Tidak rabun warna
  5. Sihat dari segi mental, fizikal dan medikal
  6. Ketinggian minima 158 cm dan berat 48 kg untuk calon lelaki (BMI: 18.5-24.9)
  7. Ketinggian minima 155 cm dan berat 42 kg untuk calon perempuan (BMI: 18.5-24.9)
  8. Rabun tidak melebihi 200 kuasa

Diploma Pengajian Nautika

  1. Mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya C atau kredit dalam 6 mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, subjek Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan dan salah satu subjek samada Matematik Tambahan, Kimia atau Biologi
  2. Pemegang ijazah, diploma, sijil asasi atau martikulasi digalakkan membuat permohonan
  3. Lelaki atau perempuan berusia tidak lebih dari 25 tahun
  4. Tidak rabun warna
  5. Sihat dari segi mental, fizikal dan medikal
  6. Ketinggian minima 158 cm dan berat 48 kg untuk calon lelaki (BMI: 18.5-24.9)
  7. Ketinggian minima 155 cm dan berat 42 kg untuk calon perempuan (BMI: 18.5-24.9)
  8. Tidak rabun atau penglihatan baik tanpa bantuan visual

Pertanyaan Dan Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berbuat demikian melalui cara berikut:

Akademi Laut Malaysia (ALAM)
Batu 30 Kampung Tanjung Dahan
78200, Kuala Sungai Baru
Melaka
Tel No Sekretariat : 06-3882 305/ 306/ 314
Tel Whatsapp +6017-3344 634

Close