Kenapa Calon Yang Mendapat Tawaran Matrikulasi Tidak Menjejaskan Tawaran Permohonan Upuonline

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mempunyai pelbagai pilihan untuk menyambung pengajian ke peringkat pendidikan tinggi. Antaranya pengajian Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Asasi atau Diploma di Universiti Awam. UPUOnline merupakan portal rasmi atau sistem bagi permohonan kemasukan ke program asasi, dan diploma di Universiti Awam dan juga Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti Politeknik dan sebagainya. Pengambilan dibuat setiap tahun secara online melalui portal UPUOnline.

Kolej Matrikulasi pula adalah sebuah institut pendidikan tinggi yang menyediakan program persediaan ke universiti buat pelajar lepasan SPM. Ianya berada di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Setiap tahun bahagian Matrikulasi akan membuka peluang kepada pelajar yang berminat untuk membuat permohonan kemasukan ke Matrikulasi secara online melalui portal khusus yang disediakan oleh KPM.

Seperti sedia maklum, permohonan bagi kemasukan ke Matrikulasi dan Universiti Awam (UA)/ Politeknik/ Kolej Komuniti/ Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah melalui dua (2) saluran berbeza. Ini membolehkan calon untuk mendapat peluang ditawarkan memasuki Universiti Awam dan sebagainya walaupun telah mendapat tawaran menyambung pengajian di Matrikulasi. Oleh itu pelajar boleh membuat pilihan bidang pengajian mana yang lebih diminati dan ingin dipelajari.

Persoalan yang sering timbul adalah sama ada tawaran matrikulasi boleh menjejaskan tawaran permohonan UPUOnline ataupun tidak. Justeru pelajar bimbang sama ada perlu menerima tawaran Matrikulasi ataupun boleh menunggu keputusan tawaran daripada UPUOnline. Ramai pelajar ingin mengetahui sebab mengapa tawaran Matrikulasi tidak menjejaskan tawaran permohonan UPUOnline. Berikut dikongsikan penjelasan berkaitan sebab calon yang mendapat tawaran Matrikulasi tidak akan mengakibatkan permohonan UPU terjejas sebagai rujukan.

SEBAB CALON LEPASAN SPM YANG MENDAPAT TAWARAN MATRIKULASI TIDAK MENJEJASKAN TAWARAN PERMOHONAN UPUONLINE

Di sini dikongsikan sebab kenapa tawaran Matrikulasi tidak akan menjejaskan Permohonan UPUOnline. Penjelasan lanjut merangkumi fakta dan infografik yang disediakan bagi kefahaman semua.

Tawaran Matrikulasi Tidak Jejaskan UPUFAKTA PERMOHONAN MATRIKULASI DAN UPUONLINE

  • Permohonan Matrikulasi dan UPUOnline adalah dua permohonan yang berbeza.
  • Permohonan untuk kemasukan ke Matrikulasi dan UPUOnline masing-masing diuruskan oleh dua bahagian yang berbeza iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia dan Sektor Pendidikan Tinggi .
  • Bagi Matrikulasi, permohonan boleh dilakukan di portal permohonan kemasukan ke Kolej Matrikulasi oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu di: matrikulasi.moe.gov.my
  • Bagi UA/ Politeknik/ Kolej Komuniti/ ILKA pula, permohonan boleh dikemukakan di Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP JPT) Kementerian Pendidikan Malaysia permohonan kemasukan berikut di upu.moe.gov.my.
PENJELASAN PERBEZAAN PERMOHONAN MATRIKULASI DAN PERMOHONAN UPUONLINE
AspekMatrikulasiUpuOnline
no 1 PermohonanSecara Asing dari UPUOnlineSecara Asing dari Matrikulasi
no 2 PengurusanKementerian Pendidikan Malaysia (KPM)Sektor Pendidikan Tinggi (BPKP JPT)
no 3 Portal PermohonanPortal Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan MalaysiaPortal Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi

INFOGRAFIK KENAPA TAWARAN MATRIKULASI TIDAK MENJEJASKAN TAWARAN UPUONLINEInfografik Matrikulasi Tak Jejas UPUMAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Matrikulasi dan UPU boleh rujuk pautan yang disediakan di bawah

Close