Semakan Akreditasi MQA Status Kelayakan Kursus Pengajian Tinggi Online

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Para pelajar lepasan SPM yang ingin menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi pastinya ingin mendapatkan kepastian sama ada program yang ditawarkan mengikut piawaian struktur modul yang diterima di seluruh dunia. Oleh yang demikian semakan akreditasi daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA) perlu dilakukan . Akreditasi MQA adalah sangat penting kerana ia akan menjamin sijil yang diperolehi graduan tersebut mencapai tahap kelayakan yang secukupnya untuk memohon pekerjaan dan diterima majikan.

MQA yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Akreditasi Negara (LAN) adalah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Salah satu peranannya adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) yang bertindak sebagai landasan jaminan kualiti dan titik rujukan kelayakan. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi. Dalam hal ini, MQA penting dalam menjaminkan kualiti pendidikan tinggi negara untuk sektor awam dan juga swasta.

Misi MQA lazimnya adalah untuk meningkatkan dan mengekalkan keyakinan pihak awam tentang kualiti penawaran dan standard anugerah IPTA agar sering terpelihara dan dipertingkatkan lagi. Dengan erti kata lain, akreditasi MQA akan memastikan program yang diceburi pelajar mematuhi standard kriteria dan kualiti yang ditetapkan supaya apabila pelajar tamat pengajian, peluang memperoleh pekerjaan dalam pelbagai sektor termasuk sektor perhidmatan awam adalah lebih cerah

SEMAK STATUS KELAYAKAN AKREDITASI MQA ONLINE

Berikut merupakan perkongsian aplikasi untuk membuat semakan status kelayakan MQA serta beberapa lagi maklumat lain yang dapat dijadikan panduan:

Semakan MQA Akreditasi Online 1

SEMAKAN AKREDITASI MQA ONLINE

Para pelajar serta ibu bapa disarankan agar menyemak dahulu status kelayakan MQA Institut Pengajian sebelum membuat keputusan untuk memulakan pengajian di sesebuah IPT

Semakan boleh dilakukan di dua laman portal iaitu di Portal Rasmi Agensi Kelayakan Malaysia dan juga Laman Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf). Berikut merupakan pautan kepada semakan akreditasi MQA:

APLIKASI ONLINE SEMAKAN AKREDITASI MQA

klik siniPortal Rasmi MQA

APLIKASI ALTERNATIF SEMAKAN AKREDITASI MQA

klik siniPortal ESisraf

Apabila tiba di laman semakan Portal Rasmi MQA, anda akan melihat paparan untuk membuat key in data bagi memulakan carian berdasarkan data yang diisi seperti contoh di bawah ini:

Cari Semakan Kelayakan MQA

KELEBIHAN PROGRAM INSTITUT PENGAJIAN AKREDITASI MQA

Program yang mempunyai akreditasi daripada MQA menjadi asas pertimbangan kepada pelbagai pihak. Oleh yang demikian kursus pengajian yang mendapat akreditasi MQA mempunyai kelebihan berikut:

  1. Program yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memudahkan peluang dilantik masuk ke sektor awam.
  2. Pengiktirafan oleh badan profesional bagi tujuan amalan profesional.
  3. Meningkatkan peluang untuk menerima pembiayaan pengajian oleh badan-badan penaja seperti PTPTN atau MARA.
  4. Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
  5. Lebih mudah untuk membuat pemindahan kredit.
  6. Pengeluaran KWSP atau PERKESO.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi maklumat yang tertera dibawah atau melayari portal Facebook Rasmi MQA seperti yang telah disediakan berikut:

Bahagian Koordinasi dan Rujukan
Jaminan Kualiti,
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),
Mercu MQA, No. 3539,
Jalan Teknokrat 7, Cyber 5,
63000 Cyberjaya,
Selangor,
Malaysia,
Tel : 03-8688 1951
Emel : mqr@mqa.gov.my

Close