Permohonan UiTM online.uitm.edu.my (Ambilan Sesi 2 2023-2024)

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Pengumuman penting kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dan lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi dalam kursus diploma mahupun sarjana muda. Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah membuka permohonan sesi 1 2023 / 2024 ke UiTM untuk kemasukan ambilan September 2023. Ambilan sesi 2 2023 / 2024 pula akan dibuka sekitar bulan Ogos untuk lepasan SPM (Program Diploma) dan pada bulan Oktober untuk Program Ijazah Sarjana Muda (lepasan STPM/ setaraf).

UiTM merupakan salah satu daripada Universiti Awam (UA) di Malaysia. Ianya adalah satu satunya universiti di Malaysia yang memiliki kampus di setiap negeri dalam Malaysia termasuklah di Sabah dan Sarawak. Kewujudan UiTM di hampir seluruh Malaysia memberi peluang kepada lebih ramai Bumiputera sekitar Malaysia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

Berbeza dengan universiti awam lain, UiTM turut menyediakan program pra-diploma di mana ianya memberi ruang kepada golongan yang mendapat keputusan kurang baik dalam SPM dan tidak layak untuk menyambung ke pengajian diploma. Justeru melalui pra diploma mereka boleh diserap ke pengajian diploma UiTM sekiranya melepasi kriteria kelayakan. Dalam masa yang sama, UiTM turut menyediakan pengajian kursus diploma, ijazah sarjana muda, profesional dan juga pascasiswazah.

Bagi mereka yang berminat untuk menyambung pengajian di UiTM, permohonan akan dibuka beberapa kali setahun untuk pengambilan sesi Januari dan September setiap tahun. Terdapat juga ambilan khas bagi program tertentu yang akan diumumkan oleh Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian menerusi aplikasi sistem UPUOnline ataupun terus melalui laman rasmi permohonan online UiTM bergantung kepada kemasukan tersebut.

PERMOHONAN UiTM SESI 2 2023-2024 SECARA ONLINE

Berikut adalah panduan untuk membuat permohonan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) secara online termasuklah syarat kemasukan dan tarikh penting permohonan.

Permohonan UiTM Online

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UiTM SESI 2 2023/2024 LEPASAN STPM

TARIKH PERMOHONAN UiTM SESI 2 2023/2024 LEPASAN STPM
BukaTutup
30 Oktober 20233 Disember 2023

APLIKASI PERMOHONAN UiTM Sesi 2

klik siniPermohonan Online UiTM Sesi 2 2023/2024

Permohonan terus menerusi aplikasi UiTM ini hanya terbuka bagi pelajar lepasan (kursus yang ditawarkan) seperti berikut:

  • 157 Program – Sarjana Muda UiTM (Untuk lepasan STPM, Matrikulasi, STAM, Asasi UiTM, Asasi Sains UM, Asasi UKM, Diploma UiTM, KKB UiTM, Diploma IPT Lain)
  • 157 Program – Penerapan Sarjana Muda UiTM (Bagi semester akhir Diploma UiTM/ KKB UiTM ke Sarjana Muda UiTM dan Semester akhir Asasi Undang-Undang UiTM (P1005) ke Sarjana Muda UiTM.
  • 3 Program Profesional – AC151, AC551, AM550
  • Iklan Rasmi Kemasukan UiTMiklan-permohonan-uitm-sesi-2-2023-2024-lepasan-stpm-setaraf

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UiTM SESI 2 2023/2024 LEPASAN SPM

TARIKH PERMOHONAN UiTM SESI 2 2023/2024 LEPASAN SPM
BukaTutup
28 Ogos 202330 Oktober 2023

APLIKASI PERMOHONAN UiTM Sesi 2

klik siniPermohonan Online UiTM Sesi 2 2023/2024

Permohonan terus menerusi aplikasi UiTM ini hanya terbuka bagi pelajar lepasan (kursus yang ditawarkan) seperti berikut:

  • Asasi Undang-Undang UiTM : Pelajar lepasan SPM tahun 2022
  • Diploma – 74 program : Pelajar lepasan SPM/ setaraf, program-program diploma dibawah fakulti sains kesihatan dan fakulti farmasi tidak ditawarkan bagi ambilan sesi 2
  • Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina (CFAP243) : Pelajar lepasan SPM/ setaraf
  • Iklan Rasmi Kemasukan UiTM iklan-permohonan-uitm-sesi-2-2023-2024

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UiTM SESI 1 2022/2023

TARIKH PERMOHONAN UiTM SESI 1 2022/2023 AMBILAN SEPTEMBER
BukaTutup
14 Mac 202215 April 2022
TARIKH PERMOHONAN UiTM SESI 1 2022/2023 AMBILAN SEPTEMBER (DIPLOMA)
BukaTutup
4 April 20221 Mei 2022

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UiTM SESI 1 2022/2023

APLIKASI PERMOHONAN UiTM (SEPTEMBER 2022)

Permohonan Online UiTM Sesi 1 2022/2023

Permohonan terus menerusi aplikasi UiTM ini hanya terbuka bagi pelajar lepasan (kursus yang ditawarkan) seperti berikut:

  • Lepasan Pra Diploma UiTM ke Diploma UiTM :  (74 Program Diploma)
  • Lepasan Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM / KKB UiTM dan Lepasan Asasi Undang-Undang UiTM (P1005) : (155 Program Sarjana Muda)
  • Lepasan Diploma UiTM : (Program MBBS240/PH240/DS240)
    – Diploma Teknologi Makmal Perubatan UiTM
    – Diploma Mikrobiologi UiTM
    – Diploma Sains UiTM
    – Diploma Farmasi UiTM
  • Bagi pengajian program profesional rujuk : online.uitm.edu.my
  • Iklan Rasmi Kemasukan Ke UiTMpermohonan uitm sesi 1 2022 2023 apermohonan uitm sesi 1 2022 2023 b

    CARA MEMBUAT PERMOHONAN KE UiTM SESI 1 2022/2023

Berikut adalah cara membuat permohonan ke UiTM ambilan September 2022:

  • Pemohon dikehendaki membeli No Pin di Bank Simpanan Nasional BSN mengikut katergori rujuk pautan:
  • Kategori No Pin BSN
  • Layari pautan permohonan online seperti di atas dan pilih kategori permohonan
  • Ikuti langkah selanjutnya sehingga selesai permohonan

SYARAT KEMASUKAN PERMOHONAN KE UiTM

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan ke UiTM ambilan September 2022:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun  ketika tarikh permohonan ditutup
  2. Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli Semenanjung sahaja.
  3. Pemohon memenuhi kelayakan minima untuk program yang dipohon.
  4. Pemohon tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.
  5. Pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar Diploma UiTM

PERMOHONAN UPUonline

Bagi permohonan kemasukan ke UiTM sesi 1 2022/2023 selain daripada kategori yang dinyatakan di sesi 1  boleh dibuat melalui UPUOnline. Panduan permohonan boleh dirujuk di pautan berikut :-

UPUonline

UiTM juga ada membuka permohonan kemasukan ke UiTM ambilan kedua buat pelajar yang gagal dalam permohonan UPU. Maklumat akan dikemaskini dari masa kesemasa.

PERTANYAAN & MAKLUMAT

Sekiranya anda terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh berbuat demikian dengan melayari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) ataupun dengan menghubungi pegawai yang tertera dibawah untuk mendapatkan jawapan:

Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Bangunan Inovasi
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.
Unit Diploma & Profesional No Tel: 03-5544 3194/ 3196/ 8067
Unit Sarjana Muda : 03-5544 3195/ 3198/ 2777/ 2798

Close