UPU Top

Share this post:

Sinopsis Diploma Kejuruteraan Awam Dan Prospek Kerjaya

13:57 UPU.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 17 Februari 2019 jam 05:20 PM oleh UPU.editor

Kejuruteraan merupakan satu bidang kerjaya yang sangat popular dalam kalangan masyarakat kita. Rata-rata pelajar apabila ditanya tentang cita-cita akan menjawab ingin menjadi jurutera. Jurutera mengaplikasikan ilmu sains dan teknologi dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam bidang pekerjaan mereka. Bidang profesional ini memerlukan kemahiran berfikir yang cepat dan tepat dalam membuat sesuatu keputusan. Tanggungjawab sebagai seorang jurutera juga sangat besar kerana mereka memainkan peranan penting dalam sesuatu projek.

Terdapat pelbagai jenis jurutera yang boleh kita lihat pada masa kini. Jurutera merupakan satu bidang yang sangat luas dan sangat diperlukan dalam mana-mana sektor industri kini. Ini menunjukkan kerjaya sebagai jurutera mempunyai peluang pekerjaan yang banyak. Antara industri yang memerlukan jurutera adalah industri pembuatan, pembinaan, perkilangan, minyak dan gas dan banyak lagi.

Untuk menjadi seorang jurutera anda perlu melalui beberapa peringkat pengajian. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anda boleh memilih kerjaya yang anda inginkan. Kebiasaanya selepas SPM pelajar akan melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau terus ke Program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti awam mahupun swasta. Jika anda berminat untuk menjadi jurutera sila pilih institusi yang menawarkan bidang kejuruteraan yang anda minat.

SINOPSIS DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM DAN PROSPEK KERJAYA

Salah satu bidang dalam kejuruteraan adalah kejuruteraan awam. Sebagai permulaan anda perlu mengikuti pengajian di peringkat diploma di universiti yang menawarkan program ini. Berikut dikongsikan sinopsis diploma kejuruteraan awam dan prospek kerjaya sebagai jurutera awam:

 UPU Fcon e1528140306113
sinopsis diploma kejruteraan awam dan prospek kerjaya
SINOPSIS DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
no 1Program ini direkabentuk untuk mempersiapkan pelajar dengan ilmu teoritikal, kemahiran teknikal dan melatih pelajar untuk berfikir seperti seorang jurutera awam.
no 2Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilakukan di dalam kampus dan di luar kampus seperti di tapak bina yang meliputi skop kerja sebagai jurutera awam. Pelajar akan didedahkan dengan penggunaan bahan dan teknologi pembinaan, reka bentuk struktur dan kaedah binaan, undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan, kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta penjagaan alam sekitar.
no 3Pelajar didedahkan dengan kemahiran yang diperlukan sebagai seorang jurutera seperti kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar. Aspek komunikasi amat penting sebagai jurutera kerana ia merupakan satu kerjaya yang mementingkan semangat berpasukan dalam menjayakan sesuatu projek.
no 4Pelajar perlu menamatkan latihan industri selama enam bulan (bergantung kepada universiti) sebelum menamatkan pengajian.
PROSPEK KERJAYA KEJURUTERAAN AWAM
Berikut merupakan prospek atau kerjaya yang pelajar jurusan diploma kejuruteraan awam boleh ceburi setelah tamat pengajian:
no 1Penolong Jurutera
no 2Penyelia Tapak
no 3Kerani Kerja Tapak
no 4Pembantu Penyelidik
no 5Kontraktor Pembinaan
no 6Pembekal Bahan Binaan
no 7Pegawai Kesihatan dan KeselamatanPembantu Teknik
no 8Penyelaras Bahan Binaan
no 9Pembantu Teknik
CONTOH  SILIBUS DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
Berikut merupakan contoh silibus yang disenaraikan di UiTM Kampus Permatang Pauh. Silibus di setiap universiti adalah berbeza namun boleh dijadikan rujukan pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan diploma kejuruteraan awam.
SEMESTER 1
Integrated Language Skills : ListeningBasic Chemistry
 Fundamentals of IslamNational Kesatria 1
Calculus 1Fundamenta Physics 1
Introduction to Civil Engineering
SEMESTER 2
 Intergrated Language Skills : ReadingFundamentals of Physics II
 Islamic Thought and CivilizationCalculus for Engineers
 National Kesatria IIFundamentals of Computer Problem Solving
 Fundamentals of Entrepreneurship
SEMESTER 3
Intergrated Language Skills : WritingBasic Solid Mechancis
Civil Engineering DrawingsFurther Mathematics for Engineers
 National Kesatria IIIBasic Fluid Mechanics
 Science and Technology in Islam
SEMESTER 4 
 GeologyBasic Soil Mechancis
 Basic Structural AnalysisCivil Engineering Materials
 Basic Hydraulic
SEMESTER 5
 Soil EngineeringBuilding Services
Water and Waste Water EngineeringHighway Engineering
 Structural Concrete & Steel DesignSurveying
SEMESTER 6
 Civil Engineering Quantities and EstimationCivil Engineering Design Project
Project and Construction Management
SENARAI UNIVERSITI AWAM/ POLITEKNIK YANG MENAWARKAN DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
Berikut disenaraikan di antara Universiti Awam (UA) dan Politeknik yang ada menawarkan program pengajian Diploma Kejuruteraan Awam :-
UNIVERSITI AWAM (UA)
UTHMUiTM
 UMPUTM SPACE
POLITEKNIK
 Politeknik Ungku OmarPoliteknik Port Dickson
Politeknik Sultan Haji Ahmad ShahPoliteknik Kota Kinabalu
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam ShahPoliteknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Politeknik Kota BharuPoliteknik Melaka
Politeknik KuchingPoliteknik Sultan Mizan Zainal Abdidin
Politeknik MerlimauPoliteknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Politeknik Sultan Azlan ShahPoliteknik Sultan Idris Shah
Politeknik Mukah Sarawak