Permohonan UTM Second Intake Sesi Februari 2024

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah membuka permohonan untuk ambilan kedua sesi Februari 2024. Ini adalah berita baik untuk pelajar, terutama yang ingin menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan dan teknologi kerana UTM ialah antara universiti terbaik di Malaysia dalam bidang tersebut. Selain itu, terdapat juga beberapa universiti awam lain yang telah membuka ambilan kedua untuk kemasukan Februari 2024.

Walau bagaimanapun, kursus pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan oleh pihak UTM untuk ambilan kedua adalah terhad, tidak seperti yang ditawarkan untuk ambilan pertama. Namun begitu, diharap pelajar tidak melepaskan peluang keemasan ini kerana selain program Ijazah Sarjana Muda, UTM juga membuka permohonan untuk program MARA-Japan Industrial Institute (MJII).

Berdasarkan tarikh tahun lepas, permohonan ambilan kedua yang dilakukan atas talian (online application) ini dijangka dibuka pada bulan November 2023.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UTM AMBILAN KEDUA 2024

Berikut dikongsikan info penting berkaitan permohonan kemasukan ke UTM ambilan kedua 2024 seperti tarikh dan panduan permohonan, senarai program yang ditawarkan dan juga cara semakan keputusan permohonan :

UTM Ambilan Kedua

TARIKH PERMOHONAN KE UTM AMBILAN KEDUA 2024
BukaTutup
1 November 202331 Disember 2023

PANDUAN MEMBUAT PERMOHONAN KE UTM AMBILAN KEDUA 2024

PERMOHONAN ONLINE AMBILAN KEDUA UTM

klik siniPermohonan Online ke UTM

Pelajar boleh melayari pautan di atas untuk membuat permohonan yang hanya boleh dilakukan secara atas talian (online).

  1. Pelajar mestilah mempunyai akaun sebelum membuat permohonan online
  2. Bagi pengguna yang sudah mempunyai akaun, sila tekan butang ‘log masuk’ (log in) dan kemudian masukkan email dan kata laluan anda
  3. Untuk pengguna baru, anda perlu membuat akaun terlebih dahulu dengan menekan butang ‘buat akaun’ (create account) dan ikuti langkah seterusnya
  4. Tiada pembelian no pin diperlukan untuk ambilan kedua Februari 2024

SENARAI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA YANG DITAWARKAN

Senarai program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan untuk ambilan kedua Februari 2021 adalah seperti berikut. Senarai bagi tahun 2024 akan dikemaskini.

Senarai Program Degree UTM Feb 2020

Senarai Program Degree UTM Feb 2020 2

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
BukaTutup
belum proses belum proses 

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan anda boleh ajukan kepada pihak UTM melalui:

pointPortal Rasmi UTM

Office of Corporate Affairs,
Sultan Ibrahim Chancellery Building,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
Tel: +607-553 3333 / +6019-7510185
Email: corporate@utm.my

pointBahagian Kemasukan Pelajar ke UTM

Unit Pengambilan Pra-Siswazah,
Bahagian Rekrutmen dan Kemasukan Mahasiswa (SRAD),
Aras 2, Blok F54,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
Johor Bahru.
Tel: 07-553 7809 / 7573 / 7632
Email: admission@utm.my

Close