Semakan Keputusan Kolej Komuniti 2024 Online

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Sejarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dapat dilihat sejak tahun 2000 iaitu pada 5 Julai dimana Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No 398/2225/00 daripada Menteri Pendidikan untuk menubuh serta melaksanakan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Tahun demi tahun lebih banyak Kolej Komuniti sedang dirancang pembinaannya secara berfasa di mana ianya juga telah diwar-warkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) bagi membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan objektif penubuhan Kolej Komuniti.

Penaiktarafan Kolej Komuniti dengan menyeragamkan bahagian pengurusan Kolej Komuniti kepada satu bahagian yang khusus telah dibuat untuk memastikan pelaksanaan pentadbirannya dilakukan secara efisien. Pada tanggal 15 September 2009, penaiktarafan di sektor Pengurusan Kolej Komuniti ke Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dan diketuai oleh seoarang Ketua Pengarah. Jabatan ini juga telah diperbaharui serta ditambah kepada 3 bahagian iaitu Bahagian Pembangunan Dasar dan Ko-kurikulum, Bahagian Hubungan Industri, Pengesanan Graduan dan Alumni dan Bahagian Khidmat Pengurusan.

Di Unit Kemasukan dan Rekod telah menyediakan Garis Panduan Kemasukan Pelajar dan menguruskan Jawatankuasa Teknikal Pemilihan Pelajar. Selain itu, proses pemilihan pelajar, tawaran dan tawaran susulan dan rayuan kemasukan pelajar dan penyelarasan Norma Ambilan turut dilaksanakan oleh unit ini. Menyelia serta membuat kawalan bagi sistem permohonan, penawaran dan pendaftaran pelajar menggunakan aplikasi e-borang, e-pengambilan, e-pelajar dan e-testimoni juga dikendalikan unit ini.

SEMAKAN TAWARAN KEPUTUSAN KE KOLEJ KOMUNITI 2024 ONLINE

Bagi memudahkan permohon untuk membuat semakan tawaran keputusan serta rayuan bagi lepasan SPM/Setaraf untuk kemasukan ke Kolej Komuniti 2024/2025, status semakan boleh di semak melalui maklumat berikut:

Kolej Komunititi

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SESI 2024/2025
Keputusan Tawaran
1 Julai 2024
Permohonan Rayuan
1 Julai 2024
Tempoh Terima/Tolak Tawaran
akan dikemaskini
Pendaftaran Pelajar
28 Julai 2024
Ambilan II 2024/2025
akan dikemaskini
point: Pautan Semakan Portal Pengambilan Pelajar Politeknik Dan Kolej Komuniti
Nota: Tarikh semakan akan dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai semakan ini kepada @Politeknik dan Kolej Komuniti HQ dengan melayari laman web dan hubungi terus kepada mereka seperti berikut:
pointLaman Web mypolycc
Talian 03-88919000 (waktu pejabat 8.00 pagi – 5.00 petang)
Close