Kelebihan TVET Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Panduan buat para pelajar  lepasan SPM/ Setaraf yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Tahukah anda, selain menyambung pelajaran ke Universiti Awam (UA), anda ada pelbagai pilihan lain. Antaranya ialah bidang TVET Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional. Jadi apakah kelebihan TVET?

Buat Makluman semua, Pengajian kejuruteraan yang telah bertapak di Universiti berbeza dengan TVET. TVET lebih merangkumi pengetahuan dan kemahiran teknikal. Ia juga terbahagi kepada banyak peringkat pengajian. Antaranya ialah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM tahap 1,2,3), Diploma Kemahiran dan Ijazah Teknologi Kejuruteraan (B. Tech).

Manakala bidang kejuruteraan (bidang sains kejuruteraan) adalah lebih menjurus ke arah pengetahuan teori dan akademik. Hasil dari kursusnya juga berbeza. Sebagai contoh, bidang kejuruteraan teknikal di dalam TVET dapat melahirkan graduan yang lebih berkebolehan untuk mengendali mesin atau peralatan teknologi terkini.

Kini, terdapat lebih kurang 1300 institusi TVET yang diuruskan oleh pihak kerajaan dan pihak swasta. Ia menawarkan pel­bagai jenis kursus kemahiran yang selari dengan kehendak industri.

Kelebihan TVET Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional : Pilihan Terbaik Buat Pelajar

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Kelebihan TVET Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional buat rujukan semua:

UPU Fcon e1528140306113
Kelebihan TVET Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional
KELEBIHAN TVET (PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL)
1Mereka yang tergolong dalam bidang TVET kebiasaannya gemar mencuba sesuatu yang baharu seperti bertukang dan menggunakan peralatan mesin.
2TVET dapat meningkatkan kemahiran diri dan memupuk keinginan untuk pembaharuan. Ini kerana melalui eksperimen, mereka dapat melihat keupayaan sesuatu produk itu secara dekat.
3Menceburi bidang TVET melatih diri untuk berdikari dalam melakukan sesuatu perkara. Pelbagai ilmu kemahiran dimiliki turut mendorong golongan ini untuk menceburi bidang keusahawanan.
4Bidang TVET bukan sahaja mampu melahirkan bilangan pekerja mahir dan terlatih, malah berupaya mencipta pekerjaan sendiri berbekalkan kemahiran yang dimiliki.
5Setiap program yang ditawarkan direka khusus untuk memenuhi permintaan kerjaya masa ini.
6Cara belajar TVET tidak membosankan, malah mendedahkan penggunaan teknologi dengan meluas sewaktu kuliah.
7Penempatan latihan indurstri yang diikuti pelajar pada semester akhir akan mendedahkan mereka dengan situasi pekerjaan sebenar. Selain itu ia dapat membina keyakinan diri dan mampu menyesuaikan diri apabila memasuki alam pekerjaan.

Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Kelebihan TVET Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional ini dapat memeberi manfaat dan menjadi rujukan yang berguna buat semua. Selamat menyambung pengajian ke bidang yang anda minati!

Close