Semakan Keputusan Tawaran ILJTM 2024 Online (ILP, ADTEC & JMTI)

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) adalah sebuah pusat latihan yang menyediakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian di negara ini. Bagi yang telah membuat permohonan kemasukan ke ILJTM untuk sesi 1 2024, semakan keputusan telah pun dibuka buat calon lepasan SPM/ SKM/ ST. Semakan keputusan ini melibatkan tawaran kemasukan ke Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan juga Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI).

Untuk pengetahuan umum, buat masa ini terdapat 32 buah ILJTM di bawah pantauan JTM yang terdiri daripada lapan buah ADTEC, 23 buah ILP dan satu JMTI. Kursus kemahiran secara sepenuh masa dan jangka pendek turut ditawarkan oleh ILJTM kepada semua pemohon yang berkelulusan SPM/ SKM/ ST. Permohonan untuk kemasukan ke ILJTM selalunya dibuka sebanyak dua kali setahun iaitu untuk sesi Januari dan Julai. Permohonan ke sesi Januari boleh dibuat melalui Portal Rasmi JTM manakala untuk sesi Julai boleh dibuat melalui laman rasmi UPUOnline.

Bagi pemohon yang telah berjaya dalam permohonannya, bolehlah mencetak sendiri surat tawaran dan jawab maklum balas tawaran secara online sebelum tarikh tutup. Pelajar digalakkan untuk mengambil manfaat daripada kemudahan yang disediakan secara atas talian ini agar dapat memudahkan urusan pendaftaran nanti. Melalui perkongsian maklumat ini, semakan keputusan tawaran kemasukan ke ILJTM online dapat dilakukan di pautan laman web yang disediakan.

SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN KEMASUKAN KE ILJTM 2024 ONLINE ADTEC, JMTI DAN ILP

Berikut adalah perkongsian maklumat mengenai semakan secara atas talian (online) untuk permohonan kemasukan ILJTM. Pemohon digalakkan untuk mematuhi arahan yang tertera agar tidak tertinggal langkah-langkah yang penting.

Semakan ILJTM

TARIKH SEMAKAN PERMOHONAN ILJTM SESI 2/2024
BukaTutup
26 Jun 20245 Julai 2024
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN ILJTM ONLINE

APLIKASI SEMAKAN ILJTM ONLINE

klik siniPortal Rasmi JTM
Sila pastikan anda memasukkan nombor kad pengenalan /Mykad yang betul dan seterusnya klik pada Butang Semakan.
TARIKH PENTING PERMOHONAN DAN SEMAKAN ILJTM SESI 2/2024
Berikut adalah tarikh-tarikh penting untuk semakan keputusan tawaran ke ILJTM bagi sesi 2/2024 sebagai rujukan:
TarikhPerkara
4 Mac 2024Sistem Permohonan Online Dibuka
14 Mei 2024Sistem Permohonan Online Ditutup
15 Mei 2024Semakan Panggilan Temuduga (kursus bertanda # sahaja)
20 – 24 Mei 2024Sesi Temuduga (kursus yang bertanda #)
26 Jun 2024Hebahan Keputusan Permohonan
5 Julai 2024Tarikh Akhir Maklum Balas Setuju Menerima Tawaran
belum prosesTempoh rayuan melalui portal ILJTM
belum prosesTarikh Semak Surat Tawaran
22 Julai 2024Pendaftaran Bagi Pelajar Baru.
TARIKH PENTING PERMOHONAN DAN SEMAKAN ILJTM SESI 1/2024
Berikut adalah tarikh-tarkh penting untuk permohonan dan semakan keputusan tawaran ke ILJTM bagi sesi 1/2024.
TarikhPerkara
25 Oktober 2023Sistem Permohonan JTM Dibuka
24 November 2023Sistem Permohonan JTM Ditutup
belum prosesSistem Permohonan UPUSkills (Lepasan SKM/ST) Ditutup
30 November – 4 Disember 2023Semakan Panggilan Temuduga (untuk kursus yang mempunyai tanda # bagi lepasan SPM dan SKM /ST)
5 – 6 Disember 2023Sesi Temuduga (untuk kursus yang mempunyai tanda # bagi lepasan SPM dan SKM / ST)
20 Disember 2023Hebahan Keputusan Permohonan ILJTM (jam 2.00 ptg)
20 Disember 2023 – 3 Januari 2024Tarikh Cetak Surat Tawaran
3 Januari 2024Tarikh Akhir Maklum Balas Tawaran
belum prosesTempoh Rayuan Kemasukan (bagi terus ke ILJTM)
29 Januari 2024Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 1 2024
Info ButtonSemua makluman berkaitan temuduga dan keputusan permohonan ILP, JMTI dan ADTEC perlu disemak di laman sesawang JTM sahaja. Tempoh rayuan kemasukan terus ke ILJTM adalah tertakluk pada kekosongan tempat. Tiada surat menyurat secara manual dikeluarkan.
iklan ILJTM

MAKLUMAT PERMOHONAN KEMASUKAN KE ILP, ADTEC, JMTI

Perlu diingatkan juga bahawa jika terdapat pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi ILJTM, berikut adalah perkongsian maklumat berkaitan permohonan kemasukan:

  1. Permohonan secara online dibuka sebanyak dua kali setahun bagi sesi 1 dan sesi 2.
  2. Bagi permohonan kemasukan sesi 2/2023 adalah menerusi Laman Sesawang JTM di : www.jtm.gov.my/online bagi lepasan SPM dan SKM/ST
  3. Bagi sesi Julai adalah melalui:
    UPUOnline : Permohonan UPUOnline di pautan http://upu.moe.gov.my/web/
    UPUskills : melalui pautan https://online.moe.gov.my/upu/skills/

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan cara berikut:

pointPortal Rasmi JTM
Jabatan Tenaga Manusia
Aras 6, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya, Malaysia
Telefon: +60 3 88865555
Fax : +60 3 88892417
e-mel : jtm@mohr.gov.my

Close