UPU Top

Share this post:

Permohonan Kemasukan ke UMK Ambilan Kedua (Februari 2019)

21:38 UPU.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 18 November 2018 jam 09:38 PM oleh UPU.editor

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah ditubuhkan menerusi Rancangan Malaysia ke-9 dalam usaha membentuk pembangunan modal insan yang berkualiti di sektor pengajian tinggi. Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun 2006 telah meluluskan penubuhan UMK dan kemasukan pertama para pelajar adalah pada bulan Jun 2007.

Falsafah kurikulum di UMK berpandukan pada keusahawanan dan pendidikan perusahaan yang diterapkan dalam setiap program pengajian. Selaras itu slogan yang digunapakai ialah “Keusahawanan adalah Teras Kami” dan “Universiti Keusahawanan” menjadi tunjang untuk mempromosikan falsafah di UMK. Kursus pengajian untuk jangka masa pendek dan semester biasa dikategorikan dalam tiga bidang kajian, iaitu Keusahawanan dan Perniagaan, Teknologi dan Warisan Kreatif dan juga Industri Asas dan Sains Bumi

Permohonan ke UMK Ambilan Februari 2019 ini bakal dibuka pada 1 Disember 2018 akan datang. Ianya dibuka kepada pelajar lepasan diploma/ setaraf yang berminat serta berkelayakan dan telah menamatkan pengajian. Pemohon perlu mengisi borang permohonan secara manual dan boleh memuat turun borang di dalam laman web yang telah disediakan. Universiti Malaysia Kelantan merupakan salah satu universiti yang menawarkan pengambilan kedua oleh Universiti Awam (UA) di Malaysia untuk Program Ijazah Sarjana Muda.

PERMOHONAN UMK AMBILAN KEDUA FEBRUARI 2019 ONLINE (SECOND INTAKE)

Berikut adalah maklumat penting (tarikh dan cara permohonan, syarat kelayakan) berkenaan permohonan kemasukan ke UMK ambilan kedua Februari 2019:

UPU Fcon e1528140306113
UMK Ambilan ke2
TARIKH PERMOHONAN KE UMK AMBILAN KEDUA 2019
BukaTutup
1 Disember 2018
31 Disember 2018
Syarat Am: Terbuka kepada pelajar lepasan diploma atau setaraf yang telah menamatkan pengajian.
BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN UMK FEBRUARI 2019

Pemohon perlu mengisi borang permohonan secara manual yang boleh dimuat turun di pautan di bawah:

Perlu diingatkan juga bahawa borang permohonan untuk tahun 2019 pula akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Borang permohonan UMK yang telah lengkap di isi hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen lengkap seperti berikut:
no 1Kad Pengenalan Pemohon.
no 2Kad Pengenalan Ibu dan Bapa.
no 3Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.
no 4Sijil dan Transkrip Diploma, Sijil Pelajaran Malaysia, Slip Keputusan MUET/ Setaraf Sijil-sijil Ko-Korikulum yang berkaitan.
pointPeringatan: Pastikan kesemua dokumen-dokumen di atas telah pun disahkan dan tarikh tutup penghantaran dokumen adalah sebelum atau selewat-lewatnya 31 Disember 2018.
SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN KE UMK
Sebelum membuat permohonan, sila pastikan pemohon telah terlebih dahulu mengenal pasti senarai program-program yang ditawarkan dan memenuhi syarat-syarat kelayakan am atau khas bagi program pilihan yang telah ditetapkan.
PROGRAM PENGAJIAN UMK YANG DITAWARKAN BAGI KEMASUKAN FEBRUARI 2019
FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN (PROGRAM TEMUDUGA)**
tick iconSARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM) DENGAN KEPUJIAN
tick iconSARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (PERUNCITAN) DENGAN KEPUJIAN
tick iconKEUSAHAWANAN (PERDAGANGAN) DENGAN KEPUJIAN
tick icon SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (LOGISTIK & PERNIAGAAN PENGEDARAN) DENGAN KEPUJIAN
tick iconSARJANA MUDA KEUSAHAWANAN DENGAN KEPUJIAN** 
FAKULTI HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN KESEJAHTERAAN
tick iconSARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (HOSPITALITI) DENGAN KEPUJIAN
tick iconKEUSAHAWANAN (PELANCONGAN) DENGAN KEPUJIAN
tick iconSARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (KEUSAHAWANAN KESIHATAN) DENGAN KEPUJIAN
FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN
tick iconSARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF DENGAN KEPUJIAN
tick iconSARJANA MUDA PENGAJIAN WARISAN DENGAN KEPUJIAN
FAKULTI PERUBATAN VETERINAR )PROGRAM TEMUDUGA)
tick iconDOKTOR PERUBATAN VETERINAR
FAKULTI INDUSTRI ASAS TANI
tick iconSARJANA MUDA SAINS GUNAAN (SAINS PETERNAKAN) DENGAN KEPUJIAN
tick iconSARJANA MUDA SAINS GUNAAN (TEKNOLOGI PEMBANGUNAN PRODUK) DENGAN KEPUJIAN
tick iconSAINS GUNAAN (AGROTEKNOLOGI) DENGAN KEPUJIAN
tick icon SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (JAMINAN MAKANAN) DENGAN KEPUJIAN
FAKULTI SAINS BUMI
tick iconSARJANA MUDA SAINS GUNAAN (GEOSAINS) DENGAN KEPUJIAN
tick iconSAINS GUNAAN (SAINS KELESTARIAN) DENGAN KEPUJIAN
tick iconSARJANA MUDA SAINS GUNAAN (SAINS SUMBER ASLI) DENGAN KEPUJIAN
FAKULTI BIOKEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI
tick iconSARJANA MUDA SAINS GUNAAN (TEKNOLOGI BIOINDUSTRI) DENGAN KEPUJIAN
tick iconSAINS GUNAAN (TEKNOLOGI BAHAN) DENGAN KEPUJIAN
tick iconSARJANA MUDA SAINS GUNAAN (TEKNOLOGI SUMBER HUTAN) DENGAN KEPUJIAN
CARA MENGHANTAR PERMOHONAN KEMASUKAN KE UMK
Terdapat dua cara untuk menghantar borang permohonan kemasukan ke UMK oleh pemohon iaitu:
no 1Melalui e-mail ke alamat berikut:
no 2Melalui penghantaran pos ke alamat berikut:
Bahagian Pentadbiran Akademik Universiti Malaysia Kelantan
Kampus Bachok,
Beg Berkunci No. 01 16300
Bachok Kelantan
PERTANYAAN
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, boleh berbuat demikian dengan menghubungi maklumat yang tertera dibawah atau melayari portal rasmi UMK yang disediakan di pautan di bawah:
Bahagian Pentadbiran Akademik Universiti Malaysia Kelantan
Kampus Bachok,
Beg Berkunci No. 01 16300
Bachok Kelantan
Phone : 09-7797023 / 7010 / 7027
Fax : 09-7797002
E-mail : [email protected]