Senarai universiti awam dan politeknik premier

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Pendidikan merupakan isu penting dalam melahirkan belia yang mempunyai daya intelektual yang tinggi. Kerajaan Malaysia telah melakukan pelbagai cara demi menambah baik sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Antara usaha yang giat dijalankan adalah dengan membina lebih banyak universiti awam dan menambah baik sistem sedia ada dalam silibus di universiti awam dalam negara.

Dengan adanya banyak universiti awam, maka makin luaslah pintu untuk anak-anak muda kita menimba ilmu di peringkat yang lebih tinggi.

Kerajaan juga telah memperbanyakkan lagi pilihan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dengan mewujudkan Politeknik Premier. Poli Premier merupakan salah satu pusat pengajian tinggi yang menawarkan pelbagai kursus bermula dari diploma hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Politeknik Premier boleh dikatakan setanding dengan universiti awam yang lain. Ia menerima pelajar yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak mendapat tempat melanjutkan pengajian ke universiti awam.

Kita semua sedia maklum bahawa pendidikan amat penting dan merupakan salah satu aspek untuk memajukan diri. Oleh itu, pemilihan universiti dan kursus pengajian amat penting. Pelajar dinasihatkan membuat kajian yang terperinci bagi memastikan universiti yang kita pilih sesuai dengan kita. Selain itu, pelajar juga harus membuat kajian tentang kursus yang hendak dipilih. Pastikan anda mempunyai minat dalam bidang yang ingin diceburi bagi mengelakkan masalah dikemudian hari.

SENARAI UNIVERSITI AWAM DAN POLITEKNIK PREMIER DI MALAYSIA TERKINI

Pelajar mempunyai pilihan universiti mana yang ingin disertai mereka. Universiti awam dalam negara kita juga tidak kurang hebatnya jika hendak dibandingkan dengan universiti luar negara. Oleh itu, kami kongsikan kepada anda senarai universiti awam dan politeknik premier berserta info-info penting tentang institusi tersebut seperti jadual di bawah.

Senarai universiti awam dan politeknik premier

SENARAI UNIVERSITI AWAM DI MALAYSIA
NAMA UNIVERSITITEL & ALAMATLAMAN RASMI
Universiti Malaya (UM)Jalan Universiti, 50603 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
03 2246 3633
klik sini
Universiti Putra Malaysia (UPM)Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor
1800 22 5587
klik sini
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)P.O. Box 10, 50728 Kuala Lumpur
03 6196 4000
klik sini
Universiti Utara Malaysia (UUM)41-3, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
03 2610 3000
klik sini
Universiti Malaysia Sabah (UMS)Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah
088 320000 / 320474
klik sini
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor
07 453 7000
klik sini
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)T145, 21300 Kuala Terengganu, Terengganuklik sini
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
09 668 8888
klik sini
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)Rumah Universiti, Universiti Malaysia Perlis, Kampus Kubang Gajah, 02600 Arau, Perlis
04 979 8008
klik sini
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
03 9051 3400
klik sini
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor
03 8921 5555
klik sini
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Sultan Ibrahim Chancellery Building, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor Bahru, Johor
07 553 3333
klik sini
Universiti Teknologi MARA (UiTM)Universiti Teknologi MARA (UiTM) 40450 Shah Alam, Selangor
03 5544 2000
klik sini
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak
05 450 6000
klik sini
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)Jalan Datuk Mohammad Musa, 94300 Kota Samarahan, Sarawak
0 82 58 1097
klik sini
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)Jalan Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka
06 270 1000
klik sini
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
06 798 8000
klik sini
Universiti Malaysia Pahang (UMP)Universiti Malaysia Pahang, 26600 Pekan, Pahang
09 424 5000
klik sini
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)Karung Berkunci 36, Taman Bendahara, 16100 Pengkalan Chepa, Kelantan
09 771 7000
klik sini
Universiti Sains Malaysia (USM)Level 1, Building E42, Chancellory II Universiti Sains Malaysia 11800 USM Penang
04 653 3888
klik sini
SENARAI POLITEKNIK PREMIER
KAMPUS TEL & ALAMATLAMAN RASMI
Politeknik Ungku Omar (PUO)Jalan Raja Musa Mahadi, Politeknik Ungku Omar, 31400 Ipoh, Negeri Perak
05 545 7656
klik sini
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)Persiaran Usahawan, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor
03 5163 4000
klik sini
Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)Jalan Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor
07 2612488
klik sini
Close